E B I D M O T O R

Loading

5 Perkara Penting Sebelum Membeli Atau Upgrade Motosikal Anda!

ADA banyak sebab seseorang itu menunggang motosikal, dan setiap orang ada alasan tersendiri. Bagi kebanyakan pengguna, motosikal adalah antara medium pengangkutan paling murah dari segi kos bahan api dan penyenggaraan, termasuk parkir dan tol.

Ada yang menunggang motosikal kerana mahu menjimatkan masa kerana saiz fizikal kenderaan itu mampu mengelak kesesakan jalan raya. Tidak kurang juga yang memilih motosikal sebagai satu gaya hidup, mahu rasa cool, lebih thrill dan ada fiil. Apapun alasan anda bermotosikal, artikel kali ini akan membincangkan mengenai apakah jenis motosikal pertama patut anda dibeli? Apakah kriteria penting perlu diketahui?

Lain orang, lain jenis motosikal yang patut dibelinya. Di bawah ini kami senaraikan 5 kriteria patut dipertimbangkan apabila mahu membeli motosikal pertama anda:

 

TUJUAN

Ini ialah kriteria utama. Apakah tujuan anda bermotosikal? Apakah ulang alik ke tempat kerja setiap hari? Ataupun sekadar bersantai pada hari minggu? Ataupun untuk aktiviti lasak? Secara praktikal, motosikal yang sesuai bagi tujuan ulang alik kerja seharusnya sebuah motosikal yang ekonomi atau jimat minyak. Secara teori, motosikal jimat minyak ialah jentera berenjin sesaran kecil sekitar 150cc ke bawah.

Jika destinasi tunggangan anda cuma dalam bandar yang sinonim dengan masalah kesesakan lalu lintas, anda perlu pula mengambil kira membeli sebuah motosikal bersaiz kecil atau ringan supaya mudah dikawal.

 

JARAK TUNGGANGAN

Jarak tunggang juga mempengaruhi jenis motosikal pertama yang anda patut dibeli. Semakin jauh jarak destinasi tujuan, anda memerlukan sebuah motosikal bersesaran besar, sekitar 250cc ke atas. Sila pertimbangkan motosikal jenis sport dengan posisi tunggang gaya menunduk, ataupun motosikal cruiser atau skuter cc besar yang disertakan visor pemesong angin (wind deflector).

Motosikal berenjin besar mampu mengurangkan keletihan menunggang kerana menawarkan kestabilan casis dan lebihan kuasa enjin, termasuk meminimumkan stres ke atas enjin kerana perlu memecut dalam kelajuan tinggi dalam jangka masa lama.

 

JENIS TRANSMISI

Secara ringkas berasaskan pasaran semasa di Malaysia, ada tiga jenis transmisi motosikal yang perlu anda pertimbangkan:

  • KLAC MANUAL (lihat gambar) - Anda perlu menukar gear (di kaki) dengan menarik tuas klac menggunakan tangan kiri pada tahap kelajuan tertentu.
  • KLAC AUTOMATIK - Masih perlu menukar gear (biasanya di kaki) kerana klac ditukar automatik dan tiada tuas klac perlu ditarik. Di Malaysia, motosikal klac automatik biasanya daripada jenis kapcai atau moped.
  • AUTOMATIK - Cuma pulas saja terotel dan kawal brek. Hampir semua motosikal jenis skuter menggunakan transmisi jenis ini. Ada juga motosikal jenis cruiser atau sport menggunakan transmisi automatik, tetapi rata-ratanya versi ubah suai atau eksotik.

Jenis transmisi adalah fleksibel dan tidak banyak menjejaskan aspek pemilihan motosikal. Terpulanglah kepada keselesaan anda.

 

PENAMPILAN FIZIKAL DIRI

Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Bentuk fizikal anda juga menentukan jenis motosikal pertama yang patut anda miliki. Bagi penunggang perempuan, seeloknya pilih motosikal jenis skuter atau kapcai supaya lebih mudah dikawal kerana berat badan jentera yang ringan.

Begitu juga jika anda memiliki ketinggian yang rendah, anda seeloknya membeli motosikal yang tidak melampau tinggi. Apatah lagi jika motosikal itu digunakan dalam bandar yang memerlukan anda kerap berhenti dan bergerak.

Jika anda bertubuh gempal atau berperut buncit, motosikal jenis superbike atau sportbike dengan posisi tunggang yang agak menunduk akan membuatkan anda kurang selesa. Anda ada dua pilihan, iaitu beralih kepada jenis motosikal lain, misalnya jenis street, touring atau cruise, ataupun pilihan kedua, kuruskan badan.

 

BAJET

Jika semua kriteria di atas sudah anda tetapkan, inilah penentu utama bagi jenis motosikal pertama anda. Semakin besar bajet anda semakin banyak pilihan motosikal yang boleh dibeli. Kalau bajet 'ciput', pilihan anda agak terbatas kerana terhad kepada motosikal bersesaran kecil. Pastikan pembelian anda berbaloi.

 

 

 

Ebidmotor.com Harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

 

EBID MOTOR SDN BHD

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

 

Membeli Secara Online (12PM - 7PM, Mon - Fri)
📌 www.ebidmotor.com/f-marketplace 🙋‍♀️🙋‍♀️
📌 www.ebidmotor.com/f-marketplace 🙋‍♀️🙋‍♀️
|
Hubungi pegawai kami untuk bantuan pembidaan
📞 Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397
📞📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398
.
👇👇👇 BOLEH SEMAK PEMBELI @ PEMBIDA YANG BERJAYA SEBELUM INI
https://www.ebidmotor.com/f-past-bid-result
https://www.ebidmotor.com/f-past-bid-result

 

Rujukan: Pandulaju.com

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat