E B I D M O T O R

Loading

Senang Jeh Nak Semak Clutch Motosikal Terpakai! Ikut langkah 123 ini!

Di sini ada sedikit info untuk korang cara mengetahui klac (Clutch) motosikal telah haus / habis. 

Berdasarkan info dari Pandulaju, dalam buku manual ada dijelaskan, hayat penggunaan klac sekitar 15,000-20,000km atau kira-kira dua tahun untuk tunggangan normal. Namun, dalam situasi tertentu, plat klac hanya mampu bertahan beberapa bulan. Sebenarnya, ada beberapa punca yang menyebabkan klac tidak tahan lama atau pendek umur.

Antaranya, tabiat tunggangan buruk penunggang, seperti kerap membuka dan menutup klac sambil menyentak kasar terotel minyak, biarkan motosikal bergerak tanpa memulas terotel dengan menarik tuil klac (kononnya untuk jimat minyak) atau menunggang dengan tangan tidak melepaskan tuil klac sepenuhnya.

Cara menunggang lain yang berisiko membuatkan klac cepat haus ialah kerap menarik tuil klac ketika berhenti lama. Sebagai contoh, setiap kali berhenti di lampu isyarat merah, anda kerap menahan tuil klac dalam posisi gear masuk kerana malas meneutralkan transmisi.

Sebaiknya, jika berhenti lama (sekitar seminit), tuil klac sepatutnya dibebaskan, manakala posisi gear dalam neutral. Kemudian, apabila hendak bergerak, barulah tuil klac ditarik, serentak dengan memasukkan gear.

Selain tabiat menunggang, masalah klac cepat haus juga berpunca daripada tetapan klac yang disetkan terlalu dekat (klac pendek). Cara ini mungkin memudahkan kita menukar gear, tetapi risikonya, kita perlu menarik tuil klac ketika motosikal dalam halaju rendah.  Jarak bebas (free) klac yang betul ialah sekitar 1.5-2sm dan ini mampu memanjangkan jangka hayat plat klac.

Lebih penting, gunakan plat klac disarankan pengeluar motosikal. Alat ganti OEM mungkin mahal, tetapi kualiti dimiliki lebih bagus dan mampu bertahan lebih lama berbanding produk lokal atau bukan OEM.

Share: