E B I D M O T O R

Loading

Perjalanan Lebih Lancar Dan Selamat Dengan Aplikasi Ini

Penunggang motosikal semakin meningkat di Malaysia disebabkan murah, dapat elakkan masalah traffik, tidak perlu membayar tol, dan sebagainya. Penunggang motosikal tiada bezanya dengan pemandu kereta. Kedua-dua memerlukan aplikasi yang sesuai untuk perjalanan masing-masing.

Sini adalah antara aplikasi yang dicadangkan untuk penunggang motosikal supaya perjalanan anda akan lebih lancar.

 

1) MOTO Travel Malaysia

 

Dengan MOTO Travel Malaysia, anda boleh mencari Pit Stops di sekitar Malaysia dan negara-negara jiran termasuk Thailand dan Singapura untuk berehat sebentar dan berehat sebelum meneruskan perjalanan. Aplikasi ini bukan sahaja mencadangakan perjalanan, tetapi ia juga mempunyai fungsi penukar mata wang, mencari bengkel berdekatan dan ada nombor hubungan kecemasan.

 

 

2) Calimoto 

 

Calimoto adalah apliaksi yang akan mendapatkan jalan yang paling sesuai untuk penunggang motosikal. Sama ada anda mencari jalan yang bagus dari A ke B atau perjalanan ulang alik, algoritma jalan berliku khusus mereka akan sentiasa memberikan perjalanan terbaik.

 

3) REVER

 

Tidak memerlukan perkhidmatan selular, muat turun peta offline, peta 3D, komuniti (Perjalanan anda yang telah direkodkan akan dipaparkan di dalam REVER aplikasi anda supaya rakan t dapat memberi komen dan berkongsi perjalanan mereka.)

 


 

4) RISER

 

Aplikasi ini mempunyai peta, komuniti, berita & cabaran.

 

 

5) Motorcycle Catalog

 

Aplikasi yang mempunyai semua maklumat motor. Katalog motosikal terbesar dengan ciri teknikal, spesifikasi terperinci dan gambar motosikal yang menakjubkan 1885 - 2020.

 


 

6) MyEG

 

Applikasi ini boleh membaharui cukai jalan, memeriksa saman PDRM, pemeriksaan dan pembayaran saman JPJ, pembaharuan insurans kenderaan, memeriksa status penghantaran untuk perkhidmatan MyEG.

 

7) MySejahtera

 

Aplikasi ini membantu menguruskan wabak COVID-19 di negara kita. Ini membolehkan pengguna membuat penilaian kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga. Pengguna juga dapat memantau perkembangan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19. MySejahtera juga membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) memantau keadaan kesihatan pengguna dan mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan yang diperlukan.

 


 

Ini adalah antara cadangan aplikasi yang penunggang motosikal patut ada dalam smartphone masing-masing. Semoga artikel ini serba sedikit dapat membantu anda dalam perjalanan pada masa akan datang. 

 

BACA JUGA:

  1. SESUAI UNTUK NEWBIE DAN HARGA DI BAWAH RM3,300 !
  2. Helmet Akan Menyebabkan Keguguran Rambut !
  3. PERALATAN YG MESTI DIMILIKI OLEH BIKERS PADA SETIAP PERJALANAN
  4. 5 TIPS UNTUK MENGELAKKAN MOTOR ANDA DICURI!!!

 

FACEBOOK PAGE: Ebidmotor.com

DAFTAR SEBAGAI AHLI: Ebidmotor.com/register

 

Sumber: The Star

 

______________________________________________________________________________________________

 

SIAPAKAH Ebidmotor.com?

Ebidmotor.com merupakan platform pembidaan motosikal online untuk motosikal terpakai dan baru yang paling boleh dipercayai, berkesan dan cekap. Bidaan diadakan secara langsung setiap hari bermula 12pm sehingga 7pm. Keputusan pembidaan akan dirasmi pada hari yang sama!

Kami menyediakan servis komprehensif yang professional dari pemeriksaan, penilaian, pembidaan, dokumen proses sehingga bayaran dan logistik. Pembeli boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian atau beli terus daripada kami.

Di Ebidmotor.com, kami akan memastikan anda dapat beli motosikal yang berharga rendah daripada harga pasaran dan setiap motosikal didatangi dengan satu laporan motosikal yang lengkap. 

 

ALAMAT HQ / INSPECTION CENTER

Ebid Motor Sdn Bhd (Berdekatan Old Town White Coffee)

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

 

Hotline: 1700-81-7700

Customer Service: 010-8833397 atau Tekan Sini

 

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat