E B I D M O T O R

Loading

Motor Dicuri!!! Apa Boleh Saya Buat?!

Munurut berita yang dilaporkan oleh Berita Harian (2019), ia mengatakan beberapa agensi termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berkolaborasi dengan kerajaan untuk menurunkan kes kecurian kenderaan di Malaysia. Berbanding tahun 2019 dengan 2018, statistik kes yang dilaporkan menunjuk penurunan sebanyak 19,767 kes di seluruh negara. Walaupun kes kecurian kenderaan menunjukkan penurunan, ia tidak bermaksud motor anda ada pada keadaan yang selamat. 

Jikalah malangnya motor anda dicuri, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apa yang anda perlu buat pada masa tersebut.

 

1. Membuat laporan di balai polis

 

Sebenarnya, tiada pilihan yang lebih baik selain daripada ini. 

  • Carilah mana-mana balai polis yang berdekatan dan membuat laporan dalam 24 jam. Jangan tangguh kerana anda mungkin akan menghadapi masalah semasa claim insurans selepas itu. 
  • Jangan lupa bawa salinan geran motorsikal dan polisi insurans motosikal anda semasa membuat laporan di balai polis. Semasa membuat laporan, pastikan anda terangkan situasi yang berlaku secara terperinci supaya memudahkan pihak polis membantu anda. 
  • Selepas membuat laporan, anda akan diberi satu salinan laporan polis daripada pihak polis. Jangan hilangkan salinan tersebut kerana ia akan diperlukan semasa membuat claim dengan pihak insurans.

 

 

2. Buat claim insurans

 

Pastikan anda mepunyai insurans, tarikh insurans motosikal yang belum luput, laporan polis yang sah, dan tidak mempunyai Perlindungan Pihak Ketiga. Kalau anda tidak memenuhi syarat-syarat yang disenarai ini, anda akan mengahadapi masalah untuk claim insurans anda. 

 

Kalau anda ada insurans yang komprehensif, anda boleh menuntut ganti rugi tanpa was-was.

  • Dapatkan borang tuntuntan dari syarikat insurans dari isi borang tersebut. Borang hanya boleh diisi oleh pemilik motor dan pelapor.
  • Hantar borang itu kepada pihak insurans dan mereka akan menghubungi anda untuk mendapatkan testimoni lisan.
  • Dalam masa 4 - 6 bulan, pihak insurans akan sediakan surat tawaran jika permohonan anda lulus atau surat pemberitahuan jika tuntutan gagal.
  • Kalau anda dapat surat tawaran, ini bermaksud syarikat insurans bersetuju untuk membayar ganti rugi. Biasanya, pihak insurans akan memberi pilihan samada nak duit atau beli motor baru.
  • Kalau anda terima tawaran itu, pastikan anda lengkapkan dokumen-dokumen yang diminta. Selalunya pihak insurans akan meminta borang seperti berikut:
    • Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)
    • Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan; dicop sumpah oleh pegawai JPJ)
    • Borang JPJ K3 (2 keping)
    • Borang JPJ K8 (1 keping)
    • Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli (jika sudah habis pinjaman)
    • Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kehilangan kunci)
    • Kad Pendaftaran Kenderaan Asal

(Borang-borang JPJ boleh didapati di mana-mana cawangan JPJ seluruh negara)

  • Kalau motosikal anda masih belum habis dibayar, lebih baik anda rujuk perkara ini di bank yang anda membuat pinjaman supaya tiada masalah semasa claim insurans nanti.

 

 

Jikalah anda tidak pernah menhadapi masalah sebegini, jagalah motosikal anda sebelum terlambat. Untuk mengetahui tip-tip untuk mengelakkan kecurian motosikal, boleh rujuk artikel ini.

Bersama-sama dengan Ebidmotor.com jadilah penunggang yang bijaksana dan belilah insurans motosikal supaya tidak akan menangis tidak berlagu nanti.

 

LIKE FACEBOOK PAGE: Ebidmotor.com

DAFTAR SEBAGAI AHLI: www.ebidmotor.com/register

 

Sumber: Loanstreet

_______________________________________________________________________________________________________________

 

SIAPAKAH Ebidmotor.com?

 

Ebidmotor.com merupakan platform pembidaan motosikal online untuk motosikal terpakai dan baru yang paling boleh dipercayai, berkesan dan cekap. Bidaan diadakan secara langsung setiap hari bermula 12pm sehingga 7pm. Keputusan pembidaan akan dirasmi pada hari yang sama!

Kami menyediakan servis komprehensif yang professional dari pemeriksaanpenilaianpembidaandokumen proses sehingga bayaran dan logistik. Pembeli boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian atau beli terus daripada kami.

Di Ebidmotor.com, kami akan memastikan anda dapat beli motosikal yang berharga rendah daripada harga pasaran dan setiap motosikal didatangi dengan satu laporan motosikal yang lengkap. 

 

ALAMAT HQ / INSPECTION CENTER

Ebid Motor Sdn Bhd (Berdekatan Old Town White Coffee)
No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Hotline: 1700-81-7700
Organisor PIC: 010-8833398 atau Tekan Sini

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat