E B I D M O T O R

Loading

Selalunya baju hujan masuk air lepas 1-2 tahun pakai dan kena tukar baru. Nak tahan lama? Baca sini!

Baju hujan merupakan satu kelengkapan yang wajib untuk setiap penunggang motosikal. Biasanya penunggang motosikal akan dapat baju hujan secara percuma apabila dorang beli motor baru atau motor terpakai dari kedai motosikal. Tetapi, korang mesti ada pengalaman, baju hujan yang diberikan secara percuma itu senang rosak seperti koyak dan masuk air. 

 

Takpe... Hari ini admin kongsikan dengan korang cara memilih baju hujan yang berkualiti dan berbaloi! Sila baca sampai habis yah...

 

WARNA
Pilih baju hujan yang berwarna cerah seperti warna kuning, merah, atau biru. Warna yang terang senang dilihat oleh pemandu lain dari belakang terutamanya di waktu malam. Kalao budget ada sila pilih yang ada bahan "fluorescent" dan lining reflector untuk pantulan cahaya.

MODEL
Pilihlah yang ada baju + seluar (1 set) sebab model seperti ini memberikan perlindungan yang terbaik.

MATERIAL
Baju hujan diperbuat dari bahan PVC dan memiliki sifat kalis air (water proofing), selain melindungi tubuh dari siraman air, mudah dibersihkan, dan cepat kering. 

SIZE
Yang ni senang... Just pilih satu atau size lagi besar daripada size biasa anda beli. Sebab korang boleh sarung sekali dengan beg awak. Kalau cuma beli size yang ngam ngam, nanti korang takleh sarung beg pulak.

SAMBUNGAN JAHITAN
Pilih baju hujan yang mempunyai sambungannya jahitan double lebih rapat ketahanannya lebih kuat. bukan di sealed hotpress ajer(sambungan di gam) agar tidak mudah terkoyak atau tetas,masa beli baju hujan cuba anda tarik-tarik tempat sambungan perhatikan struktur jahitan serta resletingnya.. Pilihlah resleting yang rapat agar air tidak mudah masuk dari celah-celahnya.. Adalah disyorkan memilih yang kombinasi antara jahit dan press karena akan lebih kuat dan tidak meresap air.

LAPISAN LAYER
Bahan baju hujan kain memiliki 2 lapisan iaitu waterproof dan windproofeven bahagian dalam ada selapisan pelindung macam wax supaya tak meresap air. Material baju hujan tu kalau pakai tak lah panas sangat sesuai kondisi suhu tubuh badan. 

MATERIAL ZIP
Selalunya yang menjadi masalah air meresap tembus ikut celah jahitan. Sila perhatikan material zip kat bahagian jahitan baju hujan ada letak lining/lilin untuk halang air masuk. Lagi satu bahagian zip tu mestilah ada cover zip sesetengahnya jenama siap ada penutup berbutang.

CARA PENJAGAAN
Ketika masih basah, jangan langsung dilipat, sebaiknya keringkan dahulu dengan cara digantung hingga kering. Ingat, juga jangan terlalu lama menjemurnya cuma diangin-anginkan. 

Seandainya ingin membersihkan baju hujan, cukup siram dengan air besih dan dilap dengan kain basah sahaja. Jangan menjemur di bawah matahari terik , kerana akan merosakkan material baju hujan secara perlahan-lahan.

 

Sumber: Firestartingautomobile

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat