Loading
Pameran di Bangkok pada Julai yang lalu, Yamaha telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu MT-15 Limited Edition.
Motosikal ini disertakan dengan penampilan yang menarik, ditambah dengan warna biru muda yang unik. Rim bewarna kuning yang disertakan juga menambahkan penampilan sporti motosikal ini.
Selain warna yang disertakan, tidak ada perubahan atau penambahan lain dilakukan pada Yamaha MT-15 Limited Edition ini. Yamaha juga tidak mendedahkan berapa unit dari model edisi terhad ini akan dijual di Thailand.