E B I D M O T O R

Loading

Di Jepun Tiada Honda Ex5 - Orang Jepun Ini Kongsikan Pengalaman Beliau

PETALING JAYA: Kisah sebuah motosikal Honda EX5 dengan nombor pendaftaran Malaysia yang muncul di Jepun telah menarik perhatian rakyat negara ini. Beberapa keping gambar motosikal tersebut yang ‘segak' diparkir di sebuah bandar di negara matahari terbit itu telah tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan sesama netizen.

Pemiliknya, Koji Yasumatsu, 48, berkata dia tidak tahu bahawa gambar motosikalnya yang berwarna merah itu telah tular di Malaysia sehinggalah dia yang sedang bercuti musim panas itu dihubungi mStar Online.

 

“Saya lihat di Facebook ramai orang tahu tentang motosikal saya.

“Ramai yang nak berkawan dengan saya tapi saya tak tahu ia viral di Malaysia, lagi pun kali terakhir saya muat naik posting tentang EX5 saya di Facebook pada 2015,” katanya yang kini menetap di Saitama, Jepun.

Koji yang bekerja di Boon Siew Honda Sdn Bhd, Batu Kawan, Seberang Prai Selatan dari 2011 hingga 2015 berkata, dia mengambil keputusan untuk turut ‘menerbangkan’ motosikalnya apabila pulang ke Jepun kerana ia menyimpan banyak memori sepanjang empat tahun dirinya dan keluarga berada di Malaysia. Katanya, sebelum ia dihantar ke Jepun, bahagian-bahagian kecil motosikal telah diceraikan dan berjaya dipasang semula sebaik tiba di negara kelahirannya.

Bapa kepada dua anak ini berkata, selain banyak berjasa, dia juga telah ke Thailand dan menjelajah hampir semua negeri di Semenanjung secara solo menggunakan motosikal ini.

“Anak lelaki saya, Hiroki, 20, juga menyayanginya, kadang-kadang dia juga menunggangnya.

"Ada masa saya bawa anak perempuan saya Erika, 14, jalan-jalan tapi isteri saya, Reika lebih suka naik kereta,” katanya.

Koji yang bertugas sebagai pengurus kanan jualan ketika berada di sini berkata, dia telah membeli motosikal tersebut pada 2011 dengan harga sekitar RM4,000.

“Saya tengok ramai orang gunakannya, saya pun teringin nak cuba, nak tahu kenapa mereka pilih EX5, di Jepun tak ada EX5.

“Saya jenis suka ronda-ronda dan saya dapati ia sangat selesa,” katanya yang suka makan durian dan mi goreng ketika bertugas di Malaysia.

Koji berkata, walaupun sudah dua tahun meninggalkan Malaysia, motosikal tersebut masih berada dalam keadaan baik dan tidak pernah meragam.

Malah, dia juga sengaja tidak menanggalkan nombor pendaftaran Malaysia PKE5703 pada motosikal tersebut walaupun telah membuat pendaftaran kenderaan itu secara sah di negaranya.

“Minggu lepas saya naik motosikal ni pergi ke kawasan pergunungan,” katanya.

Koji turut ditanya tentang pelekat hijau dengan tulisan ‘Mak Hang Beranak Hang Tang Mana’ di bahagian depan motosikalnya dan menjadi topik perbincangan netizen yang menganggap ia sebagai ‘unik’ apabila digunakan oleh warga asing. Menurut Koji pelekat tersebut diberikan oleh seorang kru EX5 di Malaysia kepadanya dan dia amat menghargainya.

“Saya tak tahu maksudnya, saya anggapnya sebagai ‘fesyen’,” katanya.

Koji berkata sejak pulang ke negaranya, dia masih belum pernah melihat motosikal EX5 ditunggang di jalan raya. Katanya, faktor itu jugalah yang membuatkan dia lebih sayangkan motosikal tersebut dan tidak bercadang untuk menjualnya. Dalam pada itu dia juga memuji rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai baik dan peramah. Katanya, dia bercadang untuk datang lagi ke Malaysia suatu hari nanti atas kapasiti peribadi, bukan bekerja.

 

Sumber: mStart.com.my


 

WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:
📞 Mr Anwar: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat