E B I D M O T O R

Loading

Akid Menjuarai Kelas Perdana CP150 Pada Pusingan Kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS

Pada 22 & 23 Ogos 2020 perlumbaan Pusingan Kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS telah dijalankan di Litar Tangkak, Johor.

Akid telah menjuarai Kelas Perdana CP150 pada 23 Ogos 2020. Beliau mendahului perlumbaan sejak pusingan pertama lagi dan tiba di garis penamat dengan catatan masa 15 minit 46.337 saat (s). Catatan ini mengizinkan beliau mendapatkan tempat pertama buat pasukannya musim ini.

Azroy Hakeem Anuar, pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing yang muncul terpantas pada sesi kelayakan mendapat tempat kedua dengan masa 15:46.651s, manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Md Muzakkir Mohamed (15:50.266s).

Kemenangan hari ini menyaksikan Akid berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 25 mata. Kedudukan pendahulu menjadi milik Azroy yang mengumpul 36 mata manakala Md Helmi Azman daripada pasukan Hi Rev SCK Honda Racing pula di tempat ketiga dengan 25 mata.

Sementara itu, pasukan ONEXOX TKKR SAG Team meneruskan penguasaan mereka dalam kelas CP125 menerusi kemenangan yang dilakar pelumbanya, Md Shafiq Rasol.

Dalam kelas Wira pula, pasukan ONEXOX SAG Team turut tampil dalam kelas tersendiri apabila pelumbanya, Md Norhakim Norhafizullah memenangi perlumbaan yang dikurangkan ke lapan pusingan itu gara-gara hujan lebat.

Selepas ini, saingan akan kembali ke Litar Sepang Selatan untuk pusingan ketiga pada 2 dan 3 September depan.

 

Keputusan

CP150

1. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR), 15'46.337s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (IDEMITSU HONDA YUZY RACING), 15'46.651s

3. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG TEAM), 15'50.266s

4. Mohd Iqbal Amri Abd Malek (Yamaha) (AHM MOTORSPORTS), 15'54.853s

5. Ahmad Afif Amran (Yamaha) (PETRONAS SPRINTA YAMAHA-CKJ RACING), 15'55.452s

CP125

1. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG TEAM), 12'00.737s

2. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha) (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR), 12'01.866s

3. Mohd Aliff Danial Mohd Asri (Yamaha) (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR), 12'02.369s

4. Mohd Khairi Asyraf Mahmood (Yamaha) (IPONE YAMAHA YY PANG RACING TEAM), 12'03.260s

5. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha) (IPONE YAMAHA YY PANG RACING TEAM), 12'03.862s

WIRA KBS

1. Mohd Norhakim Mohd Norhafizullah (Yamaha) (ONEXOX TKKR SAG Team)

2. Mohd Hazim Mohd Fairues (Honda) (ELF KOYOKO HONDA KC RACING)

3. Abdullah Qayyum Abd Razak (Honda) (HONDA AFB TECH RACING)

4. Akif Hakimi Zainuddin (Yamaha) (WIRAMUDA V-FIERTECH Academy Racing)

5. Mohd Adam Haikal Jahar (Yamaha) (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing)

 

Sumber: Berita Harian Online

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat