E B I D M O T O R

Loading

FIKIRKAN 5 KESILAPAN INI SEBELUM MEMILIK SUPERBIKE IMPIAN ANDA

Memiliki motor berkuasa tinggi adalah impian semua orang tidak kiralah penunggang motosikal biasa ataupun newbie. Tetapi adakah anda fikir dahulu sebelum bertindak? Berikut adalah antara kesilapan yang biasa berlaku pada kalangan pemilik superbike.

 

1) Disebabkan populariti

Anda memilih jentera berkuasa tinggi kerana ingin menarik perhatian keluarga, jiran, rakan, ataupun gadis yang anda jumpa di kedai kopi hipster. Kawasaki Z800, Honda Rabbit, Yamaha R1, atau Ducati adalah antara nama besar dan popular dalam jentera kuasa tinggi.

Kalaulah anda mementingkan imej, hala tuju anda adalah betul untuk memilih jenama popular itu. Tetapi kesilapan ini boleh menjerumuskan ke dalam lembah kesilapan seterusnya.

 

2) Tidak Berfikiran Jauh

Disebabkan gaji kasar yang melayakkan anda meminjam, anda akan mengambil kesempatan ini untuk memiliki superbike impian anda. Tetapi pinjaman tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans, servis berkala dan petrolnya hampir menyamai kos pemilikan subuah kereta. Adakah anda mampu menampungnya? Kerap berlaku pemilik superbike hanya mengira sekada cukup bayar ansururan bulanan tetapi tidak memikir untuk jangka masa panjang berkenaan kos menampung servis.

Oleh sebab itu, penjagaan jentera terabai. Tayar dibiarkan botak, minyak enjin tidak ditukar, rantai tidak diganti dan lain-lain yang bukan saja membuatkan kos jual semula menjadi rendah, tetapi turut mengundang risiko bahaya apabila ditunggang.

 

3) Pilih Ergonomik Motosikal Tidak Sesuai

Majoriti penunggang yang mampu memiliki jentera berkuasa tinggi adalah sekitar 40-an. Kalaulah anda memilih superbike yang memerlukan penunggang membongkok ketika menembusi kelajuan tinggi dan postur tersebut adalah agak membebankan tulang belakang mereka terutama yang tidak biasa bersenam.

Tidak kurang juga dalam kelajuan biasa atau rendah, di mana posisi hendal rendah turut membebankan dan menyakitkan pergelangan tangan. Sudahnya, anda bukan saja tidak dapat menikmati potensi sebenar superbike, tetapi dapat pula macam-macam penyakit.

 

4) Tergesa-gesa Naik Taraf Kuasa Tanpa Kemahiran

Jentera berkuasa tinggi termasuk bersesaran 250cc boleh dikategorikan sebagai jentera mewah di Malaysia. Bagi yang mudah mendapat pinjaman, mereka akan menggunakan peluang tersebut untuk memiliki superbike impian mereka selagi masih layak meminjam. Kesilapannya berlaku jika anda tidak mempunyai kemahiran menunggang mereka. Walaupun anda boleh belajar menunggang superbike perlahan-lahan, tetapi jentera yang berkuasa tinggi bukan mudah ditawan. Jikalau kemahiran asas tidak kukuh, kesilapan yang sedikit bakal menyakitkan akaun bank anda untuk tempoh masa yang panjang.

 

5) Menunggang Tanpa Kelengkapan Perlindungan Mencukupi

Biasanya kelengkapan asas seperti helmet fullface, jaket, dan sarung tangan adalah antara aksesori yang diberi percuma atau sebagai pakej awal pembelian. Tetapi ramai tidak memakainya. Alasan yang kerap didengari adalah tidak mahu disindir rakan. 

Faktanya, menunggang jentera berkuasa tinggi sememangnya  mendedahkan anda kepada bahaya kemalangan berbanding penunggang motosikal lain. Jadi, jangan sesekali berkompromi dalam hal keselamatan. Jika kemalangan, anda juga yang bakal tanggung sengsara, dan bukan orang lain.

 

Merancanglah terlebih dahulu sebelum bertindak. Semoga beberapa tip ini dapat membantu anda yang sedang merancang memiliki jentera yang berkuasa tinggi.

 

FACEBOOK PAGE: Ebidmotor.com

DAFTAR SEBAGAI AHLI: Ebidmotor.com/register

 

Sumber: Pandulaju.com

______________________________________________________________________________________________

 

SIAPAKAH Ebidmotor.com?

Ebidmotor.com merupakan platform pembidaan motosikal online untuk motosikal terpakai dan baru yang paling boleh dipercayai, berkesan dan cekap. Bidaan diadakan secara langsung setiap hari bermula 12pm sehingga 7pm. Keputusan pembidaan akan dirasmi pada hari yang sama!

Kami menyediakan servis komprehensif yang professional dari pemeriksaan, penilaian, pembidaan, dokumen proses sehingga bayaran dan logistik. Pembeli boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian atau beli terus daripada kami.

Di Ebidmotor.com, kami akan memastikan anda dapat beli motosikal yang berharga rendah daripada harga pasaran dan setiap motosikal didatangi dengan satu laporan motosikal yang lengkap. 

 

ALAMAT HQ / INSPECTION CENTER

Ebid Motor Sdn Bhd (Berdekatan Old Town White Coffee)

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

 

Hotline: 1700-81-7700

Organisor PIC: 010-8833398 atau Tekan Sini

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat