E B I D M O T O R

Loading

Tayar Apa Sesuai Layan Corner & Tahan Mileage Jauh?

Menurut Admin MY Z800, kali ini beliau nak kongsikan tentang penggunaan tayar untuk motor Kawasaki Z800 dan seangkatan dengannya. Sebelum buat pemilihan tayar apa yang nak diguna lebih baik kita fahami dulu jenis-jenis tayar supaya kita dapat tentukan apakah jenis tayar yang sesuai untuk kita.

  • Pertamanya kalau kita pakai motor besar hanya untuk digunakan pada hujung minggu seperti meleper di Karak International Circuit ataupun track day di sepang maka elok gunakan tayar yang jenis super slick atau selalunya jenis tayar soft compound yang mana tayar ini sesuai untuk layan korner.
  • Tapi kalau dah jenis lembut biasanya ketahanan tayar tidak dapat perbatuan /millage yang tinggi, maksima biasanya antara 5000 hingga 6000 km sahaja dan bunga tayar akan habis dan juga tidak lupa harga untuk sepasang tayar jenis ini biasanya agak tinggi.

Jadi penting untuk memilih tayar adalah dengan menentukan kegunaan kita. Kalau macam Kawasaki Z800 beliau ini jenis daily ride dan beliau lebih pentingkan untuk dapat millage yang lebih tinggi supaya dapat berjimat. Daily ride sehari lebih kurang 90 km sehari ulang alik kerja, kalau sebulan lebih kurang 2000 km dah 6 bulan ulang alik kerja dah mencecah 12,000 km.

Antara tayar yang pernah digunakan ialah tayar asal Dunlop Sportmax D214, Bridgestone Battlax T30, Battlax S20 Evo, Pirelli Angel ST, Continental Conti Sport Attack 2 dan Michelen Pilot Road 4. Semua tayar yang beliau guna ni menunjukkan millage yang berbeza dan juga setiap jenis tayar ada perbezaan dia bila menggunakannya. 

Saiz asal untuk tayar Z800 untuk rear / belakang ialah 180/55 ZR 17 manakala bahagian front / depan pula 120/70 ZR 17.

Dunlop Sportmax D214

Dunlop SportMax D214 Tyre For Kawasaki Z900

  • Tayar asal yang digunakan pada Z800 hanya mampu bertahan 12,000 km, secara keseluruhannya tayar dunlop sportmax D214 ini ok untuk tujuan daily ride dengan double compound tetapi memandangkan baru mula pakai motor jadi cara tunggangan mempengaruhi ketahanan tayar. Selepas millage 12,000 km tayar dunlop sudah menunjukkan botak di tengah namun bahagian tepi bunga masih lagi tebal, mungkin sebab banyak main pick up dan jentera Z800 yang berat melebihi 230kg juga mempengaruhi ketahanan tayar.
  • Walaubagaimanapun hanya tayar belakang sahaja yang habis bunga, tayar asal hadapan mampu bertahan sehingga 23,000 km millage sehingga tukar tayar yang lain.

Bridgestone Battlax T30 

BATTLAX | BATTLAX T30 SPORT TOURING | Motorcycle Tires | Bridgestone  Corporation

  • Tayar belakang yang pertama kali tukar, tayar jenis sport touring tetapi mempunyai kelebihan apabila mengambil selekoh, so far ini adalah antara tayar terbaik yang beliau pernah gunakan. Ianya juga tayar jenis double compound dimana bahagian tengah jenis hard, tepi pula medium. Tayar Battlax T30 ini sesuai dengan pelbagai keadaan dimana ketika musim hujan juga tayar T30 ini beraksi cemerlang dan masih mampu memecut 180km/j di highway. Cuma masa ambil selekoh / corner bergantung pada yang bawak, kalau cuaca panas ketika di selekoh sangat konfiden untuk layan lap. Millage Battlax T30 dapat bertahan sehingga 25,000 km dan kebiasaannya bunga tayar habis pada bahagian tengah dulu. Overall tayar T30 adalah antara yang terbaik untuk kegunaan daily ride dan sekali sekala layan highway karak pun masih memberikan respons yang baik. 

Battlax S20 Evo

BATTLAX | BATTLAX HYPERSPORT S20 EVO | Motorcycle Tires | Bridgestone  Corporation

  • Tayar S20 Evo ni boleh digunakan untuk gantikan tayar hadapan, jenis tayar soft compound dan untuk hyper sport dimana sebenarnya tayar ini tidak sesuai untuk Z800 kerana ianya mengeluarkan bunyi yang bising. Tetapi dari segi prestasi sememangnya ianya sangat cemerlang terutamanya ketika corner / mengambil selekoh yang tajam memang jenis tayar yang grip terutamanya bila tayar dah panas. Untuk tayar hadapan ini millage yang dapat lebih kurang 20,000 km.

Pirelli Angel ST

Angel ST review | Visordown

  • Tayar belakang yang ketiga digunakan oleh Z800 dan secara keseluruhannya tayar ni adalah jenis sport touring, single compund yang mana jenis medium hard. Dari segi prestasi  ialah ok untuk digunakan ketika cuaca baik tetapi ketika hujan tayar ini ada sedikit rasa geli-geli terutamanya apabila melanggar garisan putih. Dari segi ambil selekoh ianya cukup baik tetapi tidaklah cemerlang seperti Battlax T30. Manakala dari segi perbatuan / millage tayar ini aku gunakan hanya 15,000 km dah start botak tengah..


Continental Sport Attack II

Continental Motorcycle Tires ContiSportAttack 2

  • Ini tayar ketiga untuk tayar hadapan, jenis tayar medium soft compound dimana ianya sangat baik untuk mengambil selekoh. Tayar ini adalah buatan malaysia dan harga sangat mampu milik dan murah berbanding dengan tayar jenama lain. Dari segi prestasi ianya ok ketika cuaca panas namun ketika waktu hujan ianya sama juga dengan jenis tayar-tayar lain. Cuma ini pandangan beliau sahaja, kelemahan tayar continental sport attack ini apabila dah guna melebihi 10,000 km millage ataupun lebih kurang setahun ianya mula tidak sekata pada permukaan tayar dan sedikit bergegar ataupun tak konfiden bila waktu selekoh.

Michelin Pilot Road 4

MICHELIN PILOT ROAD 4

  • Sekarang ini untuk tayar belakang Z800 beliau gunakan tayar ini setelah banyak review yang dibaca mengatakan antara tayar jenis sport touring yang cemerlang dan mempunyai millage perbatuan yang baik. Secara keseluruhannya tayar ini memberikan prestasi yang cemerlang setakat 2,000 km aku gunakan. Dari segi ambil selekoh ianya sangat baik dan cemerlang seperti Battlax T30 dan ketika hujan juga cengkaman tayar ini baik pada pandangan beliau. Dari segi millage ada yang review mampu cecah 28,000 km untuk Z800.

Jadi sebelum menukar tayar motor anda, tentukan dahulu jenis kegunaan motor anda, jenis touring jalan jauh, daily ride, meleper di karak dan sebagainya lepas tu baru pilih tayar yang sesuai untuk anda gunakan. Jangan terlampau berkira atau nak jimat untuk tayar kerana keselamatan motor anda banyak bergantung pada prestasi tayar yang anda gunakan.

Sumber: myz800


2014 Kawasaki Z800

👉 Tahun 2014
👉 VVIP no plate tiga angka W 4x9 W
👉 Original mileage yang rendah 45,240KM sahaja
👉 Original Kawasaki Z800 coverset 90% like new!
👉 Original Kawasaki Z800 sport rim
👉 Original Kawasaki Z800 suspension system (Front and Rear)
👉 Original Kawasaki Z800 engine 100% without any modification
👉 Original Kawasaki Z800 headlamp
👉 Original Kawasaki Z800 taillamp
👉 Original Kawasaki Z800 braking system
👉 Original Kawasaki Z800 radiator system
👉 Original Kawasaki Z800 sprocket set
👉 Body slider installed worth RM220
👉 Bobbin installed worth RM50
👉 Tank pad installed worth RM35
👉 Carbon fiber protector installed worth RM250
👉 NORXI gear indicator worth RM150
👉 Rizoma handle bar worth RM80 
👉 Full set engine guard protector (Left & Right) worth RM150
👉 Carbon fiber head cowl worth RM100
👉 Upgraded super-bright LED tail signal worth RM80
👉 Original Yoshimura R11 exhaust system (88.5dB/5100RPM) worth RM1200 [Below 92dB JPJ Approved]
👉 Zero error code or sensor issue
👉 Engine running 100% smooth
👉 Sporty kaw kawwwwww!!

Harga CASH OTR (Tanpa insuran sahaja)
Harga RM 27,800 !!!

➡ PEMBELIAN SECARA CASH
Pembayaran boleh dibuat secara penuh atau partial-payment. Sekiranya anda membuat partial-payment, balance boleh dibuat apabila motosikal sampai di depan rumah anda.)

---------------------------------------------------
𝐋𝐎𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐖𝐍𝐏𝐀𝐘𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐁𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐃𝐮𝐢𝐭 𝐌𝐮𝐤𝐚 𝐎𝐓𝐑 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬)

𝐃𝐎𝐖𝐍𝐏𝐀𝐘𝐌𝐄𝐍𝐓 RM12,300 OTR
RM647 x 36 bulan
RM896 x 24 bulan

𝐃𝐎𝐖𝐍𝐏𝐀𝐘𝐌𝐄𝐍𝐓 RM13,500 OTR
RM604 x 36 bulan
RM836 x 24 bulan

𝐃𝐎𝐖𝐍𝐏𝐀𝐘𝐌𝐄𝐍𝐓 RM15,500 OTR
RM532 x 36 bulan
RM736 x 24 bulan

➡ PEMBELIAN SECARA LOAN
Pembeli boleh hantar dokumen-dokumen kepada pegawai kami untuk loan application ( 010-8833396 ). Jika loan anda lulus, anda boleh sign agreement selepas PKP atau showroom kami boleh beroperasi. Dokumen diperlukan oleh kami adalah Slip Gaji Terkini 1 bulan dan IC Pemimjam sahaja.
---------------------------------------------------


𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐏 𝟑.𝟎 !

Showroom HQ Ebid Motor Sdn Bhd dan Platform Pembidaan Online 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑶𝑷𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 sepanjang PKP 3.0 ini. Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan yang ingin membeli motosikal dalam tempoh PKP 3.0 ini, kami telah menawarkan satu perkhidmatan O2O (Online to Offline). 

Sila hubungi dengan pegawai kami Mr Bazli dan beliau akan hantar gambar dan video motosikal yang berkenaan kepada anda melalui Whatsapp. 

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢.
Nama Pegawai: Mr Bazli
Whatsapp: Link WhatsApp
No Tel: 010-8833396

Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! 



Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain. 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat