E B I D M O T O R

Loading

Penunggang Motosikal TIADA HAK Untuk Guna Laluan Kecemasan?

Sebenarnya, penunggang motosikal boleh guna lalun kecemasan ke tak eh? Persoalan ini memang berlaku kekeliruan tentang siapa yang berhak atau tidak berhak menggunakan lorong kecemasan, sehinggakan terjadi banyak kes di mana pemandu kereta bergaduh dengan penunggang motosikal akibat kereta yang dipandu dalam lorong kecemasan, sehinggakan motosikal tidak dapat lalu.

Jadi, siapa yang layak guna lorong kecemasan? Soalan ini perlu dijawab dengan menggunakan fakta dan harap dapat menjawab persoalan masyarakat kita ini.
 

1. Akta Pengangkutan Jalan 1987

akta pengangkutan jalan laluan kecemasan

Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987, penunggang motosikal yang meletak, menunda atau memandu di lorong-lorong kecemasan sebenarnya sedang melakukan kesalahan trafik. Kesalahan tersebut boleh dikompaun sebanyak RM300 untuk setiap kesalahan tanpa rayuan dibenarkan.

 

2. Temubual dengan Timbalan Ketua Pengarah JPJ

akta pengangkutan lorong kecemasan motorsikal

Dalam satu temubual bersama wartawan bagi pihak Mstar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman memberitahu yang lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa, sekiranya berlaku kecemasan.Sehubungan itu,larangan tersebut juga jatuh kepada penunggang motosikal.

"Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan katanya.
Menurut Wan Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah dibawah Akta JPJ 1987. Sila rujuk point nombor 1 di atas. (Rujukan)

 

3. Temubual dengan ACP Mohd Nadzri Hussain

polis trafik lorong kecemasan motorsikal

Menerusi temu ramah bersama wartawan daripada New Straits Times, Assisten Komisioner Polis Unit Trafik Mohd Nadzri Hussain, memberitahu dengan jelas, "lorong kecemasan sebenarnya tidak boleh digunakan walaupun oleh penunggang motosikal" semasa merujuk kes di mana penunggang motosikal menyepak cermin sisi kereta yang menghalang jalan, pada 5 Jun 2016.
Penunggang motosikal itu, menurut Assisten Komisioner Polis Unit Trafik Mohd Nadzri Hussain, melakukan dua kesalahan (rujukan)

  • satu,merosakkan kenderaan orang lain dan;
  • dua, memandu dilorong kecemasan

 

Faktanya, Motosikal tidak boleh dipandu di lorong kecemasan.

Namun, atas budi bicara,undang-undang itu tidak dikawal secara ketat menyedari kesedaran tentang keselamatan penunggang motosikal pada pemandu-pemandu lain masih amat rendah.

Pihak polis dan JPJ memilih untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal selamat dan trafik berjalan dengan lancar, kerana diakui menunggang di lorong kecemasan di Malaysia, jauh lebih selamat.

Pemandu-pemandu di negara kita yang memandu kereta, van, bas dan lori khasnya kurang kesedaran tentang bagaimana hendak memastikan jarak selamat antara kenderaan mereka dengan motosikal jika kita berkongsi lorong. Mentaliti memandang rendah dan hina penunggang motosikal juga menjadi salah satu penyebab besar kenapa sukar penunggang motosikal hendak dihormati atas jalan raya. Rasanya tak perlulah nak sebut tentang orang yang mengungkit tentang cukai jalan yang dibayar, jika adab pun tak mampu diadakan.
 

Jadi, apa perubahan yang perlu dilakukan?

Pertama, jika anda rasa yang menunggang motosikal di lorong kecemasan langkah baik untuk anda, tidak ada masalah anda berbuat demikian cuma jika anda disaman kerana kesalahan tersebut, anda harus terima anda melakukan kesalahan.

Kedua, jika ada kereta yang masuk ke lorong kecemasan, statusnya sebenarnya sama saja dengan motosikal yang menggunakan lorong kecemasan. Kedua­-duanya tidak ada hak untuk menggunakan lorong tersebut.

Ketiga, penunggang motosikal tidak layak untuk mengamuk, memarahi, menghalau, mengangkat jari hantu atau menyepak cermin sisi kereta yang menghalang laluan motosikal di lorong kecemasan, kerana kedua-dua pihak sebenarnya salah

Keempat, penunggang motosikal mempunyai hak untuk berada di lorong sebenar jalan raya tak kiralah dimana saja sekalipun termasuklah lebuh raya. Jika anda merapatkan kenderaan anda untuk membuat penunggang motosikal masuk ke lorong kecemasan kerana memperlahankan trafik dilorong kiri, tindakan anda itu salah dan mengacau hak penunggang motosikal dijalan raya.

Begitulah serba sedikit penerangan yang kami rasakan amat penting dalam menjernihkan kekeruhan pemahaman masyarakat kita tentang undang-undang ini. 
 

Sumber: iluminasi.com


Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! Pembeli boleh membeli motosikal melalui Walk In showroom Ebid Motor Sdn Bhd di Ampang Selangor atau melalui Online Bidding / Online Purchase! 

 

12 SEBAB-SEBAB ANDA WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI ......

  • Harga motosikal kami terendah dalam pasaran
  • Melebihi 100 buah motosikal di dalam showroom kami
  • Test Ride / Pandu Uji dibenarkan untuk semua motor
  • Free cuci motosikal & chemical sanitize
  • After Sales Service yang cemerlang (Terbukti)
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • Penghantaran motosikal percuma*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • Konsultasi seumur hidup
  • Trade-in / Buy In semua jenis motosikal secara tunai tanpa sebarang syarat*
  • Tidak memerlukan lesen dalam pembelian motosikal
  • Trade-in motosikal dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% lebih tinggi

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:

📞 Mr Anwar: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398




 


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat