E B I D M O T O R

Loading

Apakah Motor Paling Mahal? Ducati Panigale V4R? Salah! Motor ini RM46.8 Juta!

20. Kawasaki Ninja H2R – $50,000 (RM213k)
Dilancarkan pada tahun 2014, motor Kawasaki Ninja H2R ini direka khusus untuk divisyen Supersport dan keluaran di pasaran cukup terhad. Motor inin dibangunkan oleh bekerjasama antara divisyen ruang angkasa dan industri Kawasaki.

 

19. Energica Ego 45 Edisi Terhad – $70,000 (RM298k)
Motor Energica Ego45 ini merupakan satu  jentera elektrik yang high-end , ia mampu mencapai tahap kelajuan 100KM/H dalam masa hanya 3 saat. Kalau korang kata tak laju korang duduk jeh lah.. Kek x3. 

 

18. Vyrus 987 C3 4V – $105,000 (RM447k)
Enjin motosikal ini pakai engine Ducati 2100cc, Vyrus 987 C3 4V ini dibina oleh sebuah syarikat Itali. Selain itu, motosikal ini juga merupakan satu motor yang paling ringan dalam senarai ini. Hanya sekitar 158 KG. Tapi, pelik juga fork depan tu, mana pergi yah? 

 

17. MV Agusta F4CC – $120,000 (RM511k)
Sport bike dengan binaan yang cukup solid dan cantik. Harga pun boleh tahan cantik mahalnya. Motor ini didatangkan dengan enjin 1078cc dan 190hp. Dibina khas untuk kelajuan yang tinggi dengan keluaran yang sangat terhad. Hanya 100 unit kerana setiap satu unit dibina secara manual, menggunakan tangan demi memastikan keselesaan dan sangat ekslusif. 

 

16. NCR MH TT Mike Hailwood – $130,000 (RM554k)
Sport bike edisi terhad NCR MH TT ini dibina untuk meraikan ulang tahun ke-30 kemenangan pelumba lagenda British Grand Prix, Mike Hailwood sempena kemenangannya pada tahun 1978. Motor ini mirip motor lumba klasik yang digunakan sekitar tahun 1960. Tapi, admin tak suka sangat design dia lah.. korang pulak?

 

15. NCR Leggera 1200 (Titanium Special) – $148,000 (RM630k)
Seperti motor di tempat ke-16, NCR Leggera 1200 Titanium khas ini mempunyai berat titanium pada badannya. Selain itu, ia juga mempunyai karbon fiber BST, brek Brembo dan juga suspensi Öhlins. Kerangka yang ringan membuatkan motor ini seronok ditunggang.

 

14. Icon Sheene – $172,000 (RM733k)
Motor edisi terhad ini merupakan penghormatan untuk juara lumba motor dunia, Barry Sheene. Dijual pada harga $172,000 (RM733k), motor ini didatangkan dengan enjin 4 silinder 1400cc turbocharged Suzuki. Bukan sahaja mahal, motor ini juga antara yang paling berkuasa di dunia!

 

13. MTT Turbine Streetfighter – $175,000 (RM746k)
Dikenali dengan kelajuan pemecutannya, MTT ini mempunyai turbin Rolls Royce-Allison turbine, yang bermaksud ia mempunyai 320hp dihubungkan kepada pemecut. Pengeluarannya dihadkan sebanyak 5 unit setahun untuk mengekalkan status eksklusif, selain berkuasa dan motor paling menarik di dunia. Jika anda ingin sampai ke destinasi dengan pantas, ini motor yang sesuai tapi kena sediakan RM746k dululah.

 

12. Honda RC213 V-S – $185,000 (RM788k)
Salah satu motor Honda yang mahal harganya dan tersenarai sebagai antara motor termahal di dunia. Ia merupakan motor untuk perlumbaan yang direka dan dibina oleh Honda Racing Corporation. Ia dibina bertujuan untuk menyertai perlumbaan MotoGP 2012 dan diteruskan untuk musim seterusnya bergantung kepada prestasinya. Motor ini mempunyai transmisi 6-kelajuan, Honda 1,000 cc 90° V4, 16-valve, DOHC, 4-injap per silinder, enjin penyejukan cecair dan beratnya 160kg!

 

11. Suzuki AEM Carbon Fiber Hayabusa – $200,000 (RM852k)
Motor ini boleh mencapai kelajuan luar biasa iaitu melebihi 188km/j dan turut dikenali sebagai motosikal paling pantas. Ia dilancarkan buat kali pertama pada tahun 1999 dan facelift berwajah baru pada tahun 2008.

 

10. Ducati Testa Stretta NCR Macchia Nera – $225,000 (RM959k)
Dengan harga $225,000 atau hampir mencecah RM1j ialah motor Testa Stretta NCR Macchia Nera. Edisi terhad, ringan dengan hanya 135kg, motor ini direka oleh pereka lagenda, Aldo Drudi. Namun, berbanding motor-motor lain dalam senarai ini, Ducati Testa Stretta NCR Macchia Nera tidaklah pantas mahupun berkuasa tetapi jika anda mahu mengumpulnya sebagai koleksi, boleh aje simpan sebagai koleksi.

 

9. Ducati Desmosedici D16RR NCR M16 – $235,000 (RM1.1j)
Dibuat dari titanium, avionic dan aluminium serta fiber karbon, Ducati Desmosedi ini mempunyai berat 319 paun. D16RR ini dikuasakan oleh enjin desmodromic Ducati 989cc v$ dan menghasilkan 200hp.

 

8. Ecosse Founder’s Edition Ti XX – $300,000 (RM1.2j)
Motor ini menggunakan casis dan ekzos titanium dengan harga sekitar $300,000 atau RM1.2j. Dikuasakan oleh enjin billet aluminium 2,409cc. Bagi makluman anda, Ti XX mempunyai fiber karbon pada badannya, membantu mengurangkan berat dan jangan ketinggalan, tempat duduk kulit dengan corak yang memukau.

 

7. Legendary British Vintage Black – $400,000 (RMYR1.7j)
Motosikal klasik yang bergaya dan dikeluarkan pada tahun 1948. Pengeluarannya terhad, hanya 33 unit. Dikeluarkan di UK, motor ini dikatakan sebagai motor terpantas di dunia ketika pengeluarannya dahulu.

 

6. Dodge Tomahawk V10 Superbike – $550,000 (RM2.3j)
Motor futuristik yang jarang dan sangat unik. Macam motor yang digunakan alien tersesat di bumi. Harganya pula cukup tak munasabah. Hampir sejuta dollar bersamaan RM2.3j duit Malaysia. Gila tak, gila? Namun, motor ini tidak dibenarkan penggunaannya di atas jalan dan ia kekal sebagai motor konsep. Buat masa inilah. Mungkin akan datang, motor ini akan diluluskan. Tahun 2040?

 

5. Harley Davidson Cosmic Starship – $1.5M (RM6.3j)
Okay, rajin betul anda baca. Kita sudah pun sampai ke 5 motor paling mahal di dunia. Di tempat kelima merupakan motor Harley Davidson Cosmic Starship yang menerima sentuhan lukisan oleh artis terkenal iaitu Jack Armstrong. Kenapa mahal? Harga lukisan beliau sahaja berharga 3 juta. Seni itu mahal nilainya!

 

4. The Yamaha BMS Chopper – $3M (RM12.7j)
Tidak, motor ini bukan untuk digunakan atas jalan tetapi hanya sebagai simpanan dalam koleksi. Khusus untuk para penggemar motor yang menghargai nilai estetika. Dengan enjin 1,700cc, hampir keseluruhan Yamaha BMS ini disaluti emas 24 karat. Mahal tu!

 

3. Ecosse ES1 Spirit – $3.6M (RM15.3j)
Di tempat ketiga, sebuah motor titanium edisi terhad dan mungkin kelihatan pelik tapi mempunyai kuasa yang boleh memenuhi kepuasan khususnya untuk rider yang berpengalaman dan mencapai kelajuan 370km. Betul ke? Macam tak percaya pulak!

 

2. 1949 E90 AJS Porcupine – $7M (RM29.8j)
Senak perut melihat harganya. 7 keturunan pun belum tentu dapat kumpul sebanyak ini. Dikatakan, hanya 4 unit motor E90 AJS Porcupine dikeluarkan dan pada tahun 1949, Les Graham telah memenangi kejuaraan dunia menerusi motor ini. Hmm, adakah sebab itu membuatkan motor ini mahal sangat?

 

1. Neiman Marcus Limited Edition Fighter – $11M (RM46.8j)
Harga gila-gila mahal dan motor paling mahal di dunia adalah Neiman Marcus Limited Edition Fighter. Neiman Marcus merupakan rangkaian kedai mewah dan apabila ia membuka bidaan untuk motor ini ia mendapat sambutan yang luar biasa dan akhirnya, ia dijual pada harga $11 juta.

 

 

Sumber: Roadstar 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat