E B I D M O T O R

Loading

#TAHUKAH ANDA CARA YANG BETUL MENCUCI MOTOR ANDA?

Yakinkah anda mengetahui cara yg betul utk mencuci motor anda? Jom bersama-sama kami membincangkan cara-cara yang betul mencuci motor anda.

 

STEP 1: Dinginkan motor anda

 

Anda boleh membasahkan motor anda selepas enjin motor telahpun dingin. Ini kerana perubahan suhu yg dratis dpt meretakkan blok mesin. 

 

 

STEP 2: Sediakan barang-barang yg diperlukan

 

Barang-barang yg diperlukan seperti berikut:

  • Baldi
  • Satu/dua span bersih
  • Beberapa kain bersih dan kering
  • Degreaser
  • Berus gigi lama
  • Car wax

 

STEP 3: Bersihkan rantai

 

Bersihkan rantai motor terlebih dahulu kalau motor anda berantai. Semburkan degreaser pada rantai motor. Bahan ini akan tanggalkan kotoran, pasir, lumpur, dan tanah yang melekat bersama-sama dengan minyak pada rantai anda.

 

 

STEP 4: Bersihkan bahagian mesin berbahan krom dengan air dan pelarut

 

Sebelum mencuci badan motor, lebih baik bersihkan celah-celah di sekitar mesin yg memerlukan perhatian yg lebih. Celupkan berus gigi lama ke dalam air dan gosok kotoran yg melekat pada celah-celah motor dengan baik.

 

 

STEP 5: Bilas air pada badan motor dengan air dingin

 

Sebahagian kotoran yang lekat pada motor anda dapat dibersihkan dengan membilas air padanya. Gunakan tekanan siraman air yg sesuai.

 

 

STEP 6: Gosok seluruh badan motor dgn span atau kain lembut

 

Kotoran-kotoran yg degil dapat dibersihkan dengan menggosoknya dengan span.

 


 

STEP 7: Bersihkan bahagian plastik dengan air dan sabun

 

Bersihkan bahagian plastik dengan detergen khas untuk kenderaan. Isi baldi dengan air dan lap di bahagian plastik menggunakan span.

 

 

STEP 8: Bilas sekali lagi pada keseluruhan motor 

 

Bilas sekali lagi untuk membersihkan sabun dan kotoran yang masih melekat pada motor.

 

 

STEP 9: Keringkan bahagian yg masih basah pada motor

 

Gunakan kain kering dan lap keseluruhan badan motor yang masih basah.

 

 

STEP 10: Gunakan wax untuk perlindungan tambahan

 

Wax dpt melindung lapisan penutup motor dan mencegah kotoran. Gunakan wax setelah motor anda telah bersih sepenuhnya. Rujuk pada panduan pengguna utk mengetahui cara gunakan produk anda.

 

 

STEP 11: Semburkan bearing protectant pada bearing

 

Semburan ini dpt membantu melindungi bearing motor anda. Rujuk pada panduan pengguna produk utk mengetahui cara kegunaannya..

 

 

Semoga artikel ini dpt menjawab kekeliruan anda semua berkenaan cara membersihkan motor anda dengan betul. 

 

LIKE FACEBOOK PAGE: Ebidmotor.com

DAFTAR SEBAGAI AHLI: www.ebidmotor.com/register

 

Sumber: wikiHow

___________________________________________________________________________________________________

 

SIAPAKAH Ebidmotor.com?

Ebidmotor.com merupakan platform pembidaan motosikal online untuk motosikal terpakai dan baru yang paling boleh dipercayai, berkesan dan cekap. Bidaan diadakan secara langsung setiap hari bermula 12pm sehingga 7pm. Keputusan pembidaan akan dirasmi pada hari yang sama!

Kami menyediakan servis komprehensif yang professional dari pemeriksaanpenilaianpembidaandokumen proses sehingga bayaran dan logistik. Pembeli boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian atau beli terus daripada kami.

Di Ebidmotor.com, kami akan memastikan anda dapat beli motosikal yang berharga rendah daripada harga pasaran dan setiap motosikal didatangi dengan satu laporan motosikal yang lengkap. 

 

ALAMAT HQ / INSPECTION CENTER

Ebid Motor Sdn Bhd (Berdekatan Old Town White Coffee)
No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Hotline: 1700-81-7700
Organisor PIC: 010-8833398 atau Tekan Sini


 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat