E B I D M O T O R

Loading

Berbaloi ke beli Yamaha Y15ZR terpakai pada tahun 2020???

"Beli jeh lah Yamaha Y15ZR, Ysuku ni laju dan style. Tak rugi kau beli.." Pernahkah anda dengar ayat ini disekeliling anda? Harga motosikal baru Yamaha Y15ZR dalam RM10,000 dan Y15ZR terpakai sekitar RM7,800, harga motor keras juga tu...

 

Tetapi, betul ke tak rugi jika beli Yamaha Y15ZR pada tahun 2020? Hari ini admin ingin kongsikan satu video dari seorang motor vlogger Nik Rasyid yang bertajuk "Dah 2020 dah, masih lg berbaloi ke nak beli y15? 5Sebab utama rugi beli y15" . Admin telah summary-kan apa yang dia cuba sampaikan dalam video.

 

Sebab Pertama: Top Speed

Yamaha Y15 ini laju? Betul ke laju? Sebenarnya untuk Yamaha Y15ZR original ini top speed hanya dalam sekitar 138km/h sahaja (GPS 126km/h, Original maknanya tayar standard size, sprocket standard, dan semua benda standard) Nak top speed lebih 138km/h? Boleh jeh korang turunkan spocket belakang, tunduk sedikit, kecilkan tayar, ... tapi, apa maknyanya jika kita buat semua benda ini supaya dapatkan top speed? Jangan lupa apabila korang turunkan sprocket dan lain-lain, sebenarnya ada side-effect pada tempat lain seperti pickup kurang dan sebagainya. Nak top speed sedap? Kena keluar modal lebih.

 

Sebab Kedua: Gearbox / Gear

Motor mahal-mahal mesti ingat ada 6 speed kan... Sebenarnya Yamaha Y15ZR ni hanya ada lima gear (5 speed) sahaja. Kebanyakkan motosikal 150cc keatas sudah ada 6-speed tapi Y15ZR ini masih menggunakan 5 speed. 5 speed tu bukan apa, cuma macam lain sikit lah feel tu, jenama lain pun sudah pakai 6 speed tapi Ysuku ni masih dalam 5 gear... 

 

Sebab Ketiga: Spec Engine

Enjin masih menggunakan teknologi lama dan sepatutnya perlu upgrade seperti motor didatangi dengan system VVA, Twin Cam, 3 Spark Plug seperti Benelli RFS 150i dan lain-lain. Tetapi, motosikal Y15ZR ini masih menggunakan spec enjin yang sama lagi. 

 

Tonton full video dari Youtuber / Motor Vlogger : Nik Rasyid

 

Points di atas merupakan satu perkongsian dari Nik Rasyid. Akan tetapi tidak boleh dinafikan, motosikal Yamaha Y15ZR ini sangat sesuai digunakkan untuk ulang alik kerja, bawa long distance, dan make-up (Modified). Hal ini kerana spare part motosikal Yamaha Y15ZR sangat senang dicari dan hampir bersepah di semua kedai motosikal. Selain itu, resale value Yamaha Y15ZR yang tinggi disebabkan permintaan market. Cuma admin ingin kongsikan dengan anda semua: Beli apa yang anda suka. Pandangan orang lain memang tidak penting dan itu cuma satu rujukan untuk anda sahaja. Beli apa yang anda suka dan love it, enjoy it! 


Jap... Jangan pergi dulu... baca sampai habis dulu... ada surpriseeeeeeeeeeeeeeeeee untuk korang....

 

Ebid Motor berusia 6 bulan sekarang!! Terima kasih kepada semua pelanggan, pembida motosikal serta FB Fans kami yang sudi menyokong kami, tanpa anda Ebid Motor bukan lah sesiapa.

Misi utama kami 60,000 Likers/Followers sebelum 30 November 2020 dan kami akan mengadakan satu cabutan bertuah untuk anda semua. Hadiah Utama adalah sebuah motosikal Yamaha Y15ZR GP Edition serta banyak lagi hadiah menarik menanti anda!

Cara yang sangat mudah untuk sertai dan menang hadiah untuk kempen kali ini. Anda hanya perlu pilih satu jawapan yang betul untuk soalan bawah:

#Soalan: Apakah nama betul untuk motosikal ini?

A. Monster Yamaha Y15 GP Edition
B. Yamaha Y15ZR GP Edition
C. Monster Y15ZR

 

Langkah-Langkah Penyertaan:

  1. LIKE FB Page >> Ebidmotor.com (Bukan LIKE POST ini tau tapi FB Page Kami)
  2. Pilih & Komen JAWAPAN yang tepat di posting kami (Tekan Sini dan Komen)
  3. Siap! You might be the lucky winner!

Kami cuma mahukan 60,000 Likers di Facebook, anda pula mahu kan hadiah. Tekan LIKE pada FB page kami dan mungkin anda boleh membawa pulang sebuah motosikal terbaru! Bantu kami untuk mendapatkan target kami sebelum 30 November 2020 ni!

Kami akan umumkan cara pemilihan pemenang di Facebook Ebidmotor.com

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat