E B I D M O T O R

Loading

PASS Ujian B2 Motosikal Dengan Rahsia Ini! Takut Laluan Titi? No Hal!

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.

 

Pertama: Memakai Topi Keledar

Sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu. (Siapa fail part ni entah nak cakap apa dah...)

Tips: Jangan ingat korang tengah bawa motor dalam taman, helmet itu penting!


Kedua: Pusingan "8"

Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear yang kedua. Kenapa gear kedua tapi bukan ketiga atau satu? Hal ini kerana gear kedua merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.

Tips: Relax! Jangan takut motor akan baring bila buat pusing, jika terasa motor macam nak jatuh boleh pulas minyak sahaja dan motor akan tegak balik. 

 

Ketiga: Laluan Titi

Anda perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Hafalkan ayat ini dan baca nanti: “Aku lebih suka makan nasi ayam berbanding dengan ikan patin tempoyak sebelah rumah saya yang ada bau hanyir sungai" (Ini cuma satu contoh yah.. admin buat gurau jeh dengan korang). Kalau nak senang boleh buat kiraan dari satu hingga tujuh (Baca dalam hati macam ini: Satu satu, dua dua, tiga tiga, empat empat, lima lima, enam enam, tujuh tujuh) Selesai kiraan, anda boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.

Tips: Kena pandai masak ikan patin... Jek... Apabila di atas laluan titi, kebanyakkan orang pandang terlalu dekat itu yang membuatkan mereka nervous. cuba pandang jauh sedikit dan korang akan lebih balance nanti. 

 

Keempat: Kawal motosikal ketika lalui kon-kon

Gais, jangan nampak kon-kon tu korang pergi langgar tau, korang tengah ujian tapi bukan main bump bump car !!! Part ni senang sahaja janji masa korang jalan secara "zig-zag" tu jangan terlanggar kon dan elakkan letak kaki ke atas jalan raya semasa jalan.

Tips: Sambil menyanyi sambil zig zag, korang akan rasa lega sedikit.  

 

Kelima: Emergency Brake

Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.

Tips: Apabila tayar depan motosikal sentuh petak, korang boleh tekan brake belakang dan brake depan sekali dan wajib pegang handle motosikal dengan tegak. Hati mesti kena ingat: Ini bukan motor saya, brake kaw kaw sahaja :D

 

Keenam: Ujian Jalan Raya

Anda perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.

Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak markah.

Tips: No tips. Korang kena pandai pandai jeh lah di sini

 


 

Semua orang ada "Pertama Kali", admin dari Ebidmotor.com semoga anda berjaya dalam ujian B2. Seterusnya, admin ingin share sedikit info dengan anda yang baru dapat lesen: Adakah anda sudah memiliki motosikal sendiri? Jika tiada, anda boleh membeli sebuah motosikal terpakai dari Ebidmotor.com. Banyak motosikal kami bawah RM2,000 sahaja! (Termasuk insuran, roadtax, bla bla bla pun tak lebih RM2,000) 


"Motor itu mesti motor buruk kan" Come on... Ebidmotor.com steady punya okay?! Motosikal yang kami jual adalah dalam keadaan yang baik dan harga berpatutan. Ramai yang jual motosikal bukan sebab ia buruk tapi cuma upgrade seperti anda yang baru dapat lesen. (Biasalah kan, baru dapat lesen tapi tak mahir lagi, nanti calar atau motor jatuh sakit hati oh...)

Nak senang hati? Beli sahaja motor secondhand daripada Ebidmotor.com dahulu dan bila anda sudah mahir, boleh jual balik dan trade in motosikal dengan kami dengan harga yang sangat berbaloi! 

 

Ebidmotor.com mempunyai pelbagai jenis motosikal untuk anda pilih dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Jangan lupa, harga trade-in bernilai sehingga 25% lebih tinggi di Ebidmotor.com tau. Anda boleh membida motor terpakai dengan harga yang lagi rendah daripada harga pasaran.

 


Persoalan: “Macam mana beli motosikal yang harga bawah pasaran ini?”

 

#Langkah 1 - Beli melalui Walk-In Showroom Kami

#Langkah 2 - Beli melalui Laman Web Kami

Setiap perminat boleh membida @ membeli motosikal dengan harga yang mereka mampu bayar. Sebagai contoh: En Abu berminat dengan sebuah motosikal berharga RM2,500 dan dia perlu tambah minima RM50 untuk membida motor tersebut. Jika tiada orang lawan harga, En Abu dapat beli motor tersebut dengan harga RM2,550 sahaja (Boleh bayar dengan cash atau loan)! Jadi, harga pembidaan akan bermula dengan nilai yang sangat rendah dan berbaloi!

*Anda disarankan untuk merujuk video tutorial ini untuk lebih mudah memahami proses pembidaan ini. Youtube: Tutorial

Facebook Page Kami: Ebidmotor.com 
Sila hubungi untuk dapatkan bantuan pembelian: 1700-81-7700 
 

EBID MOTOR SDN BHD

No 6 Jalan AWF 1
Ampang Water Front
68000 Ampang
Selangor
Waze atau Google Map

 

Ebidmotor.com - Platform Pembidaan Motosikal Pertama di Malaysia.Harga kami rendah daripada harga pasaran

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat