E B I D M O T O R

Loading

Cara Paling Berkesan Mengelakkan Kucing Calarkan Kerusi Motosikal Anda!


Sumber gambar: kakimotong

"Eh... Kucing tidur atas motor saya lagi? Tapi nak halau pun macam tak bagus jeh...Erm..." Bila namanya kucing, maka awak tidak boleh melarang apa yang kucing ingin lakukan. Kalau tidur atau baring memang okay jeh, tapi bila tengok hari keesokan paginya, sisa bulu, kencing atau kesan cakaran pada tempat duduk motosikal (ARGHHH... Geram lah... Motor aku dijaga rapi tapi dirosakkan oleh kucing begitu sahaja...)

Walaupun kita tidak boleh halang semua kucing baring atau tidur di atas motor, tapi boleh cuba beberapa petua dari orang tua untuk mengelakkan kucing dari tidur atas motosikal.

 

 

  1. Pastikan lampu dipasang waktu malam

 

Cuba pasang lampu di tempat letak motosikal anda ataupun tempat yang terang. Bayangkan kucing dengan orang, tempat yang gelap biasanya menjadi lokasi kegemaran kucing untuk tidur atau lepak. 

 

  1. Letakkan penyapu lidi atau benda yang besar di atas kerusi motosikal

 

Jangan letak kain atau benda yang berbulu di atas motosikal. Hal ini kerana kucing sangat suka benda yang berbulu seperti kain. Jika korang letak kain atas motor, percayalah admin: Kucing tersebut akan panggil "satu kampung" lepak di atas motor korang. Jadi, kenapa penyapu lidi? Sebenarnya ini adalah petua dari orang tua, entahlah kenapa ia berkesan... (Kadang2 boleh jadi tapi rasanya sebab ada benda di sana, kucing tidak suka kott)

 

  1. Letakkan botol dengan air sirap (Air berwarna merah)

 

Cari botol plastik 1.5L dan isikan air berwarna merah. Letak berapa banyak yang awak nak untuk menghalangkan kucing daripada baring dan tidur atas kenderaan.

 

 

 

JIKA CARA DIATAS TIDAK BERKESAN, KORANG BOLEH CUBA CARA ULTIMATE INI....

 

  1. JANGAN KE SANA KE SINI, KUCING PUN PERLU IKUT SOP PKPB !!!!!

 

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri, kita sepatutnya ikot SOP yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kita boleh menghapuskan wabak Covid-19 ini. Jangan ke sana ke sini, tangkap semua kucing yang awak ada, kucing baba, kucing mama, anak kucing,... tangkap semua dan letak depan TV pada pukul 4.30PM supaya family kucing dapat tahu update terkini daripada Menteri Kanan Malaysia.. Mana2 kucing yang tak dengar cakap, sebagai hukuman kucing tertentu akan puasa makan malam! Selain itu, korang boleh print out kertas dan letak di atas motosikal anda, percaya lah dengan admin, cara ini berkesan sangat! :P :P :P 

 

Gaiss, petua keempat tu cuma satu gurau jeh tau... Please don't be so serious...Korang boleh TAG member suruh baca petua ke-empat ini di FB anda... :P :P :P

 

Kucing merupakan satu haiwan yang comel dan ia merupakan satu ciptaan Allah. Sila elakkan mencederakan kucing yang comel dan korang boleh menyediakan tempat yang selesa untuk kucing tidur dan rehat.


 

Jangan pergi dulu, admin ada sedikit nak share dengan korang...

 

Pihak Ebid Motor Sdn Bhd telah membuat satu keputusan: Kepada pembeli atas talian, kami akan menghantar motosikal ke rumah anda (Door-to-Door Delivery) dalam 30KM dengan kos hanya RM100 termasuk pertukaran nama, processing, dokumentasi, dan penghantaran! Justeru, anda tidak perlu keluar dari rumah, motosikal yang dibeli oleh anda akan dihantar dan semua proses akan diuruskan di depan rumah anda! Kan senang dan selamat?! 

 

LAYARI LAMAN WEB KAMI UNTUK PEMBELIAN

WWW.EBIDMOTOR.COM
WWW.EBIDMOTOR.COM
WWW.EBIDMOTOR.COM

 

BOLEH SEMAK PEMBELI @ PEMBIDA YANG BERJAYA SEBELUM INI

https://www.ebidmotor.com/f-past-bid-result

 

 

Hubungi pegawai kami untuk bantuan pembelian

  1. Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397
  2. Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398

 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat