E B I D M O T O R

Loading

Perkara Semua Pembeli WAJIB Tahu - Kawasaki Z250!

Kalau nak tunggang motosikal kuasa tinggi tetapi tidak ingin upgrade lesen ke B Full, inilah pilihan untuk anda, KAWASAKI Z 250.

Penunggang motosikal yang ingin menaik taraf motosikal anda dari kapcai/ moped, Kawasaki Z250 ini adalah paling sesuai dengan anda. Bukan sahaja tidak perlu dapatkan lesen B Full, tetapi mempunyai pelbagai jenis kelebihan yang anda perlu tahui.

Dari segi penampilan, jelas dapat dilihat Z250 berkongsi banyak persamaan dengan ‘abangnya’ iaitu Z800. Rupa agresif tanpa penghadang angin (fairing) dan garisan-garisan tajam menjadikan ia kelihatan seperti ingin ‘menyerang’ walaupun tidak bergerak. Satu lagi kelebihan dengan rekaan ini adalah lampunya akan mengikut pusingan pemegang tangan.

Sementara itu, daripada segi platform dan enjin, ia menggunakan bahagian yang sama dengan model sports permulaan Kawasaki, Ninja 250. Panjang keseluruhan dan jarak roda masing-masing 2010mm dan 1400mm adalah sama manakala lebar, tinggi dan kelegaan antara jalan Z250 mempunyai jumlah yang lebih, masing-masing 35mm, 85mm dan 5mm.

 



 

Untuk menarik klac Z250, penunggang tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak kerana ia adalah lembut, seterusnya memudahkan penggunaan di dalam bandar. Melompat daripada sebuah motosikal 1,000cc (yang sedang digunakan untuk tunggang uji) kepada motosikal 250cc ini, perbezaan kuasanya memang amat jelas. Tetapi, penulis masih lagi dapat berseronok dengan Z250 semasa sesi tunggang uji yang dilakukan di Litar Speedway Plus, USJ.

Hubungan di antara pendikit yang dipulas dan kuasa yang dikeluarkan oleh enjin adalah responsif, menjadikan kawalan penunggang lebih tepat. Gear pula dapat dimasukkan dengan mudah tanpa sebarang masalah. Dalam keadaan pegun, enjin Z250 mengeluarkan bunyi yang lembut dan tidak banyak bergegar, dan sehingga kelajuan tinggi pun, gegarannya masih lagi tidak begitu kuat. 

Sumber:Kawasaki Z250 Malaysia 

SPESIFIKASI

  • Enjin: 249cc, dua silinder selari, empat lejang, sejukan cecair, DOHC, lapan injap, suntikan bahan api
  • Gear Box: Enam Kelajuan
  • Kuasa Maksimum: 32hp @ 11,000rpm
  • Tork Maksimum: 21Nm @ 10,000rpm
  • Kapasiti tangki: 17 liter
  • Berat: 168kg
  • Harga Purata Pasaran: RM8,600 - RM10,000 (used)

Ebidmotor.com mempunyai sebiji sahaja Kawasaki Z250.  Inilah masa yang terbaik untuk memilikinya kerana anda berpeluang untuk memenangi sebiji Yamaha Y15ZR GP Edition secara PERCUMA!!! Cepat Bid motor tersebut di Platform Pembidaan kami sebelum ia dimiliki yang lain.

Cara untuk memenangi Yamaha Y15ZR GP Edition boleh rujuk di sini: SAYA NAK YAMAHA Y15ZR GP EDITION SECARA PERCUMA!

  • Tahun Pendaftaran: 2014
  • Harga Bidaan Bermula: RM7,500
  • Loan: Boleh (Minima 10% Downpayment)(Aeon Credit Sahaja)
  • Harga Bulanan Dari: RM295/bulan (3 Tahun)
  • Harga Purata Pasaran: RM8,600 - RM10,000
  • Max Speed: 170 kmph
  • Semak Gambar & Laporan Motor: Kawasaki Z 250
  • Hubungi Pegawai Pembida Pelanggan: WhatsApp 010-8833398
     


Ebidmotor.com - Platform Pembidaan Motosikal Pertama di Malaysia. Harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

 

EBID MOTOR SDN BHD

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat