Loading
Skuter juga mendapat sambutan yang hangat di Malaysia. Tak kiralah jenama dari Honda, Yamaha, SYM, Modenas, Vespa ataupun yang lain, memang kerap kita jumpa di jalan. Skuter ini adalah sangat mudah untuk ditunggang dimana anda cuma perlu pulas pendikit dan ia akan terus bergerak.
Skuter sebenarnya taklah susah sangat untuk jaga, tapi jika anda jaga dengan baik, kos pembaikkan untuk skuter yang menggunakan gear aotomatik ini mungkin boleh menjadi agak mahal berbanding kapcai. Berikut adalah tips penjagaan ringkas untuk motosikal skuter anda:
Penjagaan minyak enjin
Ini adalah perkara paling asas. Minyak enjin atau lebih mudah difahami 'minyak hitam' mempunyai jangka waktu sebelum perlu ditukar. Lihat kepada label minyak yang anda gunakan dan apa yang disyorkan oleh pengeluarnya.
Seperti kenderaan lain, minyak enjin juga mempunyai pelbagai jenis dan bergantung kepada jenis penggunaan. Ada yang 'Fully sintetik, Semi sintetik dan mineral dan setiap satunya mempunyai harga yang berlainan serta saranan yang tersendiri.
Penjagaan tali sawat (Belting)
Bagi skuter, ini antara perkara paling penting untuk dijaga. Jika boleh dan berkemampuan, ikut seperti yang disarankan oleh pengeluar atau jenis belt yang anda gunakan. Antara tanda-tanda belt anda tidak lagi begitu baik adalah timbul bunyi seperti tikus berada dalam crankcase motosikal anda.
Rajin-rajinkan diri untuk melihat sendiri kondisi belt bagi memastikan tiada rekahan dan tukar sebelum ia putus. Roller weight mesti dicuci dan di minyakkan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Minyak gear
Ini antara perbezaan paling ketara di antara motosikal kapcai dan skuter. Jika membeli motosikal baru, ia sebaiknya dilakukan pada 500km pertama untuk membuang habuk-habuk besi yang terhasil daripada geseran antara gigi-gigi gear. Selepas itu, ikuti panduan yang disarankan pengeluar atau jenis minyak yang anda gunakan.
Penjagaan palam pencucuh
Jika motosikal anda semakin susah untuk dihidupnya, ia mungkin bermakna sistem pembakaran tidak sempurna dan palam pencucuh anda tidak lagi berfungsi dengan baik. Jangka hayat palam pencucuh adalah berbeza mengikut penjagaan pengguna. Seperti minyak enjin, palam pencucuh juga mempunyai pelbagai jenis, berprestasi tinggi atau standard selain syor waktu bila ia perlu ditukar.
Penapis udara
Perkara ini penting terutama bagi motosikal seperti skuter atau generasi baharu. Seperti kereta, ada pelbagai jenis yang dijual di pasaran. Ada yang boleh dicuci atau perlu ditukar baharu.
Penapis minyak
Jika penapis minyak anda sudah terlalu lama tidak ditukar, ia boleh menyebabkan aliran minyak yang tidak sekata. Jika boleh, tukar penapis minyak setiap 10,000km perjalanan.
Penjagaan coolant radiator
Penjagaan coolant adalah mengikut kepada jenis motosikal anda. Ikut seperti yang disarankan oleh pengeluar. Ia tahan lama namun tetap perlu diservis. Pastikan juga sistem radiator anda tidak tersumbat, ada kebocoran atau kipas radiator rosak.
Penjagaan brek
Perkara ini penting buat untuk meningkatkan jangka hayat motosikal anda, malah diri anda sendiri. Lakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sistem brek motosikal anda. Lihat cengkaman brek, kandungan minyak dan sebagainya. Caliper brek juga perlu diservis jika perlu.
Bateri
Ikut saja seperti yang disarankan oleh pengeluar. Jika sudah tiba masanya, tukar sahaja bagi mengelakkan sakit kepala terutama untuk bateri jenis kering.
Servis karburetor
Perkara ini tidak perlu dibuat jika skuter anda menggunakan sistem pancitan bahan api. Tetapi untuk motosikal yang masih menggunakan kaburator, ia penting bagi memastikan motosikal anda berfungsi dengan cemerlang. Disyorkan untuk anda mencuci karburator setiap 10,000km perjalanan. Ia bagi membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.
Secara keseluruhan,
Tips ini mungkin merangkumi perkara asas penjagaan skuter anda. Apapun, ia tetap berguna. Apapun, luangkan sedikit masa meneliti setiap bahagian skuter anda untuk melihat sama ada ada kerosakan atau tidak. Jika berlakunya kerosakan, jangan biarkan ia menjadi lebih teruk terutama membabitkan sensor. Dapatkan nasihat pakar atau pergi saja ke bengkel yang anda percayai sebelum ia memberikan masalah besar kepada anda. Tetapi secara asasnya, apa yang utama ialah ikuti jadual penjagaan dicadangkan pengeluar, menggunakan enjin, gear dan alat ganti yang tulen atau terbukti kualitinya.
Sumber: WAPACAR
WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......
HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
FREE cuci motosikal & chemical sanitize
AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
KONSULTASI seumur hidup
Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
TANPA perlu lesen
TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI
*T&C VISIT US NOW: Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠 (HQ) No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor. https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd (Berdekatan dengan Oldtown White Coffee) ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM
HUBUNGI KAMI MELALUI
1700 81 7700
Mr Anwar: 019-4845421
Mr Shah: 010-8833397
Mr Danial: 010-8833398
www.ebidmotor.com
Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:
📞 Mr Anwar: https://www.wasap.my/60194845421 📞 Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397 📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398
Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 , LC 135 , EGO S , Lagenda 110 / 115Z Fi , 125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.
Sila masukkan kata kunci!