E B I D M O T O R

Loading

Aveta SVR180, Supermoped Paling Kesian Di Malaysia! Apa Jadi Lepas 3 Tahun?

Kalau sembang pasal supermoped, yang paling orang kenal mestilah Y15,Y16,VF3i,RSX,Raider atau paling terkini, Voge FR150. Jika pembaca lebih arif, mesti anda akan mengenali R18i atau RFS150.

Namun, anda belum betul-betul pakar jika tak mengenali Aveta SVR180! Inilah supermoped yang dibawa masuk khusus untuk "mengacau" pasaran supermoped "big block" seperti SYM VF3i dan Benelli R18i. Malangnya, cubaan Aveta kurang menjadi dan penyudahnya tersungkur teruk; tertolak langsung kebawah katelog sehinggalah kami membuat satu hantaran (posting) di Facebook mengenai kapcai paling sesuai untuk perjalanan jarak jauh baru-baru ni. Boleh rujuk link disini

Kami agak terkejut kerana masih ada individu yantg mengingati SVR180 ini! Selepas 3 tahun diperkenalkan di pasaran Malaysia, kami terpanggil untuk membuat ulasan berkenaan supermoped sulung dari Aveta ini. Persoalan terbesar nya ialah, apakah punca ia tak mendapat sambutan khusus untuk pasaran Malaysia sedangkan kapcai adalah kategori paling dominan di Malaysia? Teruskan membaca!

1. ENJIN KURANG BERKUASA

Cara untuk mengetahui adakah produk tersebut bakal kekal lama atau tidak adalah melalui penawaran enjinnya. Aveta SVR 180 menawarkan enjin berkapasiti 175cc, satu silinder dengan konfigurasi DOHC, 4 Valve bersama sejukkan cecair dimana ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 16.8hp @ 8500rpm dan tork tertinggi sekitar 15.5Nm @ 8500rpm. Difahamkan, ianya boleh dikacuk bersama alat ganti Honda RS150R. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Penulis sendiri secara peribadi pernah menunggang uji motosikal ini dan SVR180 menunjukkan kelajuan tertinggi sekitar 154km/h pada panel meter. Penawaran konfigurasi Twin Cam adalah tepat menjadikan motosikal ini sangat lancar ketika di RPM tinggi. 

Cuma, untuk sebuah supermoped dengan saiz enjin yang besar, jangkaan pengguna sangat tinggi kerana ramai yang mengharapkan motosikal ini lebih laju dan boleh menjadi "another SYM VF3i". Hakikatnya, ia tak cukup berkuasa untuk bersaing dan atas deduksi ini, SVR180 nampaknya gagal untuk meyakinkan pengguna bahawa ianya cukup bagus untuk kegunaan rayat Malaysia. 

 

2. KEKUTAN JENAMA TAK CUKUP KUAT

Untuk pengetahuan pembaca, Aveta SVR180 diasaskan dari model Rato SVR180 dari China. Tipikal untuk sebuah motosikal China, ia hadir dengan pelbagai equipment menarik seperti 

- Panel meter digital penuh
- Brek cakera depan belakang
- Port pengecasan USB,
- Suis lampu kecemasan
- Tangki minyak 6.6L

Tak dinafikan, banyak elemen menarik yang diperkenalkan pada model ini tapi ianya opsyen yang kurang popular untuk motosikal dari Jepun pada tahun 2022. Yamaha Y15ZR pun tiada pengecas USB dan RSX juga tak didatangkan degan tangki minyak yang sebesar SVR180.

Pun begitu, pengguna masih belum mempercayai kekuatan jenama "Aveta" itu sendiri. Ketika itu, jenama dari China sering menjadi mangsa tohmahan seperti jaringan alat ganti yang tidak kukuh  serta terdapat kebimbangan kerosakkan enjin bertebaran di media sosial. Malangnya, tiada entiti yang sanggup mempertahankan jenama Aveta waima jenama China yang lain. 

 

3. TIADA ABS

Pada tahun ia diperkenalkan pada 2022 yang lalu, penggunaan ABS masih belum diwajibkan dan iya, pesaing lain yang juga tidak menekankan sangat penggunaan ABS seperti Yamaha NVX, Y16ZR, Y15ZR atau Honda RS150R.

Pada hemat penulis, sebagai pendatang baharu ketika itu, Aveta tersilap langkah kerana tidak memasangkan sistem brek ABS pada motosikal ini. Meskipun ketika itu pengguna masih belum ada kesedaran mengenai keselamatan, pengguna akan lebih menghargai penambahan ABS ini tak kisahlah ianya digunakan ataupun tidak. "Barang China tapi lebih banyak jajan"; formula ini masih belum popular sehinggalah tahun 2025.

 

4. HARGA YANG TERLALU TINGGI

Mungkin ramai kurang bersetuju, namun pada pendapat penulis, harga pengenalan Aveta SVR180 agak kurang munasabah walaupun untuk tahun 2022. 

Pesaing dari jenama Jepun sendiri masih bergelut untuk menawarkan kualiti yang terbaik sambil mengekalkan harga diparas RM10,000 (Y16ZR lain cerita) namun Aveta berani menawarkan harga sehingga RM9,980 untuk sebuah motosikal yang di rebadge dari model China! Sebagai perbandingan, harga-harga motor ketika itu adalah;

- Yamaha Y16ZR :RM11,118
- SYM VF3i: RM9,338 (STD) | RM9,938 (LE)
- Honda RS-X 150 ABS :RM8,868
- Yamaha Y15ZR :RM8,498
- Honda RS150R :RM8,299
- Suzuki Raider :RM8,173
- Benelli R18i :RM7,999

 

5. DIBAYANGI SYM VF3i

Paling menyedihkan, kemaraan SVR180 terbantut kerana sering dibayangi oleh seteru utamanya iaitu SYM VF3i. Seolah-olah, VF3i telah setkan jangkaan yang tinggi untuk pencabarnya!

SYM VF3i sendiri bersusah payah dan memakan masa bertahun-tahun untuk membina reputasi untuk mematahkan andaian skeptikal "Motor Taiwan/China cepat rosak" sebelum ianya diterima sepenuhnya oleh pengguna dan tidak lagi memakai nama cap ayam. 

Pun begitu, perkara sebegini tidak berlaku kepada Aveta. Untuk diterima oleh masyarakat, ia sekurang-kurangnya perlu lebih baik berbanding VF3i. 

Hakikatnya, seperti yang penulis katakan sebelum ini, ia tewas dalam pelbagai perkara; ketiadaan ABS, tangki minyak lebih kecil, rupa paras yang tidak menepati selera pengguna, kualiti yang dipersoalkan, dan semestinya, lebih mahal.

 

KESIMPULAN

Kini, Aveta tampil bergaya dan mula membina reputasi melalui penawaran pelbagai line-up skuter dan motosikal cub-cross. Model panas seperti Vanguard 250, Nova 125/160, serta Ranger Max Explorer 130 yang mendapat sambutan memberangsangkan telah membuktikan bahawa Aveta masih mampu bersaing cuma ia perlu membawa masuk model motosikal yang tepat dan betul-betul menepati kehendak pasaran Malaysia. Bukannya buat motor yang "syok sendiri"

.

Ulasan ini adalah pendapat dan pandangan dari penulis artikel Ebid Motor Sdn Bhd. Kami terbuka untuk sebarang komen penambahbaikan atau kesalahan informasi yang dikongsikan.


Takkan tengok je? Meh klik di foto untuk info lebih menarik!

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15ZR , Y16ZR, LC 135 , LC135 Fi, EGO S , Lagenda 110 / 115Z Fi ,  EZ115 Fi, 125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , XMAX, Nouvo LC , R15M , R25 , MT15, MT25, MT09 CFMOTO 250SR, 250NK Lite, 250NK, SYM Husky 150, Voge FR150, SYM Tuscany 150, Yadea E8S, Honda ADV160, BeAT 110, Ex5 , Wave , Dash , RS-X, PCX , RS 150 , Vario 150 , Vario 160, RFS 150 , R18i, TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Aveta Vanguard 250, Moda Sporter S 250, Aveta Nova 125, Nova 160, WMoto RT1, RT2,RT3, Keeway XDV180 Evo, QJMotor AX200S, Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 110 Fi, Kriss 125 , MR1 , MR2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i, VTS 200 dan lain lain

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.