E B I D M O T O R

Loading

Enjin Sejukan Udara Dah OUTDATED?

Banyak anggapan daripada ramai kaki motor mengatakan yang enjin sejukan cecair adalah lebih baik berbanding enjin sejukan udara. Sejauh mana kebenarannya? Memang benar enjin sejukan cecair ini mula menjadi popular bila Yamaha memperkenalkan enjin LCV4 untuk model keluarannya. Selepas itu semua mulai sedar akan potensi penggunaan radiator pada motosikal dan syarikat-syarikat lain turut mengambil langkah yang serupa. Malah sebahagian besar memang telahpun bertukar kepada enjin sejukan cecair yang dikatakan lebih baik dan cekap.

Jika perbandingan dilakukan secara membuta tuli jawapannya memang sampai bila-bila tak akan habis. Sebenarnya kedua-dua sistem penyejukan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Janganlah asyik nak bergaduh macam budak-budak baru nak kenal dunia motosikal.

Sebenarnya kedua-dua jenis enjin ini saling melengkapi antara satu sama lain. Berdasarkan pengalaman kami, enjin yang dilengkapi dengan radiator memang mampu berfungsi dengan lebih baik kerana ia mempunyai sistem pendingin tambahan iaitu cecair di dalam radiator itu sendiri. Ini juga bermakna enjin boleh direka agar lebih kompak dan padat dan mempunyai nisbah mampatan yang tinggi selain putaran enjin (RPM) yang juga lebih tinggi.

Radiator juga biasanya dilengkapkan pada enjin-enjin motosikal berkuasa tinggi menyebabkan timbulnya tanggapan yang enjin akan berfungsi dengan lebih baik bila ia dilengkapi dengan radiator. Ia juga menjadi satu kelebihan bagi mereka yang suka membandingkan spesifikasi motosikal dengan menggunakan brosur jualan.

Satu daripada kekurangannya pula ialah enjin ini pasti akan overheat jika sistem pendingannya bermasalah. Lagi satu tentang radiator ialah mitos sesetengah pemilik tentang pilihan cecair untuk dituang ke dalam radiator. Ada  yang mengatakan mencukupi dengan menggunakan air paip, ada yang memilih air suling , ada yang mencampurkannya dengan cecair penyejuk. Malah ada yang hanya menggunakan cecair penyejuk seratus peratus. Entah kat mana la semuanya berguru pun kami tak tahu.

Jangan pula nak pandang sebelah mata dengan enjin sejukan udara kerana ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kalau tak takkanlah Harley-Davidson masih menggunakan enjin jenis ini walaupun mereka turut memperkenalkan enjin sejukan cecair.

air cooled

Enjin sejukan udara adalah lebih ringkas dengan jumlah komponen yang tidak sebanyak enjin sejukan cecair. Jadi pada enjin jenis ini kita tidak akan menemui pam air (water pump), termostat, water jacket, radiator sebesar Wira VR4 dan kipas penyejuk. Enjin ini juga mempunyai kos produksi yang lebih rendah berbanding enjin sejukan cecair.

Itu perbandingan secara ringkas, kita pergi pula sedikit lagi kepada aspek teknikal. Dari segi operasi pula enjin sejukan cecair mempunyai bacaan suhu yang lebih stabil kerana sistem pendingin akan berfungsi secara automatik bila peningkatan suhu berlaku. Kipas radiator akan berputar untuk mengeluarkan udara panas dari radiator dan termostat akan membebaskan cecair pendingin untuk mengalir di dalam enjin bagi menyejukannya.

Pada enjin sejukan udara pula ia dihasilkan dengan bukaan-bukaan tertentu untuk mengalirkan angin dicelahnya bagi menghindarkan enjin daripada overheat. Dalam keadaan standard, kuasa enjin inn adalah rendah tetapi ia tidak akan mengalami overheating.

Kelebihan lain enjin sejukan cecair ialah ia mempunyai rekaan yang kompak selain lebih senyap kerana ia mempunyai water jacket yang turut berfungsi menyerap bunyi bising dari enjin.

Tapi kena ingat juga, enjin sejukan cecair perlukan penyelenggaraan yang lebih rapi kerana komponen termostat dan radiator memang mesti selalu dibersihkan. Ia berbeza dengan enjin sejukan udara yang lebih ringkas dan kurang kompleks.

Bagaimanapun, keduanya memang mempunyai kelebihan masing-masing. Daripada bertanya enjin dengan sistem sejukan mana lebih baik, baik tanya diri anda sendiri enjin mana yang lebih sesuai untuk diri anda dan kegunaan motosikal anda. Lagi ada faedah, kan?

Sumber: Mekanika


Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! Pembeli boleh membeli motosikal melalui Walk In showroom Ebid Motor Sdn Bhd di Ampang Selangor atau melalui Online Bidding / Online Purchase! 

12 SEBAB-SEBAB ANDA WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI ......

  • Harga motosikal kami terendah dalam pasaran
  • Melebihi 100 buah motosikal di dalam showroom kami
  • Test Ride / Pandu Uji dibenarkan untuk semua motor
  • Free cuci motosikal & chemical sanitize
  • After Sales Service yang cemerlang (Terbukti)
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • Penghantaran motosikal percuma*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • Konsultasi seumur hidup
  • Trade-in / Buy In semua jenis motosikal secara tunai tanpa sebarang syarat*
  • Tidak memerlukan lesen dalam pembelian motosikal
  • Trade-in motosikal dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% lebih tinggi

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

  • 1700 81 7700
  • Mr Bazli: 010-8833396
  • Mr Anwar: 010-8833397
  • Mr Danial: 010-8833398
  • www.ebidmotor.com

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏.𝐏.𝐍. 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 !
Showroom HQ Ebid Motor Sdn Bhd 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑶𝑷𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. Manakala, Platform Pembidaan Online dan bahagian Bengkel 𝘼𝘿𝘼𝙇𝘼𝙃 𝘽𝙀𝙍𝙊𝙋𝙀𝙍𝘼𝙎𝙄 sepanjang PPN. Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan yang ingin membeli motosikal dalam tempoh PPN Fasa 1 ini, kami telah menawarkan perkhidmatan O2O (Online to Offline).

Sila hubungi dengan pegawai kami Mr Bazli dan beliau akan hantar gambar dan video motosikal yang berkenaan kepada anda melalui Whatsapp. 

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢.
Nama Pegawai: Mr Bazli
Whatsapp: Link WhatsApp
No Tel: 010-8833396

Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! 


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain. 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat