E B I D M O T O R

Loading

Berbaloi Mengambil Risiko Sambung Bayar?

Memilik kenderaan sendiri adalah impian setiap orang tak kiralah kereta ataupun motosikal. Tetapi jika ingin membeli kenderaan baru, kos itu sangatlah tinggi. Selain perlu membayar harga kereta itu sendiri, terdapat banyak kos-kos lain yang perlu dipertimbangkan seperti kos penyelenggaraan, insurans, road tax, dan juga kos minyak!

Setelah berfikir semua kos yang diperlukan untuk memiliki kenderaan baru, membeli kenderaan terpakai adalah pilihan yang seterusnya untuk mengurangkan beban. Tetapi ada segelintir masyarakat yang tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bank. Oleh sebab-sebab itu, pilihan yang paling mudah ialah mendapatkan kenderaan ‘sambung bayar’

Menurut PDRM, secara ringkas dan mudah diterangkan, sambung bayar boleh dijelaskan dengan senario berikut:

“Eric beli kereta dan buat pinjaman daripada Bank dengan perjanjian 9 tahun bayaran ansuran. Apabila loan diluluskan, PEMILIK sebenar kenderaan tersebut adalah pihak Bank. Eric pula adalah PENYEWA. Hak milik akan bertukar selepas Eric selesai membayar pinjaman kepada pihak Bank.

 

So, selagi Eric tak bayar habis, kereta tu bukan kereta Eric dan mana boleh Eric jual kereta milik Bank kepada orang lain. Dah la jual, tak beritahu pada owner (Bank).

Walaupun Eric ada buat surat perjanjian dengan pihak ketiga? Ya, tetap salah you all..”

 

Setelah memahami maksud sambung bayar, tanpa melenggangkan masa, berikut adalah sebab-sebab anda TIDAK PATUT membeli kenderaan sambung bayar:

 

1) Sambung bayar adalah haram

Sambung bayar ini adalah salah di bawah Seksyen 38 - Akta Sewa Beli 1967.

Menurut PDRM, sesiapa yang didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Apabila korang membeli kereta secara sewa beli (hire purchase), pihak bank adalah pemilik sah kereta sehingga korang menjelaskan bayaran pinjaman sepenuhnya. Jadi korang sebenarnya tidak berhak pun untuk menjual kereta tersebut melainkan korang mendapat keizinan daripada bank. Kesalahan ni membawa denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Undang-undang inilah yang menyebabkan kontrak sambung bayar tidak berkesan. Kontrak ni dipanggil void ab initio (tidak sah dari permulaan). Mengikut Seksyen 24 dalam Akta Kontrak 1950, kontrak yang melibatkan sesuatu yang haram dari segi undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan.

 

2) Penjual bertanggungjawab jika pembeli kenderaan berhenti membayar pinjaman

Kenderaan dalam persetujuan sambung bayar masih dianggap sebagai hak milik penjual. Jadi, jika pembeli gagal membayar ansuran, penjual tu yang kena tanggung segalanya. Lebih buruk lagi, ia mungkin menjejaskan credit score korang yang akan mempengaruhi peluang mendapat pinjaman satu hari nanti. 

Selain itu, jika terdapat saman yang dikeluarkan kepada pembeli apabila menggunakan kenderaan tersebut, penjual juga yang kena.

Bukan setakat itu sahaja, malah lebih tragis lagi kalau pembeli tak bayar, tapi tak nak pulangkan kereta juga.

 

3) Penjual tak boleh buat laporan polis 

Betul tu. Sebab penjual tu dah serahkan kenderaan kepada pembeli secara sukarela. Tak boleh lagi membuat laporan kenderaan dicuri sebab definisi kesalahan mencuri di dalam Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan rasmi) Seksyen 378 kita adalah: 

“Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya,adalah dikata melakukan kesalahan mencuri.”

Jadi pembeli di bawah persetujuan sambung bayar tidak mengambil kenderaan secara tidak jujur. Dan penjual sendiri secara relanya telah memberi kenderaan tu kepada pembeli, jadi dia tidak sama sekali boleh melaporkan “kehilangan” kereta itu. 

Tapi apa yang korang mungkin boleh buat ialah melaporkan kes tersebut sebagai penipuan, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebelum ini. Korang boleh dilindungi dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 420 - Penipuan dan penganiayaan yang membabitkan penyerahan harta. Sebagai contoh, seorang individu ingin mengguna kaedah sambung bayar untuk membeli motor korang dengan deposit RM1,000, tetapi kemudiannya dia tidak membayar langsung pinjaman korang tu.

Untuk pembeli pula, ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan iaitu..

 

4) Pembeli mungkin tidak akan dapat hak milik kereta dengan sah

Ini mungkin dah jelas kepada anda, tapi pembeli sambung bayar tidak dilindungi oleh insurans jika hak milik kenderaan itu bukan atas nama mereka. Satu solusi adalah pembeli boleh meletakkan nama mereka sebagai pemandu kedua di dalam polisi insurans. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi perkara yang harus dipertimbangkan oleh pembeli – apa jadi jika penjual kenderaan meninggal dunia sebelum hak milik dipindahkan.

Kenderaan tersebut akan diwarisi oleh keluarga pemilik.

Kereta tersebut adalah hak milik bank selagi pinjaman belum habis dibayar. Selepas pinjaman habis dibayar, hak milik kereta akan jatuh kepada penjual kerana ianya didaftarkan atas nama mereka. Apabila mereka meninggal dunia dan tidak dapat mengalihkan hak milik kepada pembeli, pihak keluarga mereka akan mendapat hak milik secara automatik.

Jika ahli keluarganya datang menuntut kenderaan yang disambung bayar, pembeli tidak mempunyai pilihan lain selain menyerah balik kenderaan.

 

5) Banyak kes sambung bayar melibatkan kenderaan klon

Terdapat pembeli yang kena masalah di bawah skim sambung bayar selepas mengetahui bahawa kenderaan yang dibeli tu kenderaan klon. Seorang doktor dari Alor Setar menjadi mangsa penipuan pada tahun 2015.

Kereta klon ini mungkin diubahsuai dengan chasis pendaftaran palsu (mungkin juga tidak didaftarkan) dan plat nombor palsu, serta road tax palsu. Mangsa biasanya hanya mengetahui bahawa kereta mereka diklonkan setelah ditahan oleh JPJ atau apabila memperbaharui cukai jalan sendiri (dan bukan melalui “ejen” mereka).

Kenderaan yang tidak didaftarkan boleh disita oleh JPJ sebelum dilelong oleh mahkamah. Sebagai pemilik kereta, anda juga boleh didakwa di bawah Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memiliki kereta yang tidak didaftarkan, dan boleh didenda di antara RM2,000 dan RM10,000.

 

Konklusinya, belilah kenderaan dari pengedar yang sah

Simpulan undang-undang sambung bayar ni satu sahaja: kalau kita mengabaikan tanggungjawab di bawah undang-undang, kita takkan dapat hak dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang juga. Tidak kira berapa lumayan sambung bayar, dalam jangka masa panjang, masalah dan kos yang bakal dihadapi adalah risiko yang tidak sewajar. 

 

Di Ebidmotor.com mempunyai pelbagai jenis motosikal terpakai yang anda boleh bid dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Rujuklah pautan berikut untuk mengetahui apa motosikal yang anda boleh miliki:

Ebidmotor.com Platform Pembidaan Motosikal Pertama di Malaysia. Harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

PEMBELI YANG MEMBELI MELALUI LAMAN WEB KAMI, OUR HAPPY CUSTOMERS!

https://www.ebidmotor.com/f-past-bid-result

 

 

 

Membeli Secara Walk-In ke HQ
📌 Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🙋‍♀️🙋‍♀️
No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor (Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)

 

NOTA:

  1. Keputusan pembidaan @ pembelian akan diumumkan pada hari yang sama
  2. Pemenang pembidaan boleh membeli dengan bayaran cash, loan atau trade-in. (Loan akan diuruskan oleh pihak kami secara percuma)
  3. RM300 deposit akan diperlukan dan deposit akan dipulangkan jika kalah dalam pembidaan. RM300 juga diperlukan semasa membeli online
  4. Kami membekalkan perkhidmatan percuma untuk pertukaran nama dan roadtax. Logistik akan dibekalkan kepada pembeli jika perlu dan caj standard akan dikenakan. (RM150 - RM300 terpulang kepada lokasi)

Hubungi pegawai kami untuk bantuan pembelian

  1. Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397
  2. Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398

 

Sumber: ASKLEGAL

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat