E B I D M O T O R

Loading

Hanya Helmet Ada Sticker SIRIM Dibenarkan di Malaysia?

APA ITU SIRIM?

Sejak dikuat kuasakan pada 1973, SIRIM telah mula menjalankan pensijilan helmet untuk kegunaan di Malaysia dengan mengikuti standard piawaian yang dikenali MS 1. Helmet-helmet sah yang dijual ketika ini dalam pasaran tempatan menggunakan standard berkenaan. Seperkara lagi yang penting juga dinyatakan, SIRIM kini turut mempunya kemampuan dan tauliah untuk menjalankan ujian bagi pensijilan produk helmet mengikut piawaian yang dikenali sebagai UN ECE R 22.05 – Protoective Helmets and Their Visors for Drivers and Passenger of Motorcycles and Mopeds (E-Marking).

 

COMPONENT TYPE APPROVAL (CTA) For Motorcycle Helmet

Setiap model topi keledar motosikal adalah perlu mematuhi standard mandatori seperti mana yang telah diwartakan di dalam Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973, iaitu seperti berikut :-

  1.  Malaysia Standard - MS 1: Specification for Protective Helmets for Vehicle Users; atau
  2.  Peraturan United Nations(UN) R22 : Protective Helmets and Their Visors for Driver and Passengers of Motorcycles and Mopeds
    Contoh Penandaan berdasarkan Peraturan     Contoh Penandaan berdasarkan Peraturan

    Malaysia Standard (MS)

    United Nations (UN) (UN)

 

Ujian Pensijilan SIRIM

Menurut temubual dari Paultan.org bersama Ketua Pensijilan Produk dan Pemeriksaan, SIRIM QAS International, Mohd. Hamim Bin Imam Mustain untuk mengetahui apa yang membezakan kedua-dua piawaian pensijilan ini. “MS 1 dan UN ECE R (E-Marking) ini menggunakan pendekatan ujian yang ada sedikit perbezaan. MS 1, seperti yang ramai tahu, adalah piawaian yang digunakan untuk standard khusus bagi pasaran tempatan. Misalnya, ujian yang dijalankan mengambil kira hal berkaitan keadaan helmet yang basah – kerana kita di Malaysia kerap hujan. Di pasaran lain, itu mungkin tidak jadi masalah,” ujar beliau.

“Bagi standard E-Marking pula, ia melibatkan set ujian yang lain, dengan kriteria yang sedikit berbeza serta dari beberapa aspek memerlukan kadar kelulusan yang lebih ketat,” tambah beliau, dan menjelaskan bahawa E-Marking ini turut diterima pakai di kebanyakan pasaran lain seluruh dunia, dan ada makmal-makmal lain di luar negara yang turut menawarkan servis pensijilan yang sama. “Jadi, sekarang ini, SIRIM menawarkan kedua-dua ujian pensijilan terbabit, dengan kemampuan serta kelengkapan kemudahan lengkap, sekiranya ada pihak dari dalam atau luar negara yang perlukan perkhidmatan itu,” tambah beliau

STEP 1: Impact Absorption Test (MS 1 & UN ECE R 22.05)

  • Helmet akan dilepaskan pada ketinggian 21500mm.

  • Dan helmet akan dilepaskan dengan kelajuan 7.55m/s

 

STEP 2: Resistance Penetration Test (MS 1)

  • Helmet akan dihentak oleh berat pemukul yang beratnya 4.5kg dari ketinggian 2000mm

Gambar Kiri: Lulus
Gambar Kanan : Gagal

Pensijilan cuma akan dikeluarkan oleh SIRIM kepada pengeluar telah LULUS ujian ini.

*   “ Mungkin produk-produk itu tidak mempunyai pensijilan SIRIM bagi MS 1, tetapi mereka telah melakukan pensijilan E-Marking di tempat lain sebelum di bawa masuk. Kalau itu situasinya, ia tidak jadi masalah kerana E-Marking ini juga diterima pakai di Malaysia,” Ketua Pensijilan Produk dan Pemeriksaan, SIRIM QAS International, Mohd. Hamim Bin Imam Mustain

 

Cara Check Sticker SIRIM dengan QR Code

Bermula Januari 2019, SIRIM QAS International yang merupakan sebuah anak syarikat SIRIM Bhd akan menggunakan label keselamatan baru untuk topi keledar yang lengkap dengan kod QR untuk memudahkan pengguna untuk menyemak semula maklumat keaslian dan kualiti produk berkenaan yang dibeli.

Untuk berbuat demikian, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi SIRIM QAS International dari Apple App Store atau Google Play Store ke telefon dalam telefon. Imbasan kod QR bagi setiap label pada topi keledar yang dijual akan memaparkan maklumat berkaitan status pensijilan produk serta pengeluarnya.

Ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan atau penggunaan semula pelekat yang sama. Selepas ditampal untuk kali pertama pada produk asli, jika pelekat berkenaan ingin ditanggalkan, ia akan memaparkan tanda “Void”, menandakan ia telah diubah dan keaslian atau kualiti produk wajar diragui.
 

TIPS 

Institusi Standard British (BSI) yang berfungsi menetapkan piawaian terhadap topi keledar memberi beberapa tips bagaimana untuk mengesan produk tiruan. 

  • Cari E-Nombor yang menunjukkan topi keledar ini telah diuji dan terbukti selamat digunakan di Eropah. Jika tiada, jangan beli. 
  • Dapatkan topi keledar daripada pembekal atau penjual bertauliah. Bukannya penjual yang letak helmet atas bumbung kereta seperti di Dataran Merdeka. 
  • Lihat helmet yang dibeli dengan teliti. Rasai kualiti material dan periksa label yang betul.
  • Kalau harga yang ditawarkan untuk sebuah helmet berjenama terkenal terlalu murah, jangan beli. Kemungkinan besar ia adalah tiruan. 

Sumber: Paultan.org, Mekanika.com, & JPJ


WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

 

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front,
68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

 





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat