E B I D M O T O R

Loading

Upgrade Dari Petronas Sprinta F700 ke F900 Lebih Jimat?

Soal minyak hitam a.k.a minyak enjin motorsikal 

Asalnya menggunakan minyak enjin Petronas Sprinta F700 dan upgrade minyak enjin kepada Petronas Sprinta F900. Apa beza antara Petronas Sprinta F900 dan F700 ni? Bezanya ialah F900 ni adalah minyak fully-synthetic dan F700 ni minyak semi-synthetic. Seperti yang diberitahu, ketahanan mileage untuk fully-synthetic lebih daripada semi-synthetic.

Semi-synthetic boleh bertahan sehingga 3,000km dan fully-synthetic boleh bertahan dua kali ganda daripada minyak semi-synthetic. Ini seperti yang diberitahu oleh pengeluar minyak itu sendiri.
 

Kenapa Tukar ke Fully-synthetics?

Faktor utama adalah sebab kos. Aik kenapa pula kos? Minyak fully-synthetic lagi mahal kot dari semi-synthetic. Ya betul tu mahal. F900 punya retail price (kalau beli dari Stesen Minyak Petronas) adalah RM67.00 berbanding F700 RM 35.00.

Macam mana jimat kos kalau harga dah dua kali ganda? Sebenarnya tak ada sangat jimat kos. Cuma kalau pakai fully-synthetic ni, mileage aku boleh tahan dua kali ganda. Benda yang boleh jimat adalah dari segi kos upah dan filter minyak enjin.

Sebelum buat pengiraan terperinci pasal kos ni. Menurut ARIAZIR, beliau meredah sejauh 220+ km setiap hari (weekday). Jadi setiap bulan mileage adalah sejauh 3,000km+.

" F700 = RM 35.00 (harga minyak Enjin) + RM 5.00 (kos upah) + RM 14.00 (filter original) = RM 54.00

Setiap 1,500km aku akan tukar. Jadi kos sebulan  adalah sebanyak RM 108.

F900 = RM 67.00 (harga minyak enjin) + RM 5.00 (kos upah) + RM 14.00 (filter original) = RM 86.00 "

Biasanya minyak hitam akan tukar setiap 3,000km, jadi kos sebulan hanya RM 86.00. Sebulan dah jimat RM 22.00

Itu baru sebulan, kalau setahun penjimatan ialah sebanyak RM 264.00. Wow!!!

 

Kenapa Tukar 2 Kali Filter? Tukar sekali je lah!!!

Kebiasaanya dalam sebulan tu, kali pertama tukar minyak enjin Admin ARIAZIR tak tukar filter. Selepas kali kedua tukar minyak enjin baru tukar filter. Malang itu tidak berbau, apabila enjin motor beliau stuck dalam perjalanan ke tempat kerja, beliau buka stick dip minyak enjin tu, tengok minyak enjin masih cukup. Apa punca sampai enjin stuck?

Bila dah sampai kedai, pomen pun buka cover filter. Sekali hancus teruk...

Serpihan kertas filter tu masuk ke oil pump dah menyebabkan minyak enjin tak disalurkan ke bahagian enjin sepenuhnya. Ini pengajaran untuk beliau.

 

Sumber: ARIAZIR


WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

  • 1700 81 7700
  • Mr Anwar: 019-4845421
  • Mr Shah: 010-8833397
  • Mr Danial: 010-8833398
  • www.ebidmotor.com
     

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:

📞 Mr Anwar: https://www.wasap.my/60194845421
📞 Mr Shah: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat