E B I D M O T O R

Loading

Boleh jimat RM200-RM300 settle masalah Fork Leaking jika DIY!

MASALAH ini mungkin tidak pernah menimpa anda, tetapi isu kedap fork (fork seal) bocor adalah antara isu yang kerap menghantui pemilik motosikal berkuasa tinggi moden - terutama pemilik motosikal dengan fork terbalik (USD).

Walaupun fork USD memberikan prestasi cemerlang dalam menyerap hentakan untuk tunggangan lasak, tetapi pada masa sama, kedudukan tiub fork slider (bahagian batang fork dalaman yang terdedah) yang begitu hampir dengan permukaan jalan memudahkan debu dan kotoran terkumpul. Ini menyebabkan bukaan kecil berlaku pada fork seal dan jika dibiarkan akan menyebabkan masalah kebocoran bendalir dalam fork yang serius. Terutamanya pengguna KTM seperti KTM Duke 200, Duke 390, RC200, RC390 atau Duke 690R. 

Penyelesaian yang selalu diterima, pemilik disarankan menukar fork seal dan minyak pelincir, tetapi kos baik pulih (sekitar RM200-300) bukanlah jumlah kecil, tambahan pula proses menukar fork seal memang agak rumit untuk dibuat sendiri.

Jadi, sebelum membuat keputusan menghantar motosikal anda ke mana-mana pusat servis atau bengkel, anda boleh cuba dahulu langkah-langkah mudah penyelesaian masalah kebocoran fork seal seperti berikut. Bergantung kepada tahap kebocoran, anda mungkin tidak perlu keluarkan wang belanja. Jadi, selamat duit minyak!

 

1. Dapatkan Pita Filem 35mm


Masih menyimpan pita filem Kodak? Tidak kisah yang baru atau sudah digunakan, ataupun berjenama selain Kodak. Sekarang, anda cuma perlukan memotong sedikit pita filem itu. Jika tiada, terpulang kepada anda sama ada mahu beli baharu (segulung pita filem 35mm berharga sekitar RM30-RM40). Anda boleh juga gunakan sebarang objek lain asalkan daripada material plastik, nipis dan tidak terlalu keras.

 
2. Bersihkan Permukaan Tiub Slider


Sisa-sisa minyak yang bocor masih melekat pada tiub fork anda selain kotoran lain. Jadi, bersihkan dahulu bahagian tersebut menggunakan kain pengelap dan air sabun, atau sebarang penncuci yang tidak terlalu  mengakis.

 

3. Umpil Pelindung Habuk daripada Kaki Fork


Dapatkan pemutar skru mata rata dan umpil pelindung habuk turun untuk mendedahkan fork seal. Lakukan berhati-hati untuk mengelak tercalar. Selepas itu, bersihkan guna air sabun dan kain pengelap.

 
4. Cuci Celahan Fork Seal dan Pelindung Habuk Guna Pita Filem


Inilah masa gunakan pita filem tadi. Ruang antara fork seal dan tiub fork agak sempit, tetapi masih boleh dicuci menggunakan potongan pita filem nipis. Selitkan ke atas dan ke bawah dalam gerakan memusing mengikut lilitan tiub fork. Lakukan gerakan sama pada pelindung habuk yang diumpil tadi.

 
5. Pasang Semula Pelindung Habuk dan Periksa Tanda Bocor


Bersihkan fork sekali lagi dan pasang semula pelindung habuk yang dibuka tadi dengan kemas. Uji fork dengan menekan turun dan naik hendal motosikal (atau boleh tunggang motor keliling taman). Periksa jika masih ada tanda-tanda kebocoran sekitar seal dan tiub fork.


Mudahkan?

Jika masih belum faham langkah-langkah di atas,  boleh tonton versi video di bawah. Sekali lagi diingatkan, trik ini bergantung kepada tahap kebocoran fork seal anda. Jika terlalu serius, terpaksalah dihantar kepada mereka yang pakar. Sekurang-kurangnya anda sudah cuba.

Sumber: Pandulaju

 


 

 

Selepas membaca artikel ini, anda terasa nak ambil sebuah motosikal terpakai? Beli lah di Ebidmotor.com  dan kami pastikan harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

 

Membeli Secara Online (12PM - 7PM, Mon - Fri)
📌 www.ebidmotor.com/f-marketplace 🙋‍♀️🙋‍♀️
📌 www.ebidmotor.com/f-marketplace 🙋‍♀️🙋‍♀️
|
Hubungi pegawai kami untuk bantuan pembidaan
📞 Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397
📞📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398
.
👇👇👇 BOLEH SEMAK PEMBELI @ PEMBIDA YANG BERJAYA SEBELUM INI
https://www.ebidmotor.com/f-past-bid-result
https://www.ebidmotor.com/f-past-bid-result

 

EBID MOTOR SDN BHD

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor (Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat