E B I D M O T O R

Loading

Ramai Tak Berani Upgrade R25 Kerana Kos Maintenance. Betul ke?

Masa untuk maintenance ini juga bergantung kepada kekerapan anda mengguna motosikal anda. Menurut  Hikayat Budak Pening, beliau telah share harga maintenance Yamaha YZF-R25 untuk setahun. Penggunaan beliau adalah sangat-sangat kerap. Sehari sahaja dah pakai buat pergi kerja dalam 80km pergi-balik

Purata mileage beliau untuk pergi kerja sahaja dan sebanyak 20,800km setahun (80km sehari x 5 hari seminggu x 52 minggu setahun). Dan untuk keseluruhan mileage, dalam masa setahun adalah lebih kurang 35,000km

MAINTENANCE WAJIB

Maintenance wajib ni adalah maintenance bagi menjaga prestasi motosikal supaya sentiasa tip-top. Tak boleh kalau tak keluarkan duit untuk yang ni. So, pecahan benda wajib ni termasuklah:

Minyak Hitam
Liquid Molly semi synthetic RM40 sebotol, setiap 3,000km tukar 2 botol
35,000 km bahagi 3,000 km  kali 2 botol (RM80) = RM933

Oil Filter
RM40 tukar setiap 6,000km
35,000km / 6.000km x RM40 = RM233 setahun

Tayar belakang
Ikut jenama, saiz, dan kedai.Purata dalam RM300 yang biasa-biasa punya. Sebijik dalam 10,000km lebih, kalau bawak cermat jaga tayar, boleh pergi 15,000km tapi dah tak umph... Kalau selalu keluar ride, kondisi tayar kena sentiasa tip-top.

So, dalam 10,000 hingga 12,000km, baik tukar terus. Lagi-lagi kalau ada orang ajak ride. So, kita kira 10,000 km la senang. Kalau korang jenis sayang duit, boleh lajak sikit part tayar ni. 

35,000km / 10,000km x RM 300 = RM1050

Tayar Depan
Kenapa asingkan tayar depan dengan tayar belakang? Sebab tayar depan lambat haus. Tayar belakang yang paling banyak "buat kerja". Tayar depan kalau korang selalu ride makan koner, baru cepat habis. So, biasanya tukar selang seli dengan mileage tayar belakang.

2 kali tukar tayar belakang, baru tukar tayar depan. Harga murah sikit dari tayar belakang. Tapi harga letak je dulu RM300 kat sini supaya korang prepare the worst. 

So, 35,000km / 20,000km x RM300 = RM525

Brake pad
Mileage brake pad bergantung kepada aggressiveness cara korang bawak. Beliau baru ni pakai dalam 13,000km ++. Rasanya boleh lajak lagi.. Terutamanya kalau bawak cermat,  dan kalau pentingkan cengkaman untuk prestasi, tukar je kalau dah nak nipis. Demi keselamatan.

Contoh, kalau brake pad racing boy, RM110 untuk depan belakang.

35,000km / 14,000 km x RM110 = RM275

Bateri

Bateri ni macam tak specifik sangat ikut mileage. Kalau problem, memang kena tukar. Kalau tak problem, rekomended untuk kegunaan 2 tahun. So, setahun harga dia kita bahagi 2. Baru ni aku tukar pakai jenama Bike master, biasa-biasa je. RM 170

Kegunaan setahun = RM85

Rantai

Rantai konsep dia, pandai jaga, dia tahan lama. Malas basuh, malas buh minyak, cepat lingkup. Beliau boleh pakai dalam setiap 20,000km la jugak. Boleh lajak lagi kalau cermat. Tukar ni RM320 1 set, rantai jenis X-ring.

35,000/20,000 x RM320 = RM560
 

TOTAL MENTAINANCE WAJIB = RM3661 SETAHUN
 

Penting**
Maintenance banyak sebab kegunaan mileage tinggi. Kalau korang jenis pakai weekend ride seronok-seronok je, yang wajib tu boleh bahagi 3.

So, macam mana? Ini baru 250cc. Memang rendah sangat-sangat mentainance dia kalau nak dibandingkan dengan moto superbike 500cc keatas. Yang tu lagi berganda.

Sumber: Hikayat Budak Peninig


 

2018 Yamaha YZF-R25

2018 Yamaha YZF-R25 Terpakai Untuk Jualan


 

WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:
📞 Mr Anwar: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat