E B I D M O T O R

Loading

#REVIEW: Aveta VS115, Nampak Lemah Tapi Power Lain Macam!

Sebenarnya, penulis agak skeptikal pada kali pertama bertemu dengan Aveta VS115 ini semasa pelancarannya di Hotel KSL Esplanade, April yang lalu. Dijual pada julat harga yang sangat murah, iaitu RM3,488, sudah tentu timbul rasa ragu-ragu terhadap kualiti keseluruhan motosikal ini.

Namun, selepas 3 bulan dari tarikh pelancarannya, Ebid Motor Sdn Bhd berpeluang untuk menguji sendiri kapcai ini, dan sangkaan awal kami ternyata meleset!

PRESTASI ENJIN

Perkara pertama yang wajib dipuji semestinya pada kualiti dan karakter enjin motosikal ini. Aveta VS115 dijana oleh enjin 113cc, Single Cylinder, SOHC, 2-Injap, Air Cooled yang menghasilkan kuasa 8.7 hp @ 8,000 rpm dan tork 9.0 Nm @ 6,000 rpm. Menariknya, di era moden ini, Aveta masih kekal menggunakan sistem karburetor.

Walaupun spesifikasi di atas kertas nampak biasa, karakter sebenar enjin inilah yang menjadi aspek paling mengagumkan. Sesungguhnya, enjin motosikal ini SANGAT LASAK!

Penulis dan Ricky (hos) kerap memulas throttle secara maksimum (full throttle) setiap kali ada peluang. Kami menyangka enjinnya bakal 'lemau', tetapi jangkaan kami meleset. Karakter penghantaran kuasanya lebih berfokus pada mid-RPM. Sungguhpun di gear 3, kuasa enjin masih boleh dipanggil semula dengan hanya satu pulasan tanpa perlu drop gear.

Pecutan motosikal ini juga sangat responsif, rasanya seakan menunggang kapcai 125cc–130cc! Disebabkan jarak roda yang pendek, penghantaran kuasa terasa pantas. Memang jelas motosikal ini direka khas untuk kegunaan harian dalam bandar dan jarak dekat kerana ianya sangat lincah untuk mencelah dalam kesesakan lalu lintas.

UJIAN 'EKSTREM' KE GENTING HIGHLANDS

Bagi menguji ketahanan motosikal ini, kami menunggang naik ke Genting Highland secara berboncengan (pillion) dengan beban muatan keseluruhan hampir 200 kg! Kami menjangkakan enjin ini akan 'pancit' atau bergelut di selekoh berbukit yang curam.

Ternyata ia masih mempunyai tenaga ekstra untuk diperah! Tanpa perlu ditolak atau mengharapkan bantuan, Aveta VS115 ini masih selamba memanjat cukup sekadar menurunkan ke gear 2. Enjin 113cc ini telah dipaksa bekerja pada tahap maksimum tanpa henti, dan ia masih dapat beroperasi tanpa sebarang masalah.

Apabila disemak, enjin ini rupanya berkongsi output yang sama dengan model Ranger Cub Cross 115. Maka, patutlah karakternya begitu rugged dan tahan lasak sebab dah alang-alang enjin yang sama digunakan untuk motosikal off-road, jadi ketahanannya memang tidak perlu diragui lagi!

Namun, apabila kelajuan melebihi 120 km/j, gegaran agak terasa. Tapi, untuk enjin bersaiz 113cc, itu perkara yang biasa. Di bawah kelajuan tersebut, pemanduannya terasa cukup lancar.

ERGONOMIK & KESELESAAN SEAT

Selain enjin, satu lagi aspek yang wajar dipuji pada Aveta VS115 adalah melalui tempat duduknya. Ianya SANGAT LEMBUT DAN SELESA! Sama ada untuk penunggang mahupun pembonceng, tahap keselesaannya cukup memuaskan hati.

Ketinggian tempat duduk pula hanya 767 mm, menjadikannya sangat mesra penunggang pendek, penunggang wanita, mahupun golongan veteran yang mahukan sebuah motosikal santai untuk berulang-alik sehari-harian.

SISTEM SUSPENSI

Fork hadapan agak responsif dan berfungsi dengan baik. Manakala untuk suspensi belakang, ia agak lembut. Meskipun amat selesa untuk tunggangan harian jarak dekat, ianya kurang sesuai untuk penunggangan yang agresif atau untuk yang gemar mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi. Ini kerana, bahagian belakang terasa sedikit membuang jika dilayan dengan kasar. Ini sekali lagi membuktikan fokus rekabentuknya adalah untuk tunggangan harian biasa sahaja.

PENJIMATAN BAHAN API

Meskipun menggunakan karburetor, penggunaan bahan api VS115 tidaklah terlalu parak.

Sebagai bukti, kami telah mengisi minyak sehingga penuh (kapasiti tangki 4L) di BHP Gombak sebelum memulakan pendakian ke Genting Highland. Selepas menuruni puncak Genting dan berhenti di Petronas Genting Sempah (jarak perjalanan pergi-balik sekitar 55 km dengan muatan 200 kg di jalan berbukit), kami hanya perlu mengisi RM4.00 sahaja dan itu pun sudah penuh melimpah! Ini bermakna ia hanya menggunakan sekitar 2 liter minyak sahaja bagi tugasan seberat itu.

Namun, perkara yang perlu diberi perhatian adalah pada indicator meter minyak. Walaupun jarum menunjukkan posisi 'F' (Penuh), hakikatnya paras minyak sebenar sudah berbaki separuh. Penunggang perlu berhati-hati dan jangan terlalu bergantung pada meter minyak agar tidak menolak motor di tepi jalan.

 

KESTABILAN & TAYAR

Untuk motosikal bawah RM3,500 dengan berat hanya 83 kg, kestabilan bukanlah poin utama untuk dikritik. Namun, apabila mengekori lori besar, ia tidaklah terasa terlalu bergoyang. Cuma disebabkan saiz motor yang ringan dan lincah, penunggang perlu berhati-hati kerana imbangan handlebar agak sensitif terhadap respon tangan. Tarik sikit sahaja, motor boleh berubah arah!

Untuk tayar, Aveta VS115 menggunakan tayar jenama FKR. Cengkamannya cukup baik pada jalan kering, manakala untuk jalan basah, prestasinya sekadar so-so sahaja..

PRAKTIKALITI & PENCAHAYAAN

Walaupun dijual pada harga yang mampu milik, Aveta masih menyediakan port pengecasan USB Type-A dan Type-C, lengkap bersama poket simpanan kecil untuk meletakkan telefon bimbit semasa mengecas. Satu sentuhan praktikal yang dipuji!

Lampu Utama motosikal ini menggunakan unit Halogen biasa. Secara jujur, tahap pencahayaannya biasa-biasa sahaja dan tidaklah berapa terang untuk pemanduan malam di kawasan gelap gelita.

SISTEM BREK

Penggunaan brek dram di bahagian depan dan belakang adalah langkah dari Aveta untuk mengurangkan kos pengeluaran. Sejujurnya, brek dram ini sangat mencengkam dan efektif, terutamanya semasa kami menunggang turun dari Genting Highland. 

Namun begitu, dari sudut psikologi dan keyakinan penunggang, adalah lebih baik jika Aveta sekurang-kurangnya menawarkan satu brek cakera di bahagian depan. Tetapi memandangkan motosikal ini ditujukan untuk kegunaan harian jarak dekat, sistem brek dram sedia ada pun sebenarnya sudah memadai.

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, kita perlu memahami bahawa Aveta VS115 adalah sebuah motosikal daily/commuter. Ianya tidak direka untuk berlumba atau dibawa laju. Ia sebuah motosikal yang straightforward dan berupaya untuk membawa anda dari Point A ke Point B tanpa bermacam kerenah.

Pujian paling tinggi harus diberikan kepada unit enjin 113cc yang sangat rugged dan tahan lasak. Laju itu mungkin tidak, tetapi enjin ini berupaya diperah ke tahap maksimum apabila diperlukan.

Cuma perlu ingat, mentang-mentanglah harganya murah, janganlah sampai mengabaikan penyelenggaraan asas dan melewatkan penukaran komponen wear & tear. Rawatlah ia dengan baik, nescaya ia akan berkhidmat untuk anda sampai habis hayatnya!

.

.

Ulasan ini adalah 100% berdasarkan dari pandangan dan pengalaman penulis bersama hos palataw Ebid Motor, Encik Ricky Chea. Sebarang percanggahan pendapat tidak dapat dielakkan. Terima kasih kerana sudi membaca =)


Klik di foto untuk lebih banyak info menarik!

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15ZR , Y16ZR, LC 135 , LC135 Fi, EGO S , Lagenda 110 / 115Z Fi ,  EZ115 Fi, 125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , XMAX, Nouvo LC , R15M , R25 , MT15, MT25, MT09 CFMOTO 250SR, 250NK Lite, 250NK, SYM Husky 150, Voge FR150, SYM Tuscany 150, Yadea E8S, Honda ADV160, BeAT 110, Ex5 , Wave , Dash , RS-X, PCX , RS 150 , Vario 150 , Vario 160, RFS 150 , R18i, TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Aveta Vanguard 250, Moda Sporter S 250, Aveta Nova 125, Nova 160, WMoto RT1, RT2,RT3, Keeway XDV180 Evo, QJMotor AX200S, Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 110 Fi, Kriss 125 , MR1 , MR2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i, VTS 200 dan lain lain

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.