E B I D M O T O R

Loading

Upgrade Motor Ke Kawasaki Z250SL Sekarang! BERBALOI!

Kategori 250cc merupakan satu kategori yang sangat kompetitif pada masa ini yang mana terdapat pelbagai pilihan spesifikasi dan pilihan harga yang berusaha untuk menambat hati penunggang baru yang ingin menaik taraf dari moped atau skuter kepada motosikal berkuasa tinggi 

Satu motosikal yang sangat menarik untuk dipertimbangkan dalam pilihan anda dalam segmen 250cc ini adalah mesin dari Kawasaki iaitu Z250SL. Kawasaki memperkenalkan Z250SL pada 2014 selepas sahaja memperkenalkan kepada penunggang Malaysia, Ninja 250SL yang berciri sukan dengan reraut penuh. Z250SL hadir sebagai alternatif tanpa reraut yang sesuai untuk digunakan samada di bandar, di kampung mahupun di litar.

Apa yang membezakan motosikal sukan reraut penuh dengan motosikal tanpa reraut adalah dari segi ketinggian tempat duduknya yang lebih rendah. Tempat duduk yang rendah membolehkan penunggang untuk senang berpijak ke tanah dalam keadaan trafik yang berat yang memerlukan gaya tunggangan henti-dan-pergi. Selain itu, bar hendal juga lebih tinggi dari model sukan reraut penuh untuk memberikan gaya duduk yang lebih tegak agar tidak meletihkan penunggang.

Z250SL memberikan gaya duduk tegak yang selesa dalam kelajuan biasa dalam had laju yang dibenarkan iaitu 90km/j. Tiupan angin tidaklah mengganggu tunggangan anda dalam kelajuan ini. Namun, setelah memerah lebih sedikit sehingga 140km/h, angin akan mula menjadi lawan anda. Anda akan terasa tolakan pada kiri dan kanan pada bahu anda.

Enjin Z250SL berkonfigurasi 1 silinder dengan sejukan cecair bersama 4 injap aci sesondol berkembar yang berkuasa 20.6kW (27.6hp) pada 9,700RPM dan daya kilas sebanyak 22.6Nm pada 8,200RPM. Ini adalah enjin yang memerlukan anda mengubah sedikit gaya pemanduan anda agar membiarkan bacaan digital RPM di meter melebihi 4,000RPM untuk benar-benar merasai kuasanya yang cantik itu. Jika dilihat dari segi ketahanan enjin Z250SL ini, anda tidak perlu risau kerana enjin ini diasaskan dari motosikal lasak iaitu KLX250 yang telah terbukti lasak.

Penukaran gear selepas 4,000RPM juga terasa tepat dan lancar, tetapi sedikit kekurangan disini kerana seperti mana biasa, kita sangat ingin untuk melihat bacaan kedudukan gear di meter dan pada Z250SL, cuma ada bacaan N.

Secara keseluruhannya,

  • Motosikal 250cc yang murah dalam kategorinya
  • Enjin yang terbukti ketahanannya yang diasaskan dari KLX250
  • Karakter enjin yang memerlukan RPM tinggi yang memberikan keterujaan
  • Rekaan yang menarik kombinasi dari ketajaman Jepun dan rangka Trellis Itali
  • Senang dikendalikan untuk penunggang yang baru

Sekiranya anda sedang mencari motosikal 250cc sebagai naik taraf moped anda mungkin kerana tempat kerja anda jauh dari tempat tinggal anda, cubalah uji pandu Z250SL ini.

Kawasaki Z250SL Tech Specs

  • Engine type:      Liquid-cooled, 4-stroke 1 Cylinder DOHC
  • Displacement :    249 cm³
  • Bore x stroke :    72.0 x 61.2 mm
  • Compression ratio:     11.3:1
  • Valve/Induction system:    DOHC, 4 valves
  • Fuel system     Fuel injection: ø38 mm x 1
  • Ignition :  Keihin, Transistorized Ignition
  • Electric: Starting
  • Lubrication : Forced lubrication, wet sump
  • Maximum power 20.6 kW / 9,700 rpm
  • Maximum torque 22,6 N·m { kgf·m} / 8,200 rpm
  • SS 400m : 15,5 s
  • SS 200m : 9,7 s
  • Max Speed : 153 km/h
  • Transmission 6-speed, return
  • Final Drive Sealed chain
  • Primary reduction ratio 2.800 (84/30)
  • Gear ratios: 1st 3.000 (393/11)
  • Gear ratios: 2nd 1.933 (29/159)
  • Gear ratios: 3rd 1.444 (31/22)
  • Gear ratios: 4th 1.217 (28/23)
  • Gear ratios: 5th 1.045 (23/22)
  • Gear ratios: 6th 0.923 (24/26)
  • Final reduction ratio 3.000 (42/14)
  • Clutch : Wet multi-disc, manual
  • Frame type Tube diamond
  • Rake/Trail 24° / 90 mm
  • Wheel travel, front 110 mm
  • Wheel travel, rear 116 mm
  • Tyre, front 100/80-17 M/C (52S)
  • Tyre, rear 130/70-17 M/C (62S)
  • Steering angle, left / right 36° / 36°
  • Suspension, front  telescopic fork
  • Suspension, rear Bottom-Link Uni-Trak swing arm
  • Brakes, front Single 263 mm petal disc. Caliper: dual-piston.
  • Brakes, rear Single 193 mm petal disc. Caliper: Dual-piston.
  •  
  • Dimensions (L x W x H) 1.935 mm x 685 mm x 1,075 mm
  • Wheelbase 1,330 mm
  • Road Clearance 165 mm
  • Seat height 780 mm
  • Fuel capacity 11 litres
  • Curb Mass 148 kg

Sumber: MOTOMALAYA.NET


2015 Kawasaki Z 250 SL

 


 

WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI KERANA ......

  • HARGA MOTOSIKAL KAMI TERENDAH DALAM PASARAN
  • PELBAGAI PILIHAN motosikal terdapat di showroom kami
  • HARGA TERENDAH kami yang tiada tandingan
  • FREE cuci motosikal & chemical sanitize
  • AFTER SALES SERVICE dijamin terbaik
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • PENGHANTARAN motosikal boleh diuruskan*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • KONSULTASI seumur hidup
  • Kami akan membeli motosikal anda secara TUNAI TANPA SEBARANG SYARAT*
  • TANPA perlu lesen
  • TRADE-IN motosikal anda dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% LEBIH TINGGI

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

Selagi Iklan Ada, Motor Masih Ada! WhatsApp kami sekarang:
📞 Mr Anwar: http://www.wasap.my/60108833397
📞 Mr Danial: http://www.wasap.my/60108833398





Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:
EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat