E B I D M O T O R

Loading

Ubah Suai Motor Anda Cara STP

Malaysia mempunyai penunggang motosikal yang sangat ramai tidak kira umur atau budaya. Modifikasi motosikal sangat popular di kalangan mereka yang lahir sekitar 80-90an.

Trend STP (Standard Tapi Power) masih diminati ramai pemilik motosikal pada masa kini. Menurut Pandulaju.com, mereka mempunyai trend mereka tersendiri iaitu ‘Standard Tapi Perform’. Berikut adalah beberapa cadangan untuk modifikasi motosikal anda.

 

1) Naik Taraf Aliran Udara

Cara ini ialah cara yg paling mudah utk meningkatkan prestasi sesebuah motosikal. Pelbagai penapis aftermarket seperti kepala cendawan ataupun mushroom head yang dapat meningkatkan kadar ambilan undara (air intake) hingga 50 peratus berbanding standard. Produk ini menawarkan keseimbangan antara tapisan udara bersih dan kepadatan aliran udara optimum untuk meningkatkan prestasi enjin.

 

 

2) Naik Taraf Modul Nyalaan Enjin

Modifikasi ini membantu menjadikan nyalaan lebih cekap yang diperlukan untuk menjana percikan api bagi mengoptimumkan proses pembakaran enjin

Komponen utama sistim nyalaan adalah:

-Distrubutor

-Koil nyalaan (ignition coil)

-Kabel Palam pencucuh

-Pemacu koil (coil driver)

-Palam pencucuh

NGK gold plated atau platinum plated adalah jenis palam pencucuh terbaik kerana dapat menambah baik operasi jarum nyalaan (ignition needle), sekali gus menghasilkan percikan api lebih kuat, dan pembakaran lebih sempurna. Maknanya pembakaran yang lebih efisien dapat mengelakkan pembaziran dan penggunaan bahan api.

 

3) Modifikasi Sistem Ekzos

Pretasi motosikal dari segi rupa, kuasa kuda (hp), dan bunyi dapat ditingkatkan dengan perubahan sistem ekzos. Berat motosikal dapat dikurangkan bergantung kepada binaan ekzos yang akan dipadankan bersama motosikal tersebut seperti gentian karbon, titanium, dan bahan logam ringan lain. 

Terdapat dua pilihan untuk modifikasi motosikal anda iaitu menukar seluruh ekzos (full system) ataupun menukar peredam bunyi (slip on).

Malang buat peminat sistem ekzos full system, tidak banyak pilihan yang dapat memenuhi kriteria undang-undang negara kita. 

Jika hanya modifikasi slip in, hanya prestasu pecutan tahap awal (low end) dapat dinikmati.

 

4) Beli Rim, Laras Tekanan Angin dan Tukar Bering Tayar

Rim sport (sport rim) adalah bahagian wajib jika anda ialah penggemar modifikasi. Terdapat pelbagai rekabentuk rim dan material yang boleh dipandang, dipegang, dan dibeli. 

Bagi motor STP, anda disarankan untuk memilih rim yang kuat dan ringan. Jangan pilih rim yang ringan sahaja sebab ia mudah bengkok jika terlanggar lubang.

Ini adalah antara candangan yang untuk modifikasi motosikal anda. Seterusnya, Admin ingin Share satu Special Tip dengan anda semua.

 

5) Special Tip

Jika boleh dapat motor yang dah perform dan legen secara percuma, kenapa perlu modifikasi kan? 

Ebidmotor.com ingin menghadiahkan Yamaha Y15ZR GP Edition kepada seorang LUCKY WINNER jika FACEBOOK PAGE Ebidmotor.com mencecah 60,000 LIKES sebelum 31 October 2020.

Apa korang tunggu lagi?

Baca dan share artikel ini untuk memahami terma dan syarat.

 

Anda mungkin ialah pemenang kami.  SHARE dan LIKE Fb page Ebidmotor.com

Sumber: Pandulaju.com


 

SIAPAKAH Ebidmotor.com?

 

Ebidmotor.com merupakan platform pembidaan motosikal online untuk motosikal terpakai dan baru yang paling boleh dipercayai, berkesan dan cekap. Bidaan diadakan secara langsung setiap hari bermula 12pm sehingga 7pm. Keputusan pembidaan akan dirasmi pada hari yang sama!

Kami menyediakan servis komprehensif yang professional dari pemeriksaanpenilaianpembidaandokumen proses sehingga bayaran dan logistik. Pembeli boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian atau beli terus daripada kami.

Di Ebidmotor.com, kami akan memastikan anda dapat beli motosikal yang berharga rendah daripada harga pasaran dan setiap motosikal didatangi dengan satu laporan motosikal yang lengkap. 

 

ALAMAT HQ / INSPECTION CENTER

Ebid Motor Sdn Bhd (Berdekatan Old Town White Coffee)
No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Hotline: 1700-81-7700
Organisor PIC: 010-8833398 atau Tekan Sini

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat