E B I D M O T O R

Loading

Macam Mana Jual Motor Yang Belum Habis Bayar Hutang?

Naik taraf atau upgrade motosikal lama kepada motosikal baharu yang lebih selesa bukan lagi suatu keperluan, apatah lagi jika mengambil kira faktor-faktor semasa yang mempengaruhi – pertambahan anggota keluarga, mengurangkan komitmen dan belanja bulanan atau menjual motosikal yang jarang digunakan. Faktor-faktor sebegini merupakan faktor biasa yang mendorong kebanyakan daripada kita untuk menjual atau trade-in motosikal lama. Namun begitu, tidak kira apa jua alasan anda untuk menjual atau trade-in motosikal lama anda, Ebidmotor.com menyenaraikan tips untuk anda yang ingin jual atau trade-in motosikal lama yang masih belum habis bayar sebagai panduan anda.

Jual atau Trade-in Motosikal Lama Belum Habis Bayar? Ini 3 Prosedur Yang Anda Perlu Tahu

Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum menjual atau trade-in  motosikal lama anda apatah lagi jika motosikal lama anda masih mempunyai baki pinjaman yang belum dilangsaikan. Ebidmotor.com menyenaraikan 3 tips yang perlu anda tahu jika anda ingin jual atau trade-in  motosikal belum habis bayar sebagai panduan anda:

 

1. Penyelesaian Penuh

Perkara pertama yang boleh dilakukan sebelum jual atau trade-in motosikal belum habis bayar adalah dengan mendapatkan jumlah full settlement atau penyelesaian penuh pinjaman motosikal anda. Anda boleh mendapatkan penyata penuh pinjaman anda daripada pihak bank atau anda juga boleh menggunakan kalkulator loan settlement untuk mendapatkan anggaran status terkini baki pinjaman semasa anda. Penyelesaian penuh merujuk kepada bayaran penuh jumlah pinjaman yang masih berbaki dengan pihak bank. Setelah mengetahui baki jumlah hutang yang masih ada, anda perlu melangsaikan kesemua baki pinjaman sebelum anda boleh memohon pinjaman lain.

Sesetengah bank mengenakan denda atau penalti untuk penyelesaian pinjaman awal kerana sebahagian besar pinjaman disertakan tempoh lock-in. Oleh sebab itu, anda perlu mengetahui tempoh masa yang sesuai dan jumlah peratusan denda yang akan dikenakan jika anda ingin menjelaskan hutang pinjaman motosikal secara lump sum.

 

2. Harga Pasaran

Selain itu, anda perlu mengetahui harga pasaran semasa motosikal anda sebelum anda menjual atau trade-in motosikal lama anda. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada mana-mana penjual motosikal untuk mendapatkan anggaran nilai pasaran semasa motosikal anda. Anda hanya perlu membawa bersama dokumen seperti geran untuk memudahkan pihak penjual membuat rujukan dan semakan. Namun begitu, anda hanya boleh mengetahui harga pasaran sebenar motosikal setelah pemeriksaan dan penilaian dilakukan ke atas motosikal anda. Kebiasaannya, kerosakan atau kecacatan pada mana-mana komponen motosikal, had perbatuan akan mempengaruhi harga pasaran semasa motosikal anda.

Anda juga boleh kunjungi pusat pemeriksaan Ebidmotor.com di Ampang Water Front Selangor untuk mendapatkan bantuan pemeriksaan dan penilaian motosikal secara percuma. Motosikal anda akan melalui 41 titik pemeriksaan oleh pemeriksa profesional dan bertauliah dengan hanya memakan masa 15 minit sahaja! Selain itu, anda juga boleh melakukan semakan harga pasaran dengan mengunjungi mana-mana dealer motosikal terpakai berdekatan anda atau menggunakan pelbagai pilihan platform jual beli motosikal terpakai dalam talian yang tersedia untuk memudahkan urusan anda.

 

Tip Naikkan Harga Jualan Motosikal Terpakai

  • Pastikan penyelenggaraan motosikal dilakukan secara berkala. Rekodkan jadual penyelenggaraan dan simpan resit sebagai bukti;
  • Pastikan motosikal berada dalam keadaan baik. Bahagian luaran dan dalaman motosikal yang berada dalam keadaan baik dapat meningkatkan nilai jualan motosikal lama anda;
  • Untuk artikel penuh mengenai cara mark-up harga motosikal terpakai, anda boleh baca di sini.

Setelah anda mengetahui harga pasaran semasa motosikal anda, ia mudah untuk anda menganggarkan kadar harga trade-in motosikal lama anda. Kadar harga trade-in motosikal terpakai biasanya lebih rendah sekitar RM500 hingga RM1,500 daripada harga pasaran. Ia mengambil kira kos pembaikan yang akan ditanggung oleh pembeli atau dealer motosikal terpakai.

 

3. Pengiraan

Jika jumlah penyelesaian penuh lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan oleh dealer atau pembeli motosikal terpakai, anda perlu menambah jumlah yang kurang tersebut menggunakan duit poket anda. Namun begitu, jika jumlah penyelesaian penuh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh dealer atau pembeli motosikal terpakai, anda akan menerima lebihan bayaran tersebut.

i. Contoh Pengiraan Situasi 1: Nilai Full Settlement Lebih Tinggi

Jika penyelesaian penuh motosikal Yamaha Y15ZR lama anda ialah sebanyak RM10,000 dan harga pasaran semasa motosikal anda ialah sebanyak RM50,000. Anda perlu tambah duit poket anda sebanyak RM5,000 kepada pihak bank untuk menyelesaikan baki pinjaman motosikal anda.

ii. Contoh Pengiraan Situasi 2: Nilai Full Settlement Lebih Rendah

Jika penyelesaian penuh motosikal Yamaha Y15ZR lama anda ialah sebanyak RM12,000 dan harga pasaran semasa motosikal anda ialah sebanyak RM10,000. Baki RM2,000 boleh digunakan untuk membuat bayaran pendahuluan motosikal baharu anda.

 

Pelbagai platform dalam talian kini turut menyediakan perkhidmatan jual beli motosikal terpakai untuk membantu memudahkan dan mempercepatkan proses. Anda boleh mempertimbangkan platform jual beli motosikal terpakai dalam talian seperti Ebidmotor.com untuk menjual atau trade-in motosikal lama yang belum habis bayar. 

 


 

WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.

https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

  • 1700 81 7700
  • Mr Anwar: 019-4845421
  • Mr Shah: 010-8833397
  • Mr Danial: 010-8833398
  • www.ebidmotor.com
     

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:

📞 Mr Anwar: http://www.wasap.my/60194845421
📞 Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat