E B I D M O T O R

Loading

#REVIEW: Honda ADV350, Skuter Cemerlang Tapi Satu Malaysia Benci?

Dalam pasaran skuter adventure yang semakin dipenuhi pilihan dari China dan Taiwan, Honda ADV350 mungkin bukan lagi pilihan paling wow dari segi spesifikasi atas kertas. Malah, jika dibandingkan secara terus dengan pesaing seperti SYM ADXTG 400, Zontes 368G, Peugeot XP400 ataupun QJMOTOR Fort 350, Honda ADV350 sebenarnya bukanlah jentera paling berkuasa dalam kelasnya. Namun selepas seminggu bersama skuter ini, kami mula faham kenapa masih ramai peminat Honda sanggup memilihnya walaupun harganya agak menghimpit perasaan.

KESELESAAN

Perkara pertama yang agak menyerlah ialah tahap keselesaan yang ditawarkan skuter ini. Ianya mungkin antara skuter paling selesa yang pernah kami tunggang dalam kategori mid range. Riding position terasa sangat natural, ergonomik handlebar berada pada posisi yang tidak meletihkan, manakala bentuk seat pula benar-benar menyokong badan untuk tunggangan jauh.

Malah, pembonceng juga mendapat ruang tempat duduk yang luas dan selesa, sesuatu yang kadangkala dipandang remeh oleh sesetengah pengeluar lain. Senang cerita, Honda nampaknya memang tahu bagaimana untuk menghasilkan sebuah skuter yang sesuai digunakan setiap hari tanpa membuatkan penunggang cepat penat.

SETUP SUSPENSION

Sistem suspensinya juga wajar dipuji. Walaupun tidak menggunakan talaan yang terlalu sporty, setup yang diberikan terasa sangat seimbang dimana ianya tidak terlalu lembut sehingga terasa melantun ketika selekoh, dan tidak juga terlalu keras sampai mengorbankan keselesaan.

Mengguna pakai fork dari Showa, ketika skuter ini mencelah trafik atau melakukan manuver agresif di kawasan bandar, ia terasa stabil dan meyakinkan. Tiada rasa swaying berlebihan walaupun ketika menukar arah secara pantas. Seolah-olah Honda benar-benar memahami karakter tunggangan penunggang Asia, khususnya di Malaysia yang gemar menunggang secara lebih agresif dalam trafik harian.

ENJIN

Dari sudut enjin pula, ADV350 menggunakan enjin 330cc silinder tunggal SOHC eSP+ dengan penyejukan cecair, yang menghasilkan sekitar 29hp dan 31.5Nm tork. Ya, angka ini mungkin tidak segarang beberapa pesaing lain, namun apa yang menarik adalah cara kuasa itu dihantar.

Pickup terasa sangat baik. Ia tidak llah terlalu agresif sehingga mengejutkan penunggang, tetapi cukup responsif apabila kuasa diperlukan. Ketika cruising pada kelajuan tinggi dan perlu memotong lori atau kenderaan besar, hanya pulas throttle sedikit saja lagi dan kuasa tambahan terus hadir dengan lancar. Top speed sekitar 156km/j juga sudah lebih daripada mencukupi untuk kegunaan sebenar dalam segmen ini.

KUALITI MATERIAL

Apa yang benar-benar membezakan ADV350 dengan kebanyakan pesaingnya ialah kualiti keseluruhan jentera ini. Dari plastik coverset hinggalah kepada plastik pada suis-suis handlebar, semuanya terasa solid dan premium. Tiada bahagian yang nampak murah atau dibuat sambil lewa macam pakai kaki. Kedudukan butang, rekaan ruang simpanan dan susunan ergonomik keseluruhan terasa seperti sesuatu yang telah difikirkan dengan teliti oleh jurutera Honda.

TEKNOLOGI

Walaupun ADV350 bukanlah skuter paling sarat dengan teknologi, kelengkapan yang diberikan masih lagi relevan dengan kehendak semasa. Ia hadir dengan paparan TFT moden bersama fungsi turn-by-turn navigation melalui Honda RoadSync, sistem traction control, Honda Selectable Torque Control (HSTC), ABS dua saluran, emergency stop signal serta sistem smart key. Cukup lengkap untuk kegunaan harian dan touring ringan tanpa rasa terlalu “kosong”.

BOLEH KE BUAT OFF-ROAD? KATA SKUTER ADV?

ADV350 masih boleh dianggap memadai Untuk kemampuan off-road ringan. Fork USD hadapannya mungkin tidak sepanjang sesetengah pesaing skuter ADV lain dan saiz tayarnya juga tidaklah yang paling besar untuk melanyak jalan yang tidak rata. Namun,untuk laluan gravel ringan atau jalan kampung, ia masih mampu memberikan keyakinan yang baik. Ia bukan skuter hardcore off-road, tetapi lebih kepada adventure scooter yang dibina untuk dunia sebenar; seperti didalam kawasan bandar mahupun keperluan untuk naik lebuh raya.

PRAKTIKALITI

Satu lagi aspek yang sangat kami gemari ialah ruang simpanan bawah seat yang sangat praktikal. Ruangnya cukup besar untuk memuatkan dua helmet full-face, dan jika dipadankan dengan top box tambahan, ADV350 memang berubah menjadi jentera touring harian yang sangat praktikal.

Kapasiti tangki bahan api pula mungkin tidak sebesar pesaing seperti Zontes 368G, tetapi dengan jumlah 11.7L, ia masih mampu memberikan jarak tunggangan sekitar 300km atau lebih untuk satu isian penuh.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Honda ADV350 sebenarnya tidak layak menerima kecaman yang terlalu keras seperti yang sering dilihat di media sosial. Hakikatnya, jika model ini masih dijual pada harga pelancaran asal, kami percaya penerimaan pasaran mungkin jauh berbeza.

Namun dalam keadaan semasa, ADV350 kelihatan sedikit eksklusif kerana dihimpit oleh pesaing China dan Taiwan yang menawarkan pakej spesifikasi lebih agresif tapi pada harga yang jauh lebih rendah. Apa pun, bagi mereka yang benar-benar menghargai teknikaliti, kualiti, keselesaan dan masih mempercayai reputasi jenama Honda yang telah dibina selama puluhan tahun, ADV350 masih mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

.

.

Ulasan ini adalah 100% berdasarkan dari pandangan dan pengalaman penulis bersama hos palataw Ebid Motor, Encik Ricky Chea. Sebarang percanggahan pendapat memang tidak dapat nak dielakkan. Terima kasih kerana sudi membaca =)


Klik di foto untuk lebih banyak info menarik!

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15ZR , Y16ZR, LC 135 , LC135 Fi, EGO S , Lagenda 110 / 115Z Fi ,  EZ115 Fi, 125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , XMAX, Nouvo LC , R15M , R25 , MT15, MT25, MT09 CFMOTO 250SR, 250NK Lite, 250NK, SYM Husky 150, Voge FR150, SYM Tuscany 150, Yadea E8S, Honda ADV160, BeAT 110, Ex5 , Wave , Dash , RS-X, PCX , RS 150 , Vario 150 , Vario 160, RFS 150 , R18i, TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Aveta Vanguard 250, Moda Sporter S 250, Aveta Nova 125, Nova 160, WMoto RT1, RT2,RT3, Keeway XDV180 Evo, QJMotor AX200S, Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 110 Fi, Kriss 125 , MR1 , MR2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i, VTS 200 dan lain lain

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.