E B I D M O T O R

Loading

JANGAN Beli Motor Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini!

SEBELUM beli motosikal terpakai, sudah pasti banyak tanda-tanya dan persoalan yang timbul dalam diri mengenai kondisi dan kemampuan motosikal tersebut. Ini menyebabkan ramai cenderung mengajukan pelbagai soalan secara rawak dan terlupa perkara penting yang patut ditanya.

Sedar tidak sedar kita mungkin tertinggal maklumat penting mengenai sejarah motosikal yang mahu dibeli. Sepatutnya ajukan soalan relevan saja bagi memudahkan kita menilai status motosikal terpakai berkenaan.

Berikut beberapa soalan yang boleh ditanya kepada pemilik atau jurujual motosikal terpakai itu, termasuk isu berbangkit yang perlu anda pertimbangkan:

 

A. KETIKA JUMPA JURUJUAL/PEMILIK MOTOSIKAL

 

1. Berapakah jarak odometer?

  • Ini merupakan satu perkara asas sebelum anda membeli motosikal terpakai supaya menentukan nilai motosikal tersebut. 
  • Layari laman web menjual motosikal terpakai seperti Ebidmotor.com untuk menilai harga semasa sesebuah motosikal mengikut jumlah perbatuan.

2. Kenapa nak jual motosikal?

  • Jawapan terbaik:
    • "Saya baru je beli motosikal terbaru" - Ini bagus kerana dia ingin jual motosikal tersebut dengan cepat
    • "Oh.. Itu motor lama ibu atau ayah saya" - Ini juga salah satu jawapan yang bagus kerana motosikal tersebut mungkin tidak digunakan lagi dan dorang memerlukan tunai segera.
  • Jawapan meragukan:
    • "Itu motosikal anak saya punya, tak pakai pun sebab dia nak sudah beli kereta sendiri" - Dalam senario ini agak sukar kami berunding kerana dia tiada keperluan mahu jual motosikal, dan mungkin susah nak diskaun untuk motosikal tersebut.

3. Bagaimanakah kondisi motosikal terpakai ini?

Ini tiga jawapan yang selalu diberikan:

  • "Motosikal ini dalam keadaan tip top, bebas segala kemalangan" - Selalunya penjual akan berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan pembeli supaya beli motosikal tersebut. Tetapi jangan mudah terpedaya kerana mungkin ada sesuatu yang dia cuba dirahsiakan mengenai masalah dan keburukan motosikal terpakai itu.
  • "Motosikal ini bagus, tetapi biasalah motosikal ini lama mesti ada masalah sedikit" - Sebahagian besar jurujual beri alasan sama. Jurujual seperti ini biasanya seorang yang jujur dan tidak akan menipu berlebihan.
  • "Ikutkan pengalaman saya, motosikal ni ok je, jarang jumpa masalah besar biasanya pun wear and tear" - Orang jenis ini selalunya tiada banyak ilmu tentang cara menilai motosikal mereka. Aktiviti tawar-menawar mungkin akan menjadi mudah.

 

B. SELEPAS TENGOK MOTOSIKAL

 

4. Dari siapa motosikal dibeli?

  • Jika melalui kedai motosikal, sila pastikan mereka dapatkan motosikal tersebut daripada pemilik asal.
  • Minta rekod servis motosikal kalau ada. Jika tiada, cuba tanya last servis adalah pada bulan tahun berapa?

5. Dari mana motosikal dibeli?

  • Seorang pemilik boleh jadi pemilik asal, tetapi berpindah dari negeri lain dan menukar nama motosikal kepada tuan baharu.
  • Latar belakang geografi motosikal juga dapat menunjukkan kemungkinan berlaku masalah bencana alam tertentu, seperti kawasan berisiko banjir di kawasan Kelantan atau bandar Klang Selangor.

6. Apakah jenis minyak enjin digunakan?

Percaya atau tidak, ini petunjuk tentang cara motosikal itu dijaga baik. Pemilik motosikal persendirian akan jawab dalam tiga cara:

  • Jawab spontan. Ini menunjukkan mereka sendiri uruskan hal minyak enjin itu sendiri dan menjaga motosikal dengan baik.

7. Berapakah harga paling rendah sanggup jual?

  • Soalan ini secara tidak langsung memberitahu penjual yang kita tidak akan bayar harga tinggi diminta.
  • Tapi masih bergantung berapa lama penjual berusaha jual motosikal itu. Kalau sudah lama, dan terdesak, dia mungkin beri potongan harga lumayan.

8. Berapa lama masa diambil untuk pandu uji motosikal terpakai itu?

  • Pandu uji wajib dilakukan setiap kali mahu beli motosikal terpakai. Penjual yang beretika juga sudah pasti tidak akan menolak permintaan ini.

 

C. SELEPAS PANDU UJI

9. Adakah boleh periksa sendiri atas motosikal terpakai?

  • Anda harus sentiasa berwaspada jika ada apa-apa masalah pada motosikal .
  • Jangan terpengaruh jika penjual cuba menolak permintaan tersebut. Mungkin mereka takut rahsia 'tersembunyi' terbongkar.
  • Jawapan terbaik; "Baik, tiada masalah."

10. Bilakah kali terakhir jual motosikal terpakai ini?

  • Ada orang yang jual motosikal terpakai sebagai sumber pendapatan. Misalnya, motosikal dibeli pada harga murah, dan dijual selepas dibaik pulih.
  • Namun, wujud segelintir individu tidak bertanggungjawab dengan menjual motosikal yang teruk dan tidak dibaik pulih sebaiknya sebelum dijual.
  • Pastikan anda periksa latar belakang penjual itu sebelum buat keputusan beli motosikal terpakai.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat