E B I D M O T O R

Loading

Tengah-Tengah Sportrim Ada Lubang? Saya Ingat Tu Rekaan Je. Bukan eh?

Semalam ada customer tanya Admin, kenapa di tengah-tengah rim motosikal mempunyai lubang? Oleh itu, Admin rasa banyak juga orang tidak tahu apakah kegunaannya. Sini biar Admin jelaskan apakah kegunaan dan keperluan lubang di tengah rim ini.

 

Biasanya pada sesetengah rim, terdapat lubang di bahagian tengah iaitu lebih tepat pada hub sportrim itu. Bermula dari skuter hingga ke motosikal biasa, kebanyakan rim motosikal mempunyai lubang ini.

Lubang ini bukanlah salah satu corak atau gaya yang diterapkan terhadap sesuatu sportrim. Sebenarnya lubang ini mempunyai suatu fungsi yang sangat penting.
 




Fungsi tersebut adalah, lubang yang terletak di tengah-tengah sportrim ini berfungsi untuk  membantu melepaskan haba di rim.

Ia digunakan ketika menunggang motosikal, putaran roda motosikal boleh menghasilkan haba yang berasal dari batang shaft belakang (rear wheel shaft).

 lubang di bahagian tengah sportrim

Dengan adanya ruang ini, ia pasti dapat membantu mempercepat proses penyejukan di sportrim ketika ia berputar. Walaupun roda berputar dengan cepat, udara masih boleh masuk dan menyejukan rim. Tidak hanya terdapat pada rim asal dari kilang, lubang ruang udara ini juga terdapat pada rim keluaran aftermarket.  Di samping itu, dengan adanya lubang ini, ia boleh mengurangkan berat keseluruhan sesuatu rim.  


Harap-harap artikel ini dapat menjawab kekeliuan anda semua. Infomasi yang dapat menambah pengetahuan am anda semua ada di Ebidmotor.com. Jangan lupa SHARE dan LIKE FACEBOOK Page kami.

Sumber: Motoqar



Ebidmotor.com - Platform Pembidaan Motosikal Pertama di Malaysia. Harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

 

EBID MOTOR SDN BHD

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat