E B I D M O T O R

Loading

Helmet Akan Menyebabkan Keguguran Rambut !

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keguguran rambut dan ia menjadi satu masalah yang serius kepada para lelaki. 

Memakai helmet adalah antara satu faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Apa yang boleh anda lakukan jika  perlu menunggang motosikal setiap hari?

Berikut adalah antara tip untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut anda:

 

1) Pilih helmet yang betul dan sesuai

Memilih helmet yang sesuai dengan saiz kepala anda adalah sangat penting. Ini disebabkan helmet yang terlalu ketat akan menyebabkan “Traction alopecia” yang bermaksudkan keguguran rambut  disebabkan oleh penarikan rambut berulang kali. Jika anda menggunakan helmet yang terlalu ketat atau longgar akan menyebabkan rambut anda mudah ditarik.

 

 

2) Menjaga kebersihan helmet anda

Selain menjaga rambut, helmet anda pun perlu diberikan perhatian. Sentiasa membersihkan helmet anda supaya peluh dan kotoran tidak terkumpul di dalam helmet anda. Simpan helmet anda di tempat yang bersih dan dingin semasa tidak menggunakannya.

 

3) Lapiskan kain di dalam helmet

Geseran rambut dengan helmet dapat dikurangkan jika anda melapiskan sehelai kain di dalam helmet anda. Bukan itu sahaja, kain tersebut juga boleh menyerap peluh dan lining dalam helmet tidak mudah rosak. Kerap cuci dan keringkan kain tersebut untuk memastikan ia sentiasa bersih.

4) Elakkan memakai helmat semasa rambut basah

Keringkan rambut anda terleibh dahulu sebelum memakai helmet supaya masalah rambut yang lain dapat dielakkan.

 

 

5) Melembapkan rambut anda

Rambut yang lembap boleh mengurangkan geseran rambut dengan lining helmet. Pelembap seperti Aloe Vera ataupun minyak kelapa adalah sangat efektif untuk mengekalkan kelembapan rambut.

 

 

Ini adalah antara tip-tip yang dapat mengurangkan keguguran rambut anda jika selalu menggunakan helmet. Semoga tip ini serba sedikit dapat membantu anda mengatasi masalah keguguran rambut.

.

.

.

Ebidmotor.com akan menghadiahkan sebuah motosikal legen Yamaha 125ZR ini kepada seorang LUCKY WINNER apabila FACEBOOK PAGE mencecah 50,000 Likes sebelum 31 Ogos 2020.

Belum lagi tahu terma dan syarat kempen ini? Jangan risau, anda masih ada peluang.

Baca artikel ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

Jangan tak join tau. Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini akan menjadi tuan kepada Yamaha 125ZR yang legen ini.

 

FACEBOOK PAGE: Ebidmotor.com

DAFTAR SEBAGAI AHLI: Ebidmotor.com/register


 

Sumber: Helmet Saves

 

_______________________________________________________________________________________________________________

 

SIAPAKAH Ebidmotor.com?

 

Ebidmotor.com merupakan platform pembidaan motosikal online untuk motosikal terpakai dan baru yang paling boleh dipercayai, berkesan dan cekap. Bidaan diadakan secara langsung setiap hari bermula 12pm sehingga 7pm. Keputusan pembidaan akan dirasmi pada hari yang sama!

Kami menyediakan servis komprehensif yang professional dari pemeriksaanpenilaianpembidaandokumen proses sehingga bayaran dan logistik. Pembeli boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian atau beli terus daripada kami.

Di Ebidmotor.com, kami akan memastikan anda dapat beli motosikal yang berharga rendah daripada harga pasaran dan setiap motosikal didatangi dengan satu laporan motosikal yang lengkap. 

 

ALAMAT HQ / INSPECTION CENTER

Ebid Motor Sdn Bhd (Berdekatan Old Town White Coffee)
No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Hotline: 1700-81-7700
Organisor PIC: 010-8833398 atau Tekan Sini

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat