E B I D M O T O R

Loading

Kenal pasti masa yang sesuai nak tukar tayar (PENTING)

Pernah tak anda tukar tayar dan bertanya kepada mekanik berapa jauh (kilometer) tayar yang baru ini boleh jalan? Kebanyakkan mekanik rata-rata akan memberi jawapan yang sama seperti 10,000km, 12,000km dan kadang-kadang sehingga 15,000km.

Umum mengetahui tayar motorsikal kebiasaannya tayar belakang akan lebih cepat haus oleh kerana kesan beban yang ditampung berbanding tayar hadapan yang lebih panjang jangka hayatnya. Berbeza dengan kereta di mana tayar depan lebih cepat haus oleh kerana beban enjin yang majoriti berada di bahagian hadapan. 

Banyak lagi faktor diambil kira yang bakal mendorong seseorang itu menukar tayar baharu seperti faktor cuaca dan permukaan jalan. Namun begitu ada beberapa juga cara mudah untuk memantau keadaan tayar motor anda, sekiranya tayar sudah menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah sila sediakan poket anda untuk menukar tayar.

1. KEMPIS SENDIRI




Tayar yang retak di bahagian tepi kebiasaannya adalah dari akibat tayar yang kempis menanggung beban yang berat. Tiada ubat bagi tayar yang retak di dinding melainkan tukar tayar baru!

2. TAYAR BENJOL

Satu lagi faktor yang amat penting, apabila tayar anda sudah menunjukkan benjolan yang selalunya akibat dari kurang tekanan angin ia sangat merbahaya. Benjolan ini ibarat peledak dengan masa yang berdetik, ia boleh meletup pada bila-bila masa. Jadi tukar lah tayar sebelum ia membahayakan nyawa anda.

3. GEGARAN MELAMPAU PADA HANDLE