E B I D M O T O R

Loading

Yamaha Sebenarnya Boleh Lingkup Kalau Tak Disebabkan Wujudnya 10 Model Ni

Motor Yamaha.. Asal nampak motor Yamaha, apa yang terlintas dalam pemikiran korang? Motor mahal? Motor manja? Motor tahan lasak? Apa pun tanggapan orang, tak boleh dinafikan yang Yamaha antara lagenda dalam industri permotoran yang agak 'pandai' membina motor berprestasi tinggi tapi masih lagi handsome.

Jadi, dalam beribu-ribu model yang Yamaha pernah buat, motor manakah yang paling penting dan paling besar pengaruhnya sampai berjaya menghimpunkan jutaan peminatnya di seluruh dunia? Jom baca artikel ni saaaaampai habis!

 

1. YZF-R1 - 1998

Apabila Honda leading je scene sportbike pada tahun 1992 dengan pelancaran CBR900RR FireBlade, kesemua pesaing dari Big 4 mula memikirkan apa jentera yang boleh dibina untuk mencabar motor ini; termasuklah dari Yamaha. 6 tahun lepas itu, muncullah YZF-R1 yang mencipta revolusi yang sama macam si FireBlade tadi. Kalau Honda masa itu lebih menyokong kepada struktur motor yang padat, ringan dan berkuasa, Yamaha pun turut mengambil pendekatan yang sama kecuali dia lebih ringan, lebih pantas dan lebih berkuasa dari mana-mana SBK 1000cc pada waktu tu! Bila masuk track, menang sesaja!

Enjin R1 ni dia lebih kompak; menjadikan wheelbase dia lebih pendek dan rider boleh memanfaatkan pusat graviti motor ni yang dah cukup optimum. Jadi, handling dia pun lebih stabil gais! Tambahan lagi, R1 ada sistem ekzos "Exhaust Ultimate Power Valve" (EXUP) yang mengawal aliran gas ekzos untuk memaksimumkan pengeluaran kuasa enjin pada semua RPM! Dengan enjin inline-4 dia yang berprestasi tinggi, bersama handling yang cukup tajam dengan body yang ringan, Yamaha terus mengekalkan resepi ni sehinggalah ke R1 yang korang kenal hari ini!

  • Enjin: 998cc, Inline-4 20V, Liquid Cooled-DOHC, Carburetor - 6 Speed
  • Power & Tork: 150hp | 108nm
  • Top Speed: 271km/h

 

2. YZF-R6 - 1999

Pada tahun 1999, kelas Supersport 600cc sangatlah besar, dengan penyertaan dari kesemua Big 4 dan jenama Eropah yang lain. Yamaha nampak ada potensi untuk model replika yang road-legal maka terhasillah YZF-R6. Dia ada prestasi dan rupa paras yang mirip macam R1 tapi ada saiz yang lebih kecik, lebih lincah dan lebih ekstrim! Sampai lah ke model paling terkini, R6 antara model Supersport yang paling sporty dan paling kehadapan berbanding lawannya!

R6 ni ada frame yang sangat ringan, membolehkan enjin dia menghamburkan kuasa sekitar 108hp! Dia menjadi model Supersport 600cc 4-stroke pertama yang mencapai 100hp dalam keadaan stock kilang! Gila tak gila? Bukan itu je, Yamaha dia tetap update R6 ni sikit-sikit sampailah tahun 2020 berbanding pesaing lain yang mengabaikan model 600cc dorang tu.. Contohnya dari Suzuki!

  • Enjin: 599cc, DOHC, 16-valve, Liquid Cooled,Inline-4, Carburetor - 6 Speed
  • Power & Tork: 108hp | 75nm
  • Top Speed: 257km/h

 

3. MT09 - 2014

Pada tahun 2008, berlau krisis kewangan yang menjejaskan Yamaha sama seperti setiap pengeluar yang lain. Jadi, dorang tak ada peruntukkan untuk merombak semula line-up motosikal yang dah makin tua. Teruk dorang kena kritik sebab tetap menjual motor yang berteknologi 5 tahun kebelakang dan tak berinovasi ! Jalan keluar pertama yang dorang buat adalah melalui kemunculan MT-09!

MT-09 kembali menggunakan enjin tiga silinder macam yang Yamaha pernah buat pada model naked-roadster dorang pada tahun 1970-an yang lalu. Walaupun 114hp yang terhasil ketika itu tak nampak mengancam, tapi power delivery dari enjin Crossplane 3 silinder ni yang menjadikannya istimewa; dia ada tork yang meletup pada kuasa low & mid range untuk memberikan acceleration yang mantap dalam mana-mana gear pada sebarang kelajuan. Daripada dasar ini, model inilah yang telah membawa pembaharuan dalam keluarga Yamaha di era 2010-an!

  • Enjin: 847cc, DOHC, 12-valve, Liquid Cooled,Inline-Triple, Fuel injected - 6 Speed
  • Power & Tork: 114hp | 87.5nm
  • Top Speed: 233km/h

 

4. RD350LC YPVS - 1983

Tahun 80-an adalah antara tahun yang paling penting untuk Yamaha disebabkan pelancaran beberapa model yang sangat ikonik di pasaran eropah dan US khususnya. Mana taknya, semua berlumba nak menyumbat enjin paling berkuasa kat motor yang paling ringan yang dorang boleh bina. Paling tak boleh blah adalah dari pengenalan RD350LC yang dihasilkan dari 1983 hingga 1986.

Model ini punyalah berkuasa, kalau korang beli pada waktu itu korang boleh terus masuk track tanpa perlu mengubah apa-apa! Dari model ni jugalah Yamaha mempelopori dan mematenkan valve ekzos kawalan kompute iaitu "Yamaha Power Valve System" atau "YPVS"

Walaupun RD350LC ni ada prestasi yang cukup meletup, teknologi chassis masih lagi agak ketinggalan untuk menyokong output dari enjin RD350LC ni! Apa pun ceritanya, motor ni lah definisi sebenar motor rare yang susah nak nampak atas jalan lagi-lagi di Malaysia!

  • Enjin: 347cc, Liquid Cooled, Parallel Twin, Carburetor, YPVS - 6 Speed
  • Power & Tork: 59hp | 47nm
  • Top Speed: 192km/h

 

5. Yamaha XV750 Virago (1981)

Virago ialah motosikal cruiser Yamaha yang pertama yang hadir dengan enjin V-twin dan salah satu motosikal terawal yang diperkenalkan dengan sistem suspensi belakang jenis monoshock. Mana pernahnya motor kangkang dipasang dengan suspension monoshock! Virago asalnya diperkenalkan buat pertama kalinya dengan enjin 750cc dan kemudiannya dikembangkan kepada beberapa varian lain dari 125cc sehingga 1100cc! Di Malaysia, model 535cc lebih dekat dengan penggemar motor segmen kangkang berbanding XV750 ni sebenarnya!

Secara jujurnya, motor ni bukanlah yang paling handsome, paling power atau ada ciri paling premium! Dia cukup simple, boleh dipercayai, dan sangat tahan lasak; sesuatu yang model Harley atau Indian tak boleh nak lawan!  Kelajuan tertinggi motor ni boleh capai adalah 180 km/h, dari enjin 52.8 kuasa kuda dia tu

Walaupun dah dihentikan produksinya sekitar 2008, Virago tetap memberikan kesan yang hebat sampai dikatakan mampu mengancam jualan motor kangkang US di pasaran negara dorang sana! Katanya, menggelitat syarikat macam Harley Davidson dan Indian menyuruh presiden dorang menaikkan cukai import keatas motor ni!

 

  • Enjin: 748cc, Air Cooled, 75º V-Twin, SOHC, 4 Valve Carburetor - 5 Speed Shaft Driven
  • Power & Tork: 55hp | 64.7nm
  • Top Speed: 180km/h

 

6. RD 500LC YPVS - 1984 

Pada tahun 1984 Yamaha mengeluarkan sportbike versi road-legal bagi model YZR500; yang mana pada masa itu mendahului kejohanan dunia bersama Kenny Roberts! RD pada nama motor RD500LC ni bermaksud 'Racing Developed' yang mana, membenarkan BBNU merasa sendiri pengalaman menunggang motor dari jentera MotoGP diatas jalan awam! Secara tiba-tiba, korang dah menjadi Kenny Roberts, Eddie Lawson atau Wayne Rainey yang berlumba kat dalam track MotoGP.. Tak kenal? Pergi tanya ayah korang siapa dorang ni!

Dikenali juga sebagai RZ500 & RZV500, Enjin 499cc, 50º V4dia ini yang sebenarnya memahat sukses pada Yamaha! Walaupun nama dia V4 tapi dia taklah sepenuhnya guna enjin V. Enjin motor ikonik ni adalah gabungan dari dua crankshaft 180º dari model TZR250 dan disatukan dalam format silinder yang dipisahkan 50°.

Dulu mana ada pengeluar yang berani buat motor track versi halal atas jalan! Jadi bila RD500LC muncul, haa baru lah muncul otai-otai lain macam Suzuki RG500 Gamma dan NSR400 dari Honda. 

  • Enjin: 499cc, 50º V4, Liquid Cooled, YPVS - 6 Speed
  • Power & Tork: 88hp | 65nm
  • Top Speed: 238km/h

 

BACA JUGA : Top 10 Motosikal 2-Stroke Paling Berdesup Pernah Dibina Didunia!

 

Itu kalau melibatkan jualan di Eropah mahupun di pasaran global.. tapi macam mana pula ceritanya di rantau Asia Tenggara atau secara spesifiknya di Malaysia? Model manakah yang bertanggungjawab mengukuhkan jenama Yamaha ini?

 

7. RX-Z 135 (1985)

Satu lagi motor yang berorientasikan prestasi dari Yamaha adalah model RX-Z 135, yang diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai motor naked 2 stroke yang cukup popular di Malaysia. RX-Z ni dia berkait rapat dengan RX-135 dan Yamaha RD-135, dan RX-Z pun meminjam casis dan platform yang sama. Pada asalnya, RX-Z ni hanya dilengkapi dengan transmisi lima kelajuan, brake disc depan dan drum belakang. 

Disebabkan rupa dia yang paling handsome berbanding dari Honda atau Kawasaki, dia mencipta fenomena apabila menawarkan "identiti" kepada si pemakainya. Naik RX-Z, ownernya akan kelihatan macho, berani (melawan undang-undang) dan ada gaya hidup yang menyeronokkan. Bukan itu je, RX-Z ni pernah terkenal dengan betapa mudah untuk bertambah kuasanya hanya dengan sedikit pengubahsuaian. Tukar ekzos je, haa mencanak 5hp! 

Sebenarnya bukanlah kuasa janaan motor ni yang menjadi ukuran.. Yelah lock lama sikit jem, nak curi karburetor pun senang. Tapi, nilai "estetik dan mekanikal" dari RX-Z ni lah yang menghidupkan minat anak muda di Malaysia terhadap jentera 2 stroke, khususnya dari Yamaha sendiri!

  • Enjin: 133cc, SIngle Cylinder, Air Cooled,Carburetor, YCLS - 5 Speed
  • Power & Tork: 20hp | 17.6nm
  • Top Speed: 155km/h

 

8. Y110SS (1992)

Y110SS ni min percaya amat istimewa dan dekat dengan hati kebanyakkan geng abah-abah 30-an sehingga 50-an yang mana sempat membesar dan merempit bersama model 2 stroke bertuah ni! Apa yang bestnya? Yelah, harini korang nampak Wazi Abdul Hamid atau Faisal Yahya guna motor ni untuk berlumba kat dalam TV, esoknya dah boleh nampak motor yang sama kat atas jalan.. Min berani cakap, motor ni bertanggungjawab memulakan kegilaan motor "kapcai" bagi golongan anak muda sampai ke hari ini!

Y110SS ni ada teknologi penyejukkan kipas YPCS (Yamaha Power Cooling System) adalah efisyen bagi bukan kaki rembat.. Tapi owner Y110SS memang selalunya kaki pulas yang menyebabkan enjin overheat dengan cepat! . Antara elemen "signature" Y110SS ni adalah kat ekzosnya yang panjang, reka bentuk enjinya yang unik dan clutch semi-manual yang menjadikan dia mudah ditunggang oleh newbies! Motor ni turut disarungkan dengan brek disc 220mm yang masih lagi rare ketika era 90'an.

Dia dicipta untuk bersaing dengan RG Sport 110 yang lebih dominan dari segi engineering dan reka bentuknya! Yamaha pun sebenarnya tak kalah jauh pun dan masih mengumpul peminatnya yang tersendiri. Cumanya, kalau tak ada model ni, memang kita tak akan bertemu punyalah dengan 125ZR yang dibina khas untuk mendominasi arena 2 stroke sampaikan ke hari ini! 

  • Enjin: 110.4cc, Air Cooled, Single Cylinder, Carburetor - 4 Speed
  • Power & Tork: 13.8hp | 10.1nm 
  • Top Speed: 135km/h

 

9. T-135 (2005)

Model Yamaha di Asia tak cukup lengkap tanpa bercerita mengenai model T135 atau lebih dikenali sebagai 135LC V1 di Malaysia. Mula wujud sekitar tahun 2005 di Thailand dan Indonesia, model ni cukup signifikan sampaikan berjaya mengubah tumpuan peminat motor 2-stroke untuk beralih kepada motor 4-stroke! Kuncinya ada pada penambahan coolant serta antara kapcai 4 stroke terpantas di Asia Tenggara ketika itu. 

Rakyat Malaysia waktu itu dah pandai menilai dan akan memilih model yang boleh buat dua kerja; laju tapi cukup praktikal. Motor ni tak lah laju sangat tapi keupayaan dia untuk travel long distance tanpa jem dan boleh diupgrade enjin nya ke spec yang lebih besar membuatkan orang terus mempercayai model kapcai dari Yamaha ni. Dari sinilah terbentuknya model-model ikonik macam Extreme Spirit (5 Speed), model Y15ZR dan yang terbaru Y16ZR! 

  • Enjin: 135cc, Single Cylinder, 4 Valve, SOHC, Liquid Cooled, Carburetor - 4 Speed
  • Power & Tork: 11.33hp | 11.65nm 
  • Top Speed: 130km/h

 

10. T-150 (2014)

Akhirnya, ini dia model yang paling popular dan cukup laris di pasaran ASEAN terutamanya di Malaysia! Selepas lama sangat model T135 (LC135) dibiarkan tanpa model pengganti, Yamaha mengamanahkan Yamaha Motor Vietnam Co., Ltd. untuk membina model 150cc terbaru yang berjaya mengubah landscape kapcai sehingga ke hari ini.. Itulah dia model T150 atau Y15ZR atau Exciter 150 di Vietnam pada!

Konsep asal Y15ZR ni dibangunkan adalah untuk rider muda, khususnya untuk geng lelaki berusia 17 sehingga awal 20-an. Apa yang lebih hebat berbanding LC135 adalah motor ni ada body weight yang lagi ringan walaupun dijana oeh enjin 150cc. Enjin dia ni pun ditala untuk pecutan yang lebih berkuasa serta memuaskan hati rider-rider yang inginkan tunggangan sporty.

Yang menjadikan motor ini sungguh laris sehingga ke hari ini adalah atas faktor enjin fuel injection yang sangat tahan lasak, lambakkan barangan aftermarket serta reka bentuk yang cukup sporty yang mengheret pengeluar-pengeluar lain untuk membawa rupa baru kepada model segmen super- underbone mereka (kecuali Suzuki lol)!

  • Enjin: 149cc, Single Cylinder, 4 Valve, SOHC, Liquid Cooled, Fuel Injection - 5 Speed
  • Power & Tork: 15.1hp | 13.8nm 
  • Top Speed: 145km/h

Takkan tengok je? Meh klik sini untuk info lebih menarik!

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.