E B I D M O T O R

Loading

Beli Tayar Terpakai Sangat Jimat. Tapi Boleh Percaya Ke?

Selalu dengar orang kata beli je tayar second. JIMAT!! Tapi betul ke berbaloi untuk guna tayar second?

Tayar adalah salah satu komponen motosikal yang penting bagi bab keselamatan apabila menunggang dengan jarak yang jauh. Mahupun menunggang motosikal dengan laju. Jika permukaan jalan tidak rata dan licin ketika hujan maka berteraburlah diri berserta motosikal di atas jalan raya.
Seperti komponen motosikal yang lain, tayar juga mempunyai jangka hayat tertentu. Selalunya bergantung kepada jenis kompaun tayar atau pun bunga (thread) tayar. Untuk jarak 200km setiap hari untuk ke tempat kerja membuatkan bunga tayar cepat haus. Terutama dibahagian tengah.

Bak kata rider diluar sana, elok sahaja bunga tayar haus mulalah rasa geli-geli ketika menunggang motor di atas jalur putih atau permukaan jalan raya yang tidak rata. Sekaligus, membuatkan nyawa rider itu sendiri berada dalam keadaan yang sangat bahaya.


Kos Untuk Menukar Sebiji Tayar Bersaiz 120/70

Jika anda menggunakan motosikal yang mempunyai tayar belakang yang agak besar sedikit iaitu saiz 120/70, kos baharu untuk sebiji tayar boleh mencecah sehingga RM 260. Ini bergantung pada jenis tayar dan brand. Harga tayar juga dipengaruhi pada kedai itu sendiri. Ada yang meletakkan harga tinggi tidak masuk akal dan ada juga yang mengikut harga pasaran. Harga anggaran tayar bersaiz 120/70 boleh didapati dengan harga dalam lingkungan RM 170 - RM 260. Sekarang ini dah banyak sangat kedai motosikal yang menawarkan harga yang lebih murah dengan promosi tertentu terutama di kawasan sekitar Lembah Klang.


Tayar Baharu Sering Bocor

Kadang-kadang tayar baharu yang dibeli akan bocor akibat daripada paku, skru, dawai dan bermacam lagi tertusuk pada tayar. Bayangkan baru sebulan menggunakan tayar baharu dah bocor. Bocor bukan kaleng-kaleng pula tu. Ada yang bocor besar, ada yang bocor kecil tapi banyak sangat bocornya sehingga tayar dah tak selamat digunakan walaupun baru lagi.

Ada beberapa penyelesaian jangka pendek dengan menampal bahagian dalam tayar dan juga membuat perlindungan berganda dengan menggunakan tyre sealant. Boleh juga menggunakan ubat tayar (cecair) untuk menutup 5 lubang kecil. Tapi semunya hanya untuk sementara. Cara terakhir adalah dengan tukar tayar baharu. Tapi kosnya pula bikin poket koyak jika berlaku perkara sama dalam masa terdekat.


Beli Tayar Terpakai Sebagai Alternatif Lain Penggantian Tayar Baharu

Bila dah banyak kali tayar bocor, maka bocor juga poket tuannya. Antara alternatif lain yang boleh gunakan ialah dengan membeli tayar terpakai (second hand). Kos tayar terpakai (bergantung pada penjual) boleh dibeli setengah harga daripada harga tayar baharu. Soalnya adakah berbaloi dari segi harga dan kualiti tayar terpakai ini selamat digunakan kembali?

Untuk menjawap persoalan tersebut, berdasarkan pengalaman adalah sangat berbaloi jika korang ingin mengurangkan perbelanjaan untuk membeli tayar baharu. Tayar terpakai ini boleh didapati dengan harga RM 80 termasuk pemasangan. Lain penjual lain harga lah kan.

Selalunya tayar yang akan dijual mempunyai bunga tayar yang masih dalam keadaan baik iaitu sekitar 70% - 90% daripada tayar baharu. Apa yang diberitahu, tayar terpakai yang akan dijual akan diperiksa terlebih dahulu sebelum ianya boleh digunakan. Penjual akan membuat QC Check keadaan tayar terpakai dan selalunya (bergantung pada penjual) mereka akan memberi sedikit penjelasan tayar yang dipilih pelanggan.


Jangka Hayat Tayar Terpakai

Kepada korang yang nak berjimat, beli tayar terpakai adalah sangat berbaloi. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan jangka hayat tayar terpakai ni kan. Menerut Ariazir, beliau telah menggunakan tayar terpakai lebih kurang dalam 8 - 10 bulan macam tu. Dengan jarak lebih kurang 40,000km. Dari segi cengakaman tayar adalah sangat baik. Bergantung pada jenis tayar dan bunga tayar. Belaiu menggunakan tayar jenis hard compound iaitu tayar yang sangat baik untuk digunakan untuk travel jauh. Tetapi kurangnya apabila hujan, tayar jenis hard compound tidak mempunyai kelebihan pada cengakaman apabila jalan basah dan licin. Untuk itu, beliau menggunakan tayar hadapan dengan medium compound untuk mengimbangi cengakaman tayar.


Konklusinya,

Yes, sangat berbaloi membuat pertukaran tayar terpakai ini jika anda nak jimat. Lebih jimat dan keselamatan pun lebih terjamin berbanding menggunakan tayar baharu korang yang telah haus tuu. Tapi kalau korang sanggup/mampu bayar tayar baru, beli je yg baru. 

Sumber: Ariazir


WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

  • 1700 81 7700
  • Mr Anwar: 019-4845421
  • Mr Shah: 010-8833397
  • Mr Danial: 010-8833398
  • www.ebidmotor.com
     

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:

📞 Mr Anwar: https://www.wasap.my/60194845421
📞 Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat