E B I D M O T O R

Loading

SYM VF3i 185 Yang Berstyle Dan Laju Anda Mampu Milik!

Tahukah anda motor SYM VF3i ini adalah kapcai 185cc pertama di dunia? Setelah moped yang paling berkuasa di dunia ini dilancarkan, ia mendapatkan banyak perhatian orang ramai. Berikut adalah kelebihan-kelebihan SYM VF 3i yang anda harus tahu!!

 

Fakta Pertama

Kuasa motor super kapcai ini adalah 4-lejang 185CC silinder tunggal SOHC dengan penyejukan cecair ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 17.7hp @ 8,500rpm dengan angka tork yang juga tidak mengecewakan, iaitu 15.3Nm @ 7,500rpm dan prestasi dihasilkan itu kemudian disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan.

 

Fakta Kedua

Menurut SYM, kapcai terbaharu ini mampu menembusi kelajuan 155kmj atau 135kmj menurut ukuran GPS, yang boleh dikatakan angka yang cukup laju bagi motosikal sub-200cc. SYM VF3i berpotensi mencapai kelajuan lebih tinggi jika dilihat pada angka tork dan ukuran enjin 185cc yang menggunakan nisbah oversquare. Cukup saja tukar sprocket belakang lebih kecil, kapcai ini mungkin boleh mencapai kelajuan lebih tinggi.

 

Fakta Ketiga

Rekabentuk yang berani dan nampak gagah. SYM VF3i didatangkan dengan lampu signal LED bersepadu di depan. Jadi pemilik boleh abaikan hasrat mahu mengubah suai signal dalam senarai modifikasi hari pertama. Dari belakang, kekal dengan lampu signal capang (tidak boleh buat apa, peraturan Malaysia), tetapi rekabentuk ekor gaya sporty dengan permukaan tekstur gentian karbon mungkin dapat meyakinkan anda untuk mengekalkannya.

 

Fakta Keempat

SYM VF3i hadir dengan tangki bahan api terbesar dalam kelas kapcai, iaitu 7 liter berbanding barisan kapcai lain yang didatangkan dengan saiz tangki sekitar 4 liter sahaja.Mengambil kira jarak perjalanan sekitar 170km, pengiraan kasar kami menunjukkan tahap penggunaan bahan api ialah sekitar 24km/liter.

 

Fakta Kelima

Harga yang jauh lebih murah berbanding dengan kapcai 150CC di pasaran. Harga bermula RM7,888 tanpa cukai dan insurans, harga SYM VF3i memang sangat menarik perhatian peminat motosikal tempatan kerana kapcai dengan enjin 185CC.

 


 

Di Ebidmotor.com kami ada menawarkan motosikal super kapcai ini dengan harga bermula dari RM4,900 sahaja!

 

1) SYM VF3i 185

  • Tahun Pendaftaran: 2018
  • Harga Bidaan Bermula: RM4,900
  • Loan: RM131/bulan (beli terus tanpa bidaan)
  • Gambar dan laporan motor: SYM VF3i 185

 

2) SYM VF3i 185 (SOLD by today)

  • Tahun Pendaftaran: 2019
  • Harga Bidaan Bermula: RM5,600
  • Loan: RM148/bulan (beli terus tanpa bidaan)
  • Gambar dan laporan motor: SYM VF3i 185
     

Ebidmotor.com - Platform Pembidaan Motosikal Pertama di Malaysia. Harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

 

EBID MOTOR SDN BHD
No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Sumber: Pandulaju.com.my

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat