E B I D M O T O R

Loading

Nak Tahu Cara Dan Harga TERKINI Untuk Upgrade Lesen B2 Ke B? Senang Jeh Ikut Cara Ini!

Ingin upgrade lesen B2 to B? Apakah caranya? Individu perlu mencapai umur 16 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas untuk mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc. Berikut adalah cara-cara untuk upgrade lesen B2 anda ke B (melebihi 500cc)

 

1) Pergi ke JPJ

Road Transport Department Malaysia - Wikipedia

Sebelum anda ke sekolah memandu, anda perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk menaik taraf lesen anda. Dengan bayaran sekitar RM20, lesen anda akan dinaik taraf kepada B Full (L).

 

2) Mendaftar di pusat memandu atau institute memandu

pusat memandu labuan sdn bhd at sg lada: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN  LESEN MEMANDU

Setelah memiliki lesen B Full (L), anda perlu pergi ke pusat latihan memandu untuk menempah slot menunggang motosikal berkuasa tinggi selama 9.5 jam dalam litar.

 

3) Kadar Bayaran

Harga Lesen Memandu Kereta Motor Terkini

Kadar untuk menaik taraf lesen B Full ini tidak tentu kerana ia bergantung kepada pusat memandu tersebut. Anggaran harga lesen melebihi 500cc (B) adalah di sekitar RM900 - RM1,100.

 



 

4) Ikuti kelas teori 2 jam

Cara-cara mengambil lesen memandu |

Sebelum menunggang di litar, ada sesetengah pusat latihan memandu memerlukan anda mengikuti semulu kelas teori walaupun anda adalah pemegang lesen yang berpengalaman.

 

5) Latihan menunggang di litar 9.5 jam

Harga buat lesen memandu kereta atau motosikal 2020 terkini

Selepaas selesai dengan kelas teori, anda perlu menjalani latihan selama 9 jam di litar yang disediakan. Lagi setengah jam adalah unjian penilaian yang dipanggil sebagai QTI.

 

6) Pastikan lesen L genap sebulan

Tetapi untuk menjalani penilaian dengan pihak JPJ, lesen L anda mestilah berusia lebih sebulan dan itu untuk anda dinasihatkan, settlekan latihan apa semua dan tenang menunggu waktu untuk diuji.

 

7) Latihan penilaian

Lesen Memandu Motorsikal (B2, B) – Arinah Holdings (M) Sdn Bhd

Kepada pemegang lesen B2, anda tetap akan menjalani latihan dan penilaian pada bahagian 1 dan 2. Bahagian 1 adalah tentang kemahiran anda mengendalikan motosikal dalam litar dengan isyarat tangan manakala bahagian 2 pula adalah kemahiran anda membuat brek kecemasan, menunggang di bulatan 8 dan sebagainya.

 

8) Lesen siap seminggu selepas lulus

Lesen B FULL. Laluan penuh litar. - YouTube

Jika pusat latihan memandu anda aktif, anda boleh dapat lesen B Full anda dalam seminggu. 

 

Walaupun dah mendapat lesen B Full, anda juga perlu menunggang motosikal kuasa tinggi di jalan raya dengan selamat dan berhati-hati

Selamat menunggang!

Sumber: Maskulin



Ebidmotor.com - Platform Pembidaan Motosikal Pertama di Malaysia. Harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

 

EBID MOTOR SDN BHD

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat