E B I D M O T O R

Loading

Yamaha Y15ZR V2 RM 888

Ebidmotor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong Ebidmotor. Kami dengan berbesar hati ingin mengumumkan harga permulaan pembidaan bagi Y15ZR V2 (2019)bermula dari harga RM888!

 

Pembidaan akan dijalankan pada 3 Julai 2020 pada jam 12.00pm-7.00pm di laman www.ebidmotor.com. Ini ada beberapa panduan yang boleh anda baca tentang bagaimana anda ingin membida Y15ZR V2 ini.

 

PENDAFTARAN PEMBIDA

Jika anda sudah mendaftar nama dan nombor telefon anda, tetapi belum menerima apa-apa verifkasi automatik anda boleh menghubungi nombor helpline kami di 010-8833398. Tetapi jika anda sudah berjaya mendaftar dan membuat verifikasi untuk akaun anda, tahniah anda boleh mengikuti proses berikutnya.

DEPOSIT (REFUNDABLE)

Sebelum anda membuat sebarang pembidaan adalah diingatkan bahawa anda perlu melakukan deposit sebanyak RM300 untuk setiap satu motosikal yang ingin anda bida di dalam laman kami. Sekiranya anda memenangi pembidaan, deposit ini akan ditolak dari harga akhir motosikal yang telah anda menangi. Namun jika anda tidak memenangi pembidaan anda boleh memohon untuk deposit ini dipulangkan semula ke akaun anda atau anda boleh terus membida motosikal lain yang ada di www.ebidmotor.com

 

HARGA SILING

Setiap motosikal yang dibida mempunyai harga siling tersendiri. Pembidaan akan dianggap tamat jika ada pembida yang membeli dengan harga siling motosikal tersebut.  

 

CARA PEMBIDAAN

Selepas anda berjaya melakukan deposit, anda boleh mula membida dengan bidaan serendah RM50.00 untuk setiap kali kenaikkan harga pembidaan.

 

PEMENANG

Ebidmotor memilih pemenang yang berjaya membida sesebuah motosikal dengan harga yang tertinggi dari pembida-pembida lain. Pemenang yang berjaya perlu hadir ke showroom kami untuk menguruskan pembayaran atau dokumen yang diperlukan bagi urusan pengambilan motosikal anda.

 

SEWA BELI DAN TUNAI

Kami menyediakan pilihan kepada para pemenang pembidaan beberapa jenis pilihan untuk pembayaran antaranya adalah pinjaman sewa beli (AEON), secara tunai atau menggunakan kad kredit. Harus di ingatkan kepada para pembida yang berhasrat untuk memohon pinjaman sewa beli anda perlu bebas dari sebarang blacklist bagi mengelakkan permohonan anda ditolak dan anda perlu membayar motosikal tersebut menggunakan kaedah lain. Deposit RM300 tidak akan dipulangkan semula bagi pembida yang tidak berjaya membuat permohonan pinjaman sewa beli dan berhasrat untuk meninggalkan proses pengambilan motosikal anda.

 

BAYARAN PENTADBIRAN

Harga akhir sesebuah motosikal selepas pembidaan adalah harga motosikal itu sahaja tidak termasuk cukai jalan & Insurans. Bayaran pendtadbiran sebanyak RM200 bagi motosikal berharga bawah RM3,000. Manakala bagi motosikal berharga lebih dari RM3,000 bayarannya adalah sebanyak RM300 sahaja.

 

TUKAR NAMA

Urusan tukar nama dan segala pendokumenan akan diuruskan oleh Ebidmotor tanpa sebarang caj tambahan.

 

Mudah saja sebenarnya nak sertai pembidaan bagi Y15ZR V2 ni, anda cuma perlu daftar dan boleh membida pada 3 Julai 2020 nanti. Ebidmotor sebenarnya lebih suka jika anda semua datang ke showroom kami untuk pandu uji motosikal tersebut baru lah boleh feel sendiri padu ke tak motor terpakai yang kami letak di sini. 

Jangan berlengah lagi, daftar sekarang di www.ebidmotor.com dan buat deposit (refundable) anda sekarang supaya pada hari pembidaan anda tak perlu nak kelam-kabut untuk daftar. Jangan lepaskan peluang yang ada ini ya !

 

 

 

 

 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat