E B I D M O T O R

Loading

Beli motor terpakai jangan tengok luaran atau dengar bunyi engine sahaja.. Mekanik ini kongsikan rahsia!

Berdasarkan ekonomi sekarang, bukan senang nak cari rezeki di kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Pelbagai kos sara hidup yang tinggi telah memberikan satu tekanan kepada ketua rumah atau pekerja-pekerja yang mencari sesuap nasi demi kehidupan seperti tanggungan ibu bapa dan keluarga, kos makan & minum, kos kenderaan seperti toll, minyak dan repair, sewa bilik, dan last sekali adalah bayar bulanan motor atau kereta. 

Tetapi, pernahkah anda berfikir, kos transportation tu boleh jimat sekiranya anda bawa motor ulang alik kerja. Kebaikan bawa motor adalah jimat toll, minyak dan kos repair pun tak beban seperti repair kereta. 

"Okay.. Rasanya nak beli lah sebiji motor untuk ulang alik kerja ni.. Tapi nak beli baru ke second? second takut masalah banyak gak..."

Huh... Admin hari ini nak kongsikan petua-petua untuk beli motor secondhand. Korang kena baca sampai habis tau! 


1) Pastikan berkeadaan Standart/Asal
Kalau boleh cari yang standart ajer bagi mengelakan modifikasi yang boleh menyebabkan motor meragam tak tentu pasal. Ia juga mengelakan anda daripada dikenakan Saman diatas modifikasi yang dilakukan pemilik sebelumnya..


2) Mempunyai Geran
Geran ini merupakan dokumen yang mengesahkan identiti kenderaan terbabit dan mempunyai Nombor siri serta pemunya berdaftar serta maklumat kenderaan yang didaftarkan seperti No. Enjin , No Casis Buatan , Model , kelas kegunaan dan lain-lain Maklumat tersebut adalah penting bagi mengesahkan bahawa kenderaan tersebut adalahkenderaan yang boleh serta disahkan penggunaannya di jalan raya di Malaysia.


3) Jangan Pandang Luaran Sahaja
Ada orang, tengok luar ajerr cantik terus sambar "sekali dah beli, bawak je, enjin berkocak banyak problem" Seeloknya periksa keadaan motorsikal tersebut terlebih dulu kemudian fikir dan buat pertimbangan sewajarnya..

a) Periksa Paras Minyak Hitam
First Jangan hidupkan motor dulu. Buka penyukat minyak hitam lihat paras mana.. Jika minyak hitam diletakkan berlebihan akan berefek bunyi enjin lebih halus, sehingga menyembunyikan bunyi asal motor yang mungkin kasar.

b) Periksa bahagian hadapan tayar dan klu body tak center
Berdiri di hadapan motorsikal periksa bahagian hadapan lihat kelurusan dengan roda ( lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak ). Jika nampak tak center menunjukan motor pernah melanggar sesuatu atau terlibat dalam kemalangan.

c) Periksa bahagian tayar belakang dan klu body tak center
Berdiri pula di belakang motorsikal kemudian periksa bahagian belakang lihat kelurusan dengan roda. jika nampak tak center memastikan chasis mototidak membengkok kerana motor pernah terjatuh atau berlaku pelanggaran

d) Pemeriksaan batang Fork,swing arm, suspension absober dan rem tayar
Perhatikan pada batang fork, adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu. Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork, walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru. 
  • Periksa Fork depan kalau ada bengkok, Ada kemungkinan juga motor ini pernah terlibat kemalangan
  • Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat. Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan. Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus.
  • Suspension depan belakang camner ? Periksa jika ada kesan minyak terkeluar dari bush/ hub .. Ini menunjukkan Fork dan Absober telah bocor dan suspension tidak elok .. ada penyerap hentakan masih "menyerap" hentakan ke ? bushing suspension ok ke tidak ?
  • Perhatikan kalau Rem tayar bengkok.. Jika tak dapat di lihat dengan mata kasar cuba Letak marker pen hampir rapat dengan rem kemudian putar roda.. Jika ada bahagian menyentuh Marker pen rem ada problem bengkok.. Ini dapat memastikan bahagian mana yang gelong

4) Pemeriksaan Bahagian Enjin
Periksa kalau ada leaking head di bawah enjin.. Boleh menyebabkan minyak hitam berkurangan nanti..Periksa enjin kalau ada part yang retak.. Ini boleh mendatang efect masalah lebih besar nanti.memerlukan modal yang besar untuk menukarnya di kemudian hari.. Periksa apakah ada kebocoran minyak pada karburator ini boleh menyebabkan motor susah di hidupkan…

5) Pemeriksaan Terhadap Sistem Wiring Motorsikal
Tengok Wiring kalau ada potong-potong atau sambung haram tu ada problem karang takut short circuit. Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)
Source: firestartingautomobil

"Adoiii... Banyaknya knowledge saya kena tahu... Tapi saya tak pandai nak tengok tu macam mana... Takpe lah, bayar lebih ckit dapatkan motor baru jeh..."  

Admin pasti ada ramai orang pernah terfikir soalan seperti atas, nak beli motor terpakai dengan kondisi elok tapi tak pandai pulak. Meh... Admin kongsikan satu cara yang senang supaya anda boleh beli motor terpakai (Used-Bike / Second Hand Bike) dengan harga mampu milik dan rendah daripada harga pasaran.