E B I D M O T O R

Loading

Ramai Kaki Motor Suka Dry Clutch Walaupun Kos Agak Mahal..

Pasti ramai diantara kaki motosikal di luar sana yang tidak kisah untuk menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk memodifikasikan motosikal kesayangan korang. Kadang kala tanpa disedari modifikasi yang dilakukan itu telah melebihi daripada harga sebuah motorsikal yang korang dah beli. Tapi ramai yang mengatakan bahawa kepuasan dalam mengendalikannya adalah sesuatu yang tiada bandingan.

Apabila bercakap mengenai dry clutch pasti ramai yang meminatinya bukan? Tetapi ia hanya dipasang pada motosikal premium dan pasti korang tertanya-tanya kenapa… Jika dahulu penggunaan dry cluth hanya boleh dilihat pada jentera 2 lejang 90’an dan pada 2000 hingga kini, kebanyakan dry clutch hanya boleh dilihat pada jentera Ducati yang masih mengekalkan penggunaan dry clutch sebagai spec kilang mereka. Dahulu, ia boleh dilihat pada NSR 250, TZR 250, RGV250, tetapi kini jentera-jentera itu hampir tiada dan jarang untuk dilihat di jalan.

Jika sekarang dry clutch diperkenalkan pada jentera Y15ZR sebagai barang aftermarket yang dianggarkan bernilai lebih RM 1,500. Mesti ramai yang nak tahu apa antara kelebihan dry clutch berbanding wet clutch biasa.

Dry clutch sememangnya lebih berprestasi berbanding wet clutch tetapi ia tidak mendatangkan sebarang kelebihan kepada jentera biasa di jalan raya. Ia digunakan untuk MotoGP kerana didalam arena MotoGP, setiap saat setiap kelebihan walaupun sedikit akan dikira kerana ia amat sengit.

Ramai yang meminati dry clutch kerana kebiasaanya ia akan mengeluarkan bunyi yang ikonik (rattling) seperti yang berada di jentera Ducati. Bunyi dry clutch agak bising akan tetapi ramai yang sukakan bunyi tersebut walaupun ia seakan-akan bunyi motor yang bermasalah.

Kebiasaanya dry clutch tidak digunakan pada jentera yang berada di jalan raya kerana maintenance agak mahal. Ia seolah-olah anda perlu menukarkan clutchplate setiap 15,000 KM dan ianya juga lebih mahal berbanding wet clutch. Prestasi bagi kedua-dua clutch ini juga hampir sama sehingga penunggang tidak dapat merasakan perbezaan antara kedua-duanya.

Namun itu tidak menjadi sebarang masalah bagi penggemar motosikal kerana ramai yang meminati bunyi ikonik itu. Jika diberi pilihan kebanyakkan pengguna akan memilih dry clutch meskipun agak mahal dan tidak berbaloi.


𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐏 𝟑.𝟎 !

Showroom HQ Ebid Motor Sdn Bhd dan Platform Pembidaan Online 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑶𝑷𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 sepanjang PKP 3.0 ini. Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan yang ingin membeli motosikal dalam tempoh PKP 3.0 ini, kami telah menawarkan satu perkhidmatan O2O (Online to Offline). 

Sila hubungi dengan pegawai kami Mr Bazli dan beliau akan hantar gambar dan video motosikal yang berkenaan kepada anda melalui Whatsapp. 

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢.
Nama Pegawai: Mr Bazli
Whatsapp: Link WhatsApp
No Tel: 010-8833396

Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! 


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain. 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat