E B I D M O T O R

Loading

Third Party Insurans Murah Sebab Masa Claim Lebih Lambat? Betul Ke?

Apakah itu first party dan Third party? Selain harga berbeza, apa lagi perbezaannya?

Admin rasa ramai yang tak berapa faham dengan perbezaan insurans First party dan Third party kenderaan. Sini Admin jelaskan dengan anda apakah perbezaan First Party dan Third Party ini.

Terlebih dahulu, apakah itu party?

  • First party adalah tuan punya penama polisi (anda)
  • Second party adalah syarikat insurans
  • Third party adalah orang lain


THIRD PARTY


Are you a new car owner? Here are some things to consider when buying car  insurance - Carsome Malaysia

Kebanyakkan penunggang motosikal akan pilih kenderaan third party kerana lebih murah. Tahukah anda kenapa ia murah? Sebab masa claim lebih lama? BUKAN! Ini kerana Insurans third party tidak cover tuan punya polisi. Jadi, kalau kereta hilang, berlaku kecurian barangan dan apa sahaja yang tidak melibatkan pihak ketiga, anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan.

Insurans hanya cover kalau ada tuntutan oleh orang lain ke atas tuan punya polisi sahaja. Sebagai contoh, kalau anda langgar orang lain, orang lain ada hak untuk claim dari anda. Dia "Third party" dalam situasi tu.

Anda, sebagai pemegang polisi tidak ada langsung hak untuk buat tuntutan. Sebab itulah Third Party insurans lebih murah. Kenderaan kena curi? Burn macam itu sahaja.



FIRST PARTY

First Party Insurance For Car Litigation and Claim - Your Guide to Insurance
Insurans 1st party atau sering disebut insurans komprehensif ialah perlindungan menyeluruh kepada kereta dan pemandu. Jika sebarang kejadian berlaku, semua orang cover. Tapi perlu anda tahu, ada juga kecurian yang tidak dilindungi. Contohnya, kecurian parts kenderaan yang bukannya standard datang dari kilang. Sport rim aftermarket kena curi? Tak cover. Sport rim yang datang masa beli kereta sebagai aksesori standard? Cover.

 

Konklusinya, 

Car Insurance in Malaysia - Different Types of Motor Insurance

Jadual di atas adalah penjelasan yang lebih mudah untuk difahami (tetapi setiap syarikat insurans mempunyai coverage yang berbeza). Memang ramai yang nak beli insurans Third party sebab harganya murah. Tapi kita perlu sedarlah apa yang kita dapat dengan nilai yang kita bayar.

Yang paling penting, yang anda harus faham, terutamanya kepada pelajar yang ada motorsikal, insurans third party ini, kalau motor kena curi atau motor rosak sebab kemalangan, instalment bulanan masih perlu bayar. Hutang masih hutang walaupun kenderaan dah tak ada.

Jadilah pembeli insurans yang bijak.


Tips Membuat Tuntutan Insurans Kenderaan


Insurans 1st party dikenali sebagai pakej insurans yang lebih lengkap. Maknanya, kenderaan Anda turut dilindungi, selain pengguna lain. Perlindungan lengkap atau komprehensif secara amnya memerlukan premium yang lebih tinggi kerana risiko yang ditanggung oleh pihak insurans lebih tinggi.

Apabila kereta Anda terlibat kemalangan atau terlanggar kereta lain, boleh membuat tuntuan sekiranya polis telah menetapkan yang orang itu bersalah. Sekiranya ia mendapat sama, barulah Anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan NCD (No Claim Discount) Anda selamat. Ada dua cara boleh Anda buat untuk membuat tuntutan yaitu:

1. Tuntutan Pihak Ketiga
Pertama, Anda harus membaik pulih kereta Anda yang rosak atau terlibat kemalangan, kemudian bayar. Gunakan resit untuk membuat tuntutan. Dalam kes ini, Anda boleh buat tuntutan loss of use. Sebagai contoh, kereta Anda diperbaiki selama 10 hari di bengkel dan Anda boleh menuntut kerugian. Misalnya RM50x10 hari = RM500.

2. Own Damage Knock for Knock
Kaedah ini telah wujud sejak tahun 1990-an oleh Bank Negara. Untuk membuat tuntutan, Anda harus claim insurans kepada pihak yang bersalah melalui syarikat insurans Anda. Selanjutnya claim semula dari syarikat insurans pihak ketiga akan dilakukan oleh syarikat insurans Anda. Kelebihan seterusnya yaitu NCD Anda tidak akan terjejas.

Untuk pemilihan syarikat insurans, Anda boleh tukar mana-mana syarikat yang Anda mahu. Malah Anda boleh lindungi kereta dengan lebih dari satu syarikat. Setiap insurans hanya akan membayar sebahagian dan tidak sepenuhnya apabila berlaku tuntutan.

Perlindungan tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah selain akibat kemalangan teruk tidak akan diberikan oleh polisi insurans standard. Begitupun kerosakan akibat tertimpa pokok tumbang. Dengan kata lain, insurans akan cover keseluruhan kereta, tetapi mereka juga berhak menolak tuntutan yang tak munasabah. Itulah beda 1st party and 3rd party insurans, semoga dapat menambah kefahaman Anda.

Sumber: MYEG Roadtax services & DudukBersila


Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! Pembeli boleh membeli motosikal melalui Walk In showroom Ebid Motor Sdn Bhd di Ampang Selangor atau melalui Online Bidding / Online Purchase! 

 

12 SEBAB-SEBAB ANDA WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI ......

  • Harga motosikal kami terendah dalam pasaran
  • Melebihi 100 buah motosikal di dalam showroom kami
  • Test Ride / Pandu Uji dibenarkan untuk semua motor
  • Free cuci motosikal & chemical sanitize
  • After Sales Service yang cemerlang (Terbukti)
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • Penghantaran motosikal percuma*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • Konsultasi seumur hidup
  • Trade-in / Buy In semua jenis motosikal secara tunai tanpa sebarang syarat*
  • Tidak memerlukan lesen dalam pembelian motosikal
  • Trade-in motosikal dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% lebih tinggi

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:

📞 Mr Anwar: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398




 


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat