E B I D M O T O R

Loading

Salah Satu Penyelengaraan Yang Sering Mat Motor Abaikan...

Ramai penunggang motosikal akan abaikan salah satu penyenggaran yang melibatkan penapis atau istilah popular - filter. Apakah jenis penapis yang ada dan bagaimanakah ia berfungsi?

1. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)

Bergantung kepada jenis motosikal anda, adakalanya kedudukan penapis ini sangat mudah dicapai. Penapis udara terselindung di sebalik kotak udara yang kebiasaannya terletak di bahagian depan atau bawah pelana. Fungsinya, menapis masukan udara ke enjin daripada sebarang bendasing seperti debu dan partikel halus yang boleh memberi impak kepada tahap kecekapan pembakaran enjin.

Bagaimanapun, sekiranya dibiarkan tanpa penyenggaraan, debu dan partikel yang melekat pada elemen penapis (dalam bentuk jaringan kertas atau kapas), akan menyekat sebahagian aliran masukan udara bersih ke dalam enjin hingga menyebabkan pembakaran jadi tidak efisien dan kuasa tidak dapat dihasilkan sepenuhnya. Apabila ini terjadi, ia memberi impak kepada penggunaan bahan api yang lebih boros.

Kebiasaannya, tempoh penyenggaran penapis udara agak panjang berbanding penyenggaraan lain, iaitu setiap 10,000km sekali dan bergantung kepada kualiti udara persekitaran, termasuk tahap kekotoran penapis.

Anda boleh bersihkan elemen penapis menggunakan hembusan udara termampat (compressed air) untuk membuang debu dan partikel tetapi jika dibiarkan lama tanpa disenggara, seeloknya tukar saja penapis udara baharu.

2. PENAPIS MINYAK (OIL FILTER)

Antara jenis penapis minyak yang selalu digunakan pada motosikal

Setiap kali menukar minyak enjin atau minyak hitam, pasti anda perasan minyak terpakai itu lebih gelap berbanding warna asal. Ini kerana minyak tersebut sudah dikotori partikel yang terhasil akibat geseran dalam enjin akibat geseran permukaan piston dan silinder, termasuk permukaan klac.

Jadi, fungsi penapis minyak ialah menapis aliran minyak kotor sebelum disalurkan kepada komponen penting dalam enjin. Jika dibiar tanpa diganti, kehadiran minyak tercemar dalam enjin boleh menyebabkan penurunan prestasi yang ketara.

Antara kesannya, hakisan permukaan komponen seperti klac dan permukaan liang pembakaran lebih cepat. Lebih teruk, sekiranya penapis tersumbat akibat terlalu banyak mendapan kotoran, aliran minyak pelincir boleh tersekat dan menyebabkan kerosakan enjin kritikal.

Penapis minyak disarankan ditukar setiap dua kali menukar minyak enjin. Namun, memandangkan harga masih murah, anda digalakkan menukar penapis minyak setiap kali buat servis minyak enjin.

3. PENAPIS BAHAN API (FUEL FILTER)

SPH Garage Nilai

Contoh keadaan penapis bahanapi yang tidak ditukar sehingga 50,000km.

Ramai tidak tahu, petrol dalam tangki motosikal juga boleh dicemari partikel bendasing yang terkumpul sepanjang tempoh ia disimpan dalam pam minyak. Kebiasaannya akibat pengaratan dalam tangki simpanan.

Memandangkan banyak motosikal moden hari ini menggunakan sistem suntikan bahan api (FI), penyenggaraan penapis bahanapi perlu dititik beratkan bagi memastikan sistem injektor tidak tersekat. Jika berlaku, bukan saja motosikal mengalami penurunan prestasi ketara, tetapi bakal mengakibatkan pam bahanapi rosak dengan menelan kos baik pulih mahal.

Mengikut jadual servis normal, menukar penapis bahanapi boleh dibuat seawal 10,000km sekali. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kualiti alat ganti itu juga. Anda masih boleh menunggang lebih jauh sebelum masalah berkaitan penapis bahanapi dikesan seperti hantaran kuasa enjin jadi tidak lancar dan enjin tiba-tiba semput apabila paras bahanapi menurun kepada takat tertentu.

Isu fuel filter tersumbat antara 'kejutan' baru pemilik Y15ZR dan RS150R

Menyentuh isu kualiti, ada desas-desus di kalangan penunggang Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R yang mendakwa penggunaan minyak dengan nilai RON tinggi seperti RON97 boleh menyebabkan penapis lebih cepat tersumbat.

Apa dapat kami katakan, bergantung kepada stesen itu sendiri. Tidak seperti minyak RON95 yang kerap diisi semula, permintaan RON97 yang rendah menyebabkan minyak itu tersimpan lebih lama dalam tangki, dan lebih mudah tercemar akibat mendapan seperti partikel karat dalam tangki.

Nasihat kami, jika ingin guna bahanapi lebih berkualiti seperti RON97, anggarkan dahulu kadar permintaan berdasarkan kadar ekonomi pengguna di sekitar stesen tersebut. Lebih elok lagi, gunakan bahan api disarankan pengeluar motosikal anda.

Sumber: PanduLaju.com.my


Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! Pembeli boleh membeli motosikal melalui Walk In showroom Ebid Motor Sdn Bhd di Ampang Selangor atau melalui Online Bidding / Online Purchase! 

12 SEBAB-SEBAB ANDA WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI ......

  • Harga motosikal kami terendah dalam pasaran
  • Melebihi 100 buah motosikal di dalam showroom kami
  • Test Ride / Pandu Uji dibenarkan untuk semua motor
  • Free cuci motosikal & chemical sanitize
  • After Sales Service yang cemerlang (Terbukti)
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • Penghantaran motosikal percuma*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • Konsultasi seumur hidup
  • Trade-in / Buy In semua jenis motosikal secara tunai tanpa sebarang syarat*
  • Tidak memerlukan lesen dalam pembelian motosikal
  • Trade-in motosikal dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% lebih tinggi

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

  • 1700 81 7700
  • Mr Bazli: 010-8833396
  • Mr Anwar: 010-8833397
  • Mr Danial: 010-8833398
  • www.ebidmotor.com

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏.𝐏.𝐍. 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 !
Showroom HQ Ebid Motor Sdn Bhd 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑶𝑷𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. Manakala, Platform Pembidaan Online dan bahagian Bengkel 𝘼𝘿𝘼𝙇𝘼𝙃 𝘽𝙀𝙍𝙊𝙋𝙀𝙍𝘼𝙎𝙄 sepanjang PPN. Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan yang ingin membeli motosikal dalam tempoh PPN Fasa 1 ini, kami telah menawarkan perkhidmatan O2O (Online to Offline).

Sila hubungi dengan pegawai kami Mr Bazli dan beliau akan hantar gambar dan video motosikal yang berkenaan kepada anda melalui Whatsapp. 

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢.
Nama Pegawai: Mr Bazli
Whatsapp: Link WhatsApp
No Tel: 010-8833396

Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! 


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain. 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat