E B I D M O T O R

Loading

Nak motor secondhand korang cepat laku dan tak rugi... Ikuti tip ini!

Pertama sekali nak jual motor memang kita akan fikir banyak kali sebab takut nanti kita yang rugi. Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk menjual motosikal?

 

1.STRATEGI PENGIKALANAN YANG MANTAP:

Mengiklankan motosikal anda di laman web dengan huraian ringkasan dan gambar tidak mencukupi. Anda perlu kreatif dengan pengiklanan anda untuk menarik pembeli dan memastikan motosikal anda lebih menonjol berbanding motosikal lain yang diiklankan.

Pastikan huraian motosikal anda terperinci, termasuklah dengan gambar berkualiti tinggi. Jika dibenarkan, muat naik video untuk berikan gambaran spesifikasi motosikal anda. Ini boleh menjadi kunci untuk menarik minat bakal pembeli. ELAKKAN dari menggunakan perkataan yang sering digunakan penjual lain seperti ‘tip-top condition’. Susah untuk menarik pembeli jika pendekatan anda sama dengan yang lain. Jika anda menggunakan laman web Mudah.my, beli servis premium laman web tersebut untuk memastikan iklan anda sentiasa di atas senarai.

 

2: LETAK HARGA BIAR ‘LOGIC’

Tahukah anda nilai sebenar motosikal anda? Hanya membuat perbandingan dengan motosikal lain melalui model dan tahun pengeluaran yang sama tidak mencukupi. Ini kerana, setiap motosikal tidak mempunyai keadaan yang sama (bergantung kepada cara pemanduan pemilik motosikal). Meletakkan harga permulaan yang mahal untuk mengelakkan kerugian ketika tawar-menawar juga tidak bijak.

Apa yang anda boleh buat ialah kaji dan bandingkan harga pasaran. Gunakan laman web seperti Ebidmotor.com atau Mudah.my untuk membantu anda. Iklankan harga yang paling hampir dengan harga terakhir yang anda ingin. 

Tip: Kadar harga sebelum musim perayaan (Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Hari Raya) selalunya lebih mahal berbanding tempoh biasa, dengan pertambahan permintaan orang yang ingin menukar motosikal baru sebelum pulang ke kampung.

 

3: BAIK PULIH MOTOSIKAL ANDA

Perkara yang kerapkali diabaikan oleh pemilik yang ingin menjual motosikal mereka. Jujurnya, hampir 100% pembeli tidak berminat untuk membeli motosikal yang keadaannya tidak semenggah. Boleh dikatakan penyelenggaraan motosikal anad merupakan aspek paling penting untuk mencari pembeli.

Berbelanjalah sedikit untuk menservis motosikal anda (terutamanya pada enjin), membasuh motosikal, menukar tayar, dan juga perkara lain yang kelihatan remeh seperti side mirror, membaiki calar & lain-lainnya. Utamakan bahagian luar kerana itu menjadi perhatian bakal pembeli sebelum hal lain. Malah, motosikal dalam keadaan baik cantik akan lebih mudah untuk dijual pada harga yang mahal.

 

4: JAGA FIRST IMPRESSION WAKTU JUMPA PELANGGAN

Apabila bakal pembeli ingin berjumpa, pastikan anda berikan pandangan pertama yang positif. Pemilik motosikal perlu teliti dalam hal ini, terutama jika ingin berjumpa bakal pembeli yang ingin membuat pandu-uji. Basuh motosikal anda sebelum tarikh yang dijanjikan dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti rekod servis motosikal, resit pembaikian dan juga salinan pendaftaran motosikal dari JPJ untuk meyakinkan bakal pembeli.

Anda juga dinasihatkan untuk membawa teman (ahli keluarga atau rakan) dan lakukan perjumpaan di kawasan terbuka untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku.

 

5: BIJAK STRATEGI TAWAR-MENAWAR

Ini merupakan aspek paling penting semasa menjual motosikal anda. Tambah lagi dengan budaya kita yang gemar untuk tawar-menawar harga dan meminta diskaun, terutamanya untuk sesuatu dengan harga ribuan ringgit seperti ini.

Pertama, tentukan bagaimana bakal pembeli motosikal anda akan membuat bayaran, sama ada tunai ataupun melalui pinjaman bank. Bayaran tunai biasanya lebih pantas dan mudah, kerana pemohon pinjaman motosikal perlu melalui pelbagai proses untuk memastikan pinjaman mereka diluluskan.

Jika anda berhasrat untuk memberikan diskaun atau harga istimewa, keutamaan sepatutnya diberikan kepada bakal pembeli yang membayar dengan tunai. Setelah mencapai persetujuan harga, tetapkan jumlah deposit yang perlu dibuat oleh bakal pembeli. Biasanya, jumlah deposit ialah sekitar RM 500, tetapi bergantung kepada kepentingan anda, asalkan tidak terlalu tinggi (nanti bakal pembeli anda lari!). Tahniah, kini motosikal anda telah mempunyai pembeli!

 

6: PENUKARAN HAK MILIK

Ini merupakan langkah terakhir proses penjualan motosikal anda. Sebelum itu, jika pembeli membuat bayaran tunai, pastikan bayaran telah dibuat terlebih dahulu, samada melalui pindahan akaun atau cek bank. (Kami nasihatkan anda tidak menerima cek peribadi atas sebab keselamatan).

Pergi ke pejabat JPJ untuk urusan penukaran hak milik selepas bayaran tersebut dibuat. Bawa bersama kad pendaftaran motosikal yang asal serta IC anda. Manakal pembeli motosikal pula perlu membeli insurans motosikal terlebih dahulu. 

 

7: JUAL KEPADA EBID MOTOR SDN BHD

Jika jual terus kepada Ebid Motor Sdn Bhd, anda boleh dapat cash segera (Instant Cash) tanpa syarat dari kami! Betul! Anda boleh dapat tunai segera tanpa syarat jika jual kepada kami! Selain itu, 25% extra nilai harga motor akan diberikan kepada anda, maknanya harga motor anda dapat dijual 25% lebih tinggi! Kami akan pastikan anda dapat tunai segera selepas tamat proses penukaran hak milik.


Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! Pembeli boleh membeli motosikal melalui Walk In showroom Ebid Motor Sdn Bhd di Ampang Selangor atau melalui Online Bidding / Online Purchase! 

12 SEBAB-SEBAB ANDA WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI ......

  • Harga motosikal kami terendah dalam pasaran
  • Melebihi 100 buah motosikal di dalam showroom kami
  • Test Ride / Pandu Uji dibenarkan untuk semua motor
  • Free cuci motosikal & chemical sanitize
  • After Sales Service yang cemerlang (Terbukti)
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • Penghantaran motosikal percuma*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • Konsultasi seumur hidup
  • Trade-in / Buy In semua jenis motosikal secara tunai tanpa sebarang syarat*
  • Tidak memerlukan lesen dalam pembelian motosikal
  • Trade-in motosikal dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% lebih tinggi

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

  • 1700 81 7700
  • Mr Bazli: 010-8833396
  • Mr Anwar: 010-8833397
  • Mr Danial: 010-8833398
  • www.ebidmotor.com

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain. 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat