E B I D M O T O R

Loading

CARA MEMBONCENG YANG BETUL !

Kadangkala ada pembonceng yang berat badannya lebih tinggi akan risau adakah penunggang motorsikal mampu tumpangkan mereka. Ye. Anda perlu risau jika anda di kategori gemuk/obes. Ini kerana pemboceng yang obes menyebabkan penunggang mudah kehilangan kestabilan dan kedua-dua  akan mudah terjatuh. Oleh sebab itu, anda sebagai pembonceng perlu pastikan penunggang dapat menahan berat badan anda.

Antara cara membonceng motosikal yang betul ialah:

 

1) Naik turun motor dengan betul


 

Pembonceng perlu memastikan penunggang telah di keadaan yang stabil sebelum membonceng. Ini supaya penunggang tidak akan kehilangan kestabilan semasa anda menaiki motosikal. Jika anda ialah pembonceng yang tidak berpengalaman, tanya penunggang motosikal cara yang betul untuk membonceng. Kadangkala disebabkan aksesori tambaham seperti kotak barang akan menyukarkan pembonceng untuk naik ke motor. Pastikan pembonceng turun dahulu sebelum penunggang selepas motosikal berhenti.

 

 

2) Duduk rapat dan peluk pinggang penunggang

 

Anda disarankan untuk letakkan diri sebagai penunggang aktif kedua. Selain itu, anda juga disarankan untuk memeluk sekitar pinggang penunggang hingga dua tangan saling bertemu jika boleh. Memegang di bahagian besi belakang motor adalah sangat tidak dicadangkan. Ini akan menjejaskan kestabilan motosikal dan pengendalian penunggang. Jika penunggang mempunyai perut buncit menyebabkan anda tidak dapat memeluknya dengan betul, anda boleh rapatkan kaki atau peha ke pinggang penunggang supaya dapat mengikuti rentak tunggangan dengan baik.

 

 

3) Jangan duduk secara sisi

 

Biasanya kes ini berlaku di kalangan perempuan. Penunggang motosikal mudah hilang kestabilan semasa menuggang jika pembonceng duduk sebegini. Jika penunggang brek emergency ataupun gerakan yang mengejut, pemboceng mudah terjatuh dari motosikal.

 

 

4) Ikut gerakan badan penunggang

 

Ketika membelok, pembonceng perlu mengikut arah belokan badan penunggang. Misalnya, semasa penunggang membelok ke kiri, pembonceng juga perlu membelok ke arah kiri. 

 

 

5) Pakai sut dan kelengkapan yang sesuai

 

Biasanya hanya penunggang yang selalu lengkap dengan helmet, jaket, dan boot tetapi pembonceng hanya memakai helmet. Pembonceng tidak patut mengabaikan kelengkapan ini kerana kedua-dua pembonceng dan penunggang terdedah kepada bahaya dan berisiko kemalangan. Pembonceng juga mudah terdedah kepada kotoran jalan atau asap ekzos, termasuk bahan haba ekzos atau kenderaan lain ketika berhenti di lampu isyarat.

 


 

Ini adalah antara cara untuk membonceng motosikal dengan betul. Tip ini tidak patut diabaikan demi keselamatan anda dan semua pengguna jalan raya. Menjadi pengguna jalan raya yang berhemah adalah tanggungjawab bersama.

 

FACEBOOK PAGE: Ebidmotor.com

DAFTAR SEBAGAI AHLI: Ebidmotor.com/register

 

Sumber: Pandulaju.com

______________________________________________________________________________________________

 

SIAPAKAH Ebidmotor.com?

Ebidmotor.com merupakan platform pembidaan motosikal online untuk motosikal terpakai dan baru yang paling boleh dipercayai, berkesan dan cekap. Bidaan diadakan secara langsung setiap hari bermula 12pm sehingga 7pm. Keputusan pembidaan akan dirasmi pada hari yang sama!

Kami menyediakan servis komprehensif yang professional dari pemeriksaan, penilaian, pembidaan, dokumen proses sehingga bayaran dan logistik. Pembeli boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian atau beli terus daripada kami.

Di Ebidmotor.com, kami akan memastikan anda dapat beli motosikal yang berharga rendah daripada harga pasaran dan setiap motosikal didatangi dengan satu laporan motosikal yang lengkap. 

 

ALAMAT HQ / INSPECTION CENTER

Ebid Motor Sdn Bhd (Berdekatan Old Town White Coffee)

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

 

Hotline: 1700-81-7700

Organisor PIC: 010-8833398 atau Tekan Sin

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat