E B I D M O T O R

Loading

12 Kesalahan Trafik Malaysia Yang Pelik & Ramai Tidak Ketahui!

Selain daripada tak ikut peraturan trafik light, tidak memakai topi keledar dan ubahsuai motosikal, 12 jenis kesalahan trafik ini sebenarnya wujud dalam Malaysia dan ramai yang tidak tahu. Jangan shock apabila korang terbaca 12 kesalahan di bawah...

 

1.Meletak kenderaan di stesen bas atau di perhentian bas

  • Hari pertama – ke-15: RM100
  • Hari ke-16 – ke-30: RM200
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM250

Jika anda meletakkan kenderaan di stesen bas atau hentian bas, anda akan menghalang laluan bas yang perlu menurunkan dan mengambil penumpang, dan saman yang dikenakan adalah tinggi. Ramai rakyat Malaysia gemar untuk menurunkan dan mengambil penumpang di lokasi ini, jika anda juga sering melakukannya, hentikan segera.

 

2.Memandu dengan perlahan di lorong kanan

  • Hari pertama – ke-15: RM150
  • Hari ke-16 – ke-30: RM200
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM300

Jika anda berpandangan bahawa memandu dengan perlahan tidak merupakan kesalahan trafik, fikir semula. Memandu perlahan di lorong kanan, dan menyusahkan pemandu lain untuk memotona anda boleh dikenakan saman sehingga RM300 oleh pihak berkuasa. Ingat, lorong kanan adalah untuk pemandu yang lebih laju untuk memotong pemandu lain tetapi dalam halaju yang dibenarkan.

 

3.Gagal menggunakan lorong yang betul untuk membelok (kiri atau kanan)

  • Hari pertama – ke-15: RM150
  • Hari ke-16 – ke-30: RM200
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM300

Sama ada anda ingin belok ke kiri atau kanan, pastikan anda berada di lorong yang betul sekurang-kurangnya untuk 10 – 15 saat. Jika tidak, anda boleh didenda, apatah lagi jika tindakan anda menyebabkan berlakunya kemalangan. Malah, saman tambahan juga boleh dikenakan atas kesalahan memandu dalam keadaaan berbahaya.

 

4.Menjual barangan ke pemandu di jalan

  • Hari pertama – ke-15: RM150
  • Hari ke-16 – ke-30: RM200
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM300

Walaupun keadaan ini biasa  dilihat, terutamanya di kawasan luar bandar ataupun kampong, namun ketahui bahawa ia salah disisi undang-undang untuk bejual-beli di jalan raya jika anda sedang memandu. Beri perhatian sepenuhnya keatas pemanduan anda!

 

5.Memasang tirai pada tingkap kereta

  • Hari pertama – ke-15: RM150
  • Hari ke-16 – ke-30: RM200
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM250

Ia mungkin nampak seperti sesuatu yang remeh jika anda memasang tirai langsir di tingkap kereta, sama ada untuk perhiasan ataupun menghalang silau. Sebenarnya, ia salah di sisi undang-undang, dan anda boleh disaman sehingga RM300 untuk kesalahan ini.

 

6.Membiarkan kenderaan tanpa mematikan enjin atau tidak menarik brek tangan

  • Hari pertama – ke-15: RM150
  • Hari ke-16 – ke-30: RM150
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM250

Kita semua mengetahui sebab untuk tidak membiarkan kenderaan tanpa mematikan enjin atau tidak menarik brek tangan. Kini, anda boleh tambah denda sehingga RM250 sebagai salah satu sebab mengapa keduanya penting.

Cuba bayangkan jika kereta anda meletup kerana masalah enjin atau menyebabkan kereta meletup, ataupun anda menyebabkan kecederaan kepada orang lain kerana anda tidak menarik brek tangan.

 

7.Apabila kenderaan anda tidak memiliki hon

  • Hari pertama – ke-15: RM70
  • Hari ke-16 – ke-30: RM120
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM200

Ya, tidak memiliki hon kereta yang berfungsi juga merupakan kesalahan trafik. Jadi, pastikan anda baiki  hon kenderaan anda sekiranya ia tidak berfungsi dengan baik.

 

8.Kenderaan anda tidak memiliki pengelap cermin

  • Hari pertama – ke-15: RM150
  • Hari ke-16 – ke-30: RM200
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM250

Satu lagi sebab untuk sentiasa menyelenggara kenderaan anda ialah untuk memastikan setiap bahagian berfungsi sepenuhnya. Pengelap cermin amat penting, terutamanya ketika hari hujan untuk menjelaskan pandangan.

 

9.Hon kenderaan memiliki lebih dari satu bunyi

  • Hari pertama – ke-15: RM50
  • Hari ke-16 – ke-30: RM150
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM250

Mungkin anda akan berasa hairan mengapa hon kenderaan yang memiliki lebih dari satu bunyi menjadi satu kesalahan. Sebenarnya, bunyi hon tersebut boleh mencetuskan kekeliruan pengguna jalan raya, dan juga pencemaran bunyi. Selain itu, anda juga akan dikenakan saman yang boleh mencecah RM250.

 

10.Gagal untuk menjaga kenderaan dalam keadaan yang baik

  • Hari pertama – ke-15: RM100
  • Hari ke-16 – ke-30: RM150
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM250

Seperti yang telah dinyatakan, jika anda gagal untuk memastikan bahagian kenderaan anda berfungsi dengan baik, dan anda ditahan oleh pihak penguasa, anda boleh dikenakan saman sehingga RM250. Bahagian ini termasuk pintu kenderaan, cermin depan, tayar, dan semua bahagian lain kenderaan.

 

11.Menukar lampu hadapan kenderaan selain warna putih

  • Hari pertama – ke-15: RM150
  • Hari ke-16 – ke-30: RM200
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM300

Menukar lampu hadapan kenderaan kepada warna lain selain daripada warna putih boleh mengganggu pandangan pemandu lain pada waktu malam, dan boleh menyebabkan kemalangan. Jadi, untuk mengelakkan disaman, pastikan anda menggunakan lampu hadapan dengan spesifikasi yang dibenarkan.

 

12.Tidak memaparkan pelekat ‘P’ di cermin kereta jika anda pemegang lessen percubaan

  • Hari pertama – ke-15: RM70
  • Hari ke-16 – ke-30: RM120
  • Hari ke-31– hari ke-60: RM200

Untuk pemandu baharu, kami faham anda tidak sabar untuk memandu di jalan raya setelah mendapatkan lesen. Tetapi, pastikan anda menampal pelekat ‘P’ di cermin kereta supaya pemandu lain mengetahui anda pemanda baharu. Kegagalan berbuat sedemikian boleh menyebabkan anda disaman sehingga RM200 oleh polis trafik atau JPJ.

Jika anda telah disaman untuk kesalahan trafik yang telah dinyatakan diatas, pastikan anda tidak mengulangi kesalahan yang sama. Kepada semua pemandu, jangan pandang remeh kepada kesalahan trafik yang telah kami nyatakan kerana ia boleh menyebabkan anda disaman.

 

Sumber : Comparehero

 


WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

 

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front,
68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

 





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat